Kerajaan buat pertama kalinya bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Ini juga dianggap sebagai langkah kearah manifesto kerajaan Malaysia Baru yang mahu menawarkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,500.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan itu dibuat selepas menimbang syor-syor yang diberikan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.

Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Mampukah Ia Menampung Kos Sara Hidup Rakyat?

Ramai yang meluahkan pendapat masing-masing mengatakan bahawa kadar gaji minimum tersebut tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mereka tambahan pula kos sara hidup ketika ini sangat tinggi.

Ada juga yang mengaitkan dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sejak 1 September 2018, ia tidak mengurangkan beban rakyat sedangkan janji kerajaan baru akan mengurangkan beban mereka.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016, Malaysia mencatat jumlah KDNK per kapita sebanyak RM38,830, iaitu lebih tinggi berbanding RM37,104 bagi tahun 2015. Kayu ukur ini berguna dalam konteks perbandingan pencapaian ekonomi antara negara, namun tidak mencerminkan kesejahteraan ekonomi setiap penduduk.

Merujuk data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, bagi tahun 2014 menunjukkan purata pendapatan bulanan isi rumah telah meningkat kepada RM 6,141 berbanding RM 5,000 pada tahun 2012.

Bagi pendapatan median bulanan pula menunjukkan peningkatan iaitu daripada RM 3,626 kepada RM 4,585, antara tahun 2012 dan 2014. Di samping itu, peratusan isi rumah yang berpendapatan RM 2,000 sebulan ke atas telah meningkat daripada 77.4% kepada 88.3%.

 

Jurang Perbezaan Pendapatan Isi Rumah

Walaupun peningkatan pendapatan di peringkat keseluruhan menunjukkan perkembangan yang positif, namun tahap pendapatan bagi setiap kumpulan masyarakat adalah tidak sekata.

Pendapatan isi rumah di bandar lazimnya lebih tinggi berbanding pendapatan isi rumah di luar bandar.

Perbezaan pendapatan di peringkat negeri juga agak ketara. Sebanyak 64.4% isi rumah di Kuala Lumpur berpendapatan RM 6,000 atau lebih, manakala di Kelantan hanya 15.2%.

Pada masa yang sama, kesejahteraan ekonomi isi rumah tidak seharusnya diterjemahkan dari sudut pendapatan semata-mata. Analisa dari segi pola perbelanjaan juga perlu ditekankan. Contohnya, peratusan perbelanjaan untuk perumahan dan utiliti adalah agak sekata bagi isi rumah di setiap kelas pendapatan. Namun, perbelanjaan untuk makanan pula berbeza. Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,000, membelanjakan sebanyak 30.4% daripada jumlah perbelanjaan bulanan mereka untuk makanan.

Manakala isi rumah berpendapatan paling tinggi membelanjakan hanya sebanyak 9.9%.

Ini menimbulkan persoalan dikalangan rakyat ketika soal penyeragaman gaji minimum sebanyak RM1050 sebulan.

KATA ORANG

mashok. cukai rokok naik rangorang beralih ke vape, vape dilarang biar rangorang mo ga mo ttp beli rokok walo harga selangit. mantoel. twitter.com/tirtoid/status…

@tedjakusuma__ Nb. Ini dilihat dari segi kesehatan, bahayanya penggunaan vape dalam jangka panjang Mungkin kalo di Indonesia dilarang bersamaan dengan harga bea cukai rokok naik 😑🙏

Harga rokok di naikin iuran BPJS juga naik, kan kalo pada berhenti ngerokok jadi sehat BPJS gak bakal laku. Harusnya harga rokok di turunin biar banyak yg sakit dan pasti BPJS laku keras

@AbangAmmar10 Kasian rokoknya beli yg dibawah 20k alias pasti sedih soalna harga rokok naik semua

KATA ANDA

Memadaikah gaji minimum RM1050 sebulan kepada rakyat dalam keadaan ekonomi sekarang ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN