Pada 25 September lalu, seekor anak gajah jenis Pygmy Borneo ditemui mati di tebing Sungai Udin di Tawau, Sabah dalam keadaan terduduk.
Anak gajah itu mati dalam keadaan terapung sambil lehernya diikat pada sebatang pokok sebelum menjadi tular di media sosial.
Lebih menyayat hati, bangkai anak gajah itu juga mempunyai beberapa kesan lubang kecil pada bahagian badan dipercayai ditembak dengan senjata api.
Kejadian yang berlaku itu sekaligus telah mengundang kemarahan orang ramai yang rata-ratanya mahu hukuman bunuh dilaksanakan ke atas pemburu haram memandangkan undang-undang yang ada dilihat tidak mampu untuk membendung masalah ini.
70 Peluru Dijumpai Dalam Badan
Hasil bedah siasat yang dilakukan Jabatan Hidupan Liar Sabah mendapati lebih kurang 70 peluru ditemukan dalam badan haiwan tersebut yang berkemungkinan mati diseksa.
Hasil bedah siasat awal menemukan sebutir peluru di bahagian tengkorak kepala gajah terbabit selain tidak menolak kemungkinan, pemburu haram itu menggunakan senapang patah sebagai senjata membunuh gajah itu.
Pengarahnya, Augustine Tuuga mengatakan banyak peluru ditemukan dalam badan gajah betina itu sekali gus memberi bayangan keadaan gajah tersebut bertarung menahan kesakitan akibat terkena tembakan senjata api.
Gading Juga Dicabut
Selain ditembak mati, kedua-dua gading gajah itu juga telah dicabut!
Lebih mengejutkan, Jabatan Hidupan Liar Sabah juga mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya empat atau lima pemburu terlibat dalam pembunuhan kejam ini.
Berdasarkan luka dan peluru yang ditemui, pemburu dipercayai melepaskan tembakan menggunakan senjata separa automatik dari jarak dekat.
Tawar Ganjaran Pemberi Maklumat
Disebabkan insiden tersebut, Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat berhubung kes pembunuhan gajah ini.
Katanya, dengan cara sebegitu, ia akan memudahkan pihaknya untuk mengesan individu terbabit.
Setakat kini, pihaknya masih menjalankan siasatan menyeluruh di mana kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 25/28 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara mandatori.
Untuk rekod, kejadian yang menimpa gajah ini bukan kejadian kali pertama sebaliknya sekurang-kurangnya 100 kematian melibatkan gajah jenis Pygmy Borneo di Sabah sejak tahun 2010.
Kerajaan Negeri Perlu Pandang Serius
Dalam isu ini, kerajaan negeri perlu ambil serius terhadap isu kematian gajah di Sabah dengan memastikan usaha melindungi haiwan itu dipertingkatkan lagi.
Memang tidak dinafikan, salah satu sebab mengapa gajah ini ditembak adalah kerana mungkin binatang itu sesat dan kemudiannya memasuki kawasan ladang.
Tetapi, andai binatang liar ini memusnahkan tanaman sekalipun, janganlah sampai menyeksanya dengan cara sebegini.
Mungkin kerajaan boleh pertimbangkan kawasan ‘rumah’ agar haiwan tersebut tidak memasuki kawasan lading sawit dan mengelak binatang itu dari dijerat atau ditembak mati.
KATA ORANG
Dah sampai masa pembunuh haram ni ditembak di dalam hutan..sebab ada kala undang2 sedia ada pon tak mampu utk dibendung..
— Aminmatteo (@aaminuddin94) September 30, 2019
Kejamnye smpi 70 peluru ko tembak dia 😢 moga yg tembak dia tu x senang idup dan mati jugak tembak dan rasa apa yg gajah tu rasa masa kena tembak 😭
— Lin Zakaria (@Linzakaria23) September 30, 2019
Kenapa lah kejam sangat manusia ni ? Walaupun dia binatang, dia juga makhluk Allah s.w.t. Siapa yang menembak ni memang tak ada hati dan perasaan. Sedih tengok.
— entanjomcuti (@entancr) October 1, 2019
PEMBURU haram biasanya jenis tak pikir rugi dia mahu untung saja. Jika dpt cari pelaku tersebut tolong tembak dia juga 70x
— SuaraSaya (@TengkuAZmizam) September 30, 2019
Hukum bunuh je la dekat pemburu. Senang.
— mr E (@mrE37485817) October 1, 2019
Celaka mana yang tembak gajah pygmy sampai macam tu sekali. Kurang ajar betul.
— S. (@imagishary) October 1, 2019
I never sumpah orang but for this case I wish that person and all other people connected to the crime suffer a never ending nightmare till the end of their life!