Isu ketagihan gajet dan permainan video berada di tahap sangat menakutkan sehinggakan terdapat komplikasi serius yang boleh dihidapi anak-anak sehingga mampu membuat mereka lumpuh dan tidak dapat berfungsi seperti biasa.

Sebelum ini juga pernah tular video seorang kanak-kanak yang terpaksa ditahan di wad sakit kerana terkena serangan sawan yang berulang-ulang dan terlalu kerap malah hilang fungsi otot di badan bahagian badan dan muka.

Gelombang kemajuan dunia teknologi, walaupun secara amnya membawa kebaikan dari segi kemajuan dunia, namun terdapat beberapa sisi gelap kesan dari globalisasi ini.

Terutamanya kepada anak-anak kita. Penggunaan gajet yang terlampau lama dan tidak dihadkan mampu memberi kesan buruk kepada mereka dari segi perkembangan mental mahupun fizikal.

Malah pakar-pakar kesihatan juga menyarankan agar kanak-kanak bawah dari 5 tahun tidak didedahkan langsung dengan gajet kerana mampu mempengaruhi perkembangan mereka.

Bukan mudah bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk menghentikan penggunaan gajet oleh anak-anak mereka.

Di marah sudah, dirotan pun sudah namun adakala ibu bapa sendiri kalah apabila anak-anak mula bersikap liar dan mengamuk sehingga tidak mampu dikawal.

Terbaru, seorang ibu berkongsi tips untuk mengelak anak daripada berterusan menggunakan telefon bimbit.

Namun malangnya, tindakan ibu tersebut menerima kecaman dari sebuah laman di Facebook dikenali sebagai Public Health Malaysia yang menentang tindakannya tersebut kerana dikatakan mampu meninggalkan kesan trauma kepada anaknya.

Mereka juga menyarankan agar ibu bapa diluar sana tidak meniru bulat-bulat sebarang tips yang diajar di laman sosial dan meniti terlebih dahulu sesuatu hukuman yang ingin diberikan agar tidak menberi kesan buruk kepada anak-anak kita.

 

Kesan Psikologi Jangka Panjang

Adakah tindakan yang dilakukan oleh ibu berkenaan boleh dianggap sebagai penderaan? Dan jika ia, apakah kesannya?

Bagi seorang kanak-kanak yang mengalami trauma semasa kecil, secara psikologi kesannya mampu menghantui si anak hingga ke dewasa.

Malah ianya mungkin menjadikan berasa takut tidak tentu pasal mahupun terbayang perkara yang terjadi kepada mereka sehingga tidak berani untuk melakukan sesuatu.

Jika dilihat secara umum mungkin tips ibu tersebut boleh menghentikan kanak-kanak dari terus bermain telefon, namun adakah ianya juga akan membuat mereka berasa fobia untuk benda yang bukan-bukan?

 

Semua Tak Boleh, Macam Mana Nak Ajar Anak?

Mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah mudah, kerana kita diamanahkan untuk membesarkan anak-anak dengan didikan yang betul.

Ini kerana, jika kelak anak-anak membesar dengan perilaku yang buruk kita juga yang akan dipersalahkan.

Kerana itulah, wujud peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, yang membawa maksud sejak anak-anak kita masih kecillah kita patut mengajar mereka dengan nilai-nilai yang baik.

Kerana itu ada ibu bapa yang garang dan tegas dalam menguruskan perihal anak-anak mereka, namun dengan semakin majunya semakin banyak pula yang dilarang untuk dilakukan oleh ibu bapa.

Pukul tak boleh, rotan tak  boleh, beri hukuman tak boleh. Jadi cara mana yang kita boleh lakukan untuk mendidik anak-anak kita?

Orang zaman dahulu ajar anak-anak guna batang paip, penyangkut baju, ikat dekat pokok dan bermacam-macam lagi.

Kenapa sekarang tidak boleh? Siap boleh kena saman lagi tau.

Jika di luar negara, setiap anak-anak sangat dilindungi oleh pihak kerajaan dan jika terdapat aduan anak-anak didera walaupun sekecil rotan di tapak tangan, ibu bapa boleh dipenjarakan dan dikenakan denda.

Jangan main-main.

 

Kenapa Takut Sangat Kalau Anak Main Telefon?

Apabila kita lihat perkembangan dan pembesaran anak-anak kita, setiap benda yang mereka lakukan mahupun lihat akan mempengaruhi kehidupan sosial mereka secara langsung.

Apa yang mereka lakukan hari-hari juga akan mempengaruhi pembesaran mental dan fizikal mereka.

Malah sudah terdapat banyak kajian yang membuktikan perilaku seorang anak yang terlalu terdedah kepada gajet akan lebih negatif dan agresif samada terhadap ibu bapa, keluarga mahupun orang luar.

Tidak percaya, cuba anda larang anak anda bermain telefon. Adakah mereka akan mengiyakan sahaja ataupun akan mengamuk?

Malah dari aspek fizikal pula, seorang anak yang suka bermain telefon ketika sedang makan mampu meningkatkan potensi mereka untuk menjadi obes.

Ini kerana minda mereka sibuk fokus kepada permainan game sehingga tidak selari dengan aktiviti semasa yang mereka sedang lakukan sehinggakan sudah makan banyak pun masih tidak kenyang lagi.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN