Dua tahun lalu, merupakan tahun yang paling terkesan buat pelakon Iqram Dinzly atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin apabila beliau dilihat mulai berkelakuan aneh selepas kehilangan ibu tercinta.

Sumber: Kosmo

Sebaik selepas itu, Iqram dilihat sering berkelakuan aneh dengan memuat naik gambar pelik di laman Instagramnya sehingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen dan media.

Dan yang terbaru, pelakon ini pula diisytiharkan muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas didapati gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Iqram di laman Instagram beliau semalam sehingga mahu bertindak menjual sebuah unit kondominium miliknya di Petaling Jaya bagi menjelaskan hutang berkenaan.

Perkara tersebut sekaligus menimbulkan rasa simpati netizen di media sosial yang rata-ratanya bersimpati ke atas perkara yang menimpa Iqram ketika ini.

 

Silap Iqram Kerana Tidak Peka

Sumber: http://ohmopress.com

Apabila bercakap mengenai muflis, ia pastinya satu mimpi ngeri bagi kita semua memandangkan setiap daripada kita berpotensi untuk dijatuhkan muflis atau dibankrapkan melalui mahkamah akibat hutang yang dibuat sendiri atau sebagai penjamin atas tanggungan hutang orang lain.

Apabila seseorang itu dibelenggu muflis, hidup mereka boleh diumpama hidup di dalam koma memandangkan segala pinjaman serta kelayakan istimewa yang diterima sebelum ini ditarik balik dan disekat akibat statusnya itu.

Melihat kepada masalah yang dilalui Iqram, beliau sendiri mengakui bahawa kesilapan itu datangnya dari diri beliau kerana tidak peka dengan perihal mengenai cukai pendapatan walaupun beliau tidak mengabaikan setiap notis yang dihantar oleh LHDN.

Sumber: Kosmo

Ya, memang tidak dinafikan, ramai individu yang dijatuhkan bankrap berpunca dari silap serta kecuaian diri sendiri disebabkan kurangnya pemahaman terhadap perihal kewangan dan sikap boros.

Tetapi dalam hal Iqram, beliau boleh diisytiharkan muflis kerana mempunyai hutang sebanyak RM50,000.

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) yang dipetik melalui Kosmo, sehingga September 2017, 294,000 rakyat Malaysia telah diisytiharkan muflis.

Malah, dianggarkan juga seramai 18,000 hingga 20,000 individu diisytiharkan muflis dalam masa setahun yang mana ramai individu didapati bankrap disebabkan oleh hutang sewa beli kenderaan, diikuti dengan pinjaman peribadi dan pembiayaan perumahan.

Selain itu, ada juga yang diisytiharkan muflis akibat kecuaian sendiri dengan tidak menukar alamat rumah dan berpindah yang mana  alamat tidak diperbaharui atau dimaklumkan kepada pembiaya atau bank sehingga menyukarkan surat menyurat dan notis tuntutan hutang.

Maka, berlaku keadaan seseorang itu dijatuhkan bankrap tanpa disedari.

 

Ada Sinar Untuk Keluar Dari Status Bankrap

Sumber: http://www.azwans.com

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi diisyitiharkan bankrap, jangan panik atau putus asa.

Anda masih boleh meneruskan pekerjaan tetapi anda digalak untuk mendapatkan rundingan dengan pihak pemiutang bagi membuat serta menyelesaikan pembayaran hutang tersebut.

Sebaik diisytiharkan bankrap, perlu diingat walau apa jua cara, anda tetap perlu menyelesaikan hutang yang tertunggak dalam apa jua cara sekalipun bagi membebaskan diri daripada status bankrap dan muflis.

Banyak sebenarnya proses yang perlu dilalui seseorang itu untuk membersihkan namanya dari status kebankrapan tersebut.

Yang pertama, seseorang itu perlu membuat permohonan pembatalan ke mahkamah dengan alasan hutang telah dijelaskan sepenuhnya atau tidak sepatutnya diisytiharkan bankrap.

Kedua, seseorang itu perlu membuat permohonan pelepasan ke mahkamah pada bila-bila masa tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh mahkamah dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) perlu mengemukakan laporan kes yang menyatakan kelakuan dan kerjasama bankrap kepada Jabatan.

Ketiga, buat permohonan pelepasan kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967.

Perlu diingat, mana-mana permohonan hanya boleh dibuat sekiranya pentadbiran kes kebankrapan telah dijalankan selama lima tahun selain memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang lain.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patutkah kerajaan memperbanyakkan kempen mengenai perihal kewangan kepada golongan muda masa kini yang dilihat sering terpalit dengan masalah pengurusan sehingga ramai yang dijatuhkan bankrap?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN