Suatu gabungan politik baru diramal bakal diwujudkan bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) setelah gabungan tersebut tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu. Ia susulan dua parti komponen BN iaitu MCA dan MIC mengadakan suatu mesyuarat yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kenyataan bersama Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, SA Vigneswaran selepas mesyuarat itu berkata kedua-dua parti sedang mempertimbangkan penubuhan pakatan baru.
Ketika ini, Barisan Nasional hanya diwakili oleh tiga parti komponen utama iaitu UMNO, MCA dan MIC setelah berlaku pemisahan oleh parti-parti komponen lain setelah tewas dalam PRU yang lalu. Parti utama BN di Sarawak yang terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP telah mewujudkan Gabungan Parti Sarawak dalam usaha mengekalkan survival politik mereka di Sarawak.
Hubungan UMNO-Pas Akrab
Tindakan yang dilakukan ini berikutan kerjasama politik UMNO dan Pas yang semakin akrab sejak beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu dan banyak membelakangi rakan-rakan parti komponen yang lain. Pembawaan UMNO dalam beberapa PRK lebih mendasari isu Melayu-Islam dalam mendapatkan sokongan pengundi.
Kenyataan sesetengah pemimpin UMNO yang dilihat melemahkan perpaduan kaum dalam gabungan tersebut menjadi sebab pergolakan. Malah, kenyataan Nazri Aziz selaku pemimpin tertinggi UMNO yang agak keras baru-baru ini seperti membarahkan lagi keadaan. Nazri, telah mengarahkan MCA dan MIC untuk keluar daripada BN ekoran kenyataan MCA dan MIC yang mahu mewujudkan satu gabungan politik baru.
Kenyataan Rasis Pemimpin UMNO
Nazri, pada PRK Semenyih yang lalu dilapor mempersoalkan pelantikan orang-orang bukan Melayu ke jawatan penting seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan Menteri Kewangan. Beliau juga turut memberi amaran kepada orang bukan Melayu untuk tidak persoalkan hak-hak orang Melayu.
Perkara ini bukan baru kerana kerap kali berlaku. Apa yang menjadi kehairanan ialah tidak ada tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh pimpinan BN seolah-olah menghalalkan segala kenyataan yang keluar dari pemimpin parti komponen berkenaan.
Wajarkah Gabungan Baru?
Melihat kepada senario semasa, usia gabungan yang sudah menjangkau lebih daripada 40 tahun, ditambah dengan imej BN yang sangat buruk, maka satu gabungan baru adalah wajar. Gabungan baru berlandaskan idealisme dan semangat perjuangan yang baru sangat diperlukan.
Mungkin ramai yang akan berduka dengan perpecahan BN, khususnya yang mengikuti perjuangan parti dan mempunyai nilai sentimental sejak penubuhan Perikatan. Tetapi itu merupakan langkah awal dalam melonjakkan momentum sokongan khususnya kepada golongan muda dan atas pagar.
Apa yang paling utama ialah, setiap parti dalam satu gabungan harus menghormati pendirian, perjuangan dan dasar parti-parti komponen yang lain walaupun pendirian tersebut bercanggah dengan dasar parti.
Sekiranya gabungan BN dikekalkan, dengan krisis dalaman yang semakin membara, amat sukar bagi mereka menjadi pembangkang yang utuh. Seterusnya, peranan mereka sebagai semak dan imbang kpada kerajaan sekarang menjadi semakin melemah.
Pakatan Harapan Telah Membuktikan
Perpecahan yang berlaku dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya diatasi dalam waktu yang singkat. Penubuhan Pakatan Harapan (PH) telah menjadi pewaris PR bagi mengekalkan sokongan besar pengundi pembangkang untuk mewujudkan momentum bagi menentang Barisan Nasional.
Hasilnya, kesepakatan antara parti menyebabkan penyusunan rangka kerja di akar umbi mampu dilakukan dengan lebih awal dan akhirnya berjaya menewaskan BN meskipun tanpa ketiadaan Pas. Perkara ini yang perlu dipelajari oleh gabungan parti yang baru sekiranya bercita-cita ingin memerintah. Dengan kelemahan pemerintahan PH ketika ini, dan momentum sokongan rakyat yang semakin menolak PH, maka amat wajar gabungan baru dibentuk.
Namun menjadi persoalan ketika ini ialah parti manakah yang akan bersama-sama menyertai gabungan baru tersebut? Kedua, sejauh manakah gabungan baru tersebut terdiri daripada pelbagai kaum memandangkan Pas dan UMNO yang merupakan parti utama orang Melayu tidak dilihat cenderung bersama MCA dan MIC? Ketiga, adakah gabungan baru tersebut meliputi seluruh Malaysia terutama parti komponen di Sabah dan Sarawak?
KATA ORANG
Kalau MCA keluar BN mereka tak akan dapat sokongan cina yg sudah bertuhankan DAP melainksn mereka lebih kafir harbi lebih rasis lebih cauvinis lebih ultra kiasau dari DAP MIC pula akan gagsl kaum India berpecah ada 5 parti kaum India biasanya mereka sokong kerajaan PH 1000 x har
— Ghazali Resab (@ResabGhazali) March 5, 2019
BN kalah pun aku tak sedih mcm ni. BN berpecah ni.. yg Allah korang tau tak mcm mana Perikatan tu terbentuk. Kenapa sampai jadi mcm ni? ☹☹
— Noor Suhana Ishak (@cek_suhana) March 4, 2019
Makin berpecah rakyat adalah, sama mcm zaman bn guna jamal jamban untuk naik kan semangat melayu dan islam. Zaman ph guna cybertrooper untuk main kan isu kaum dan islam. Memecah lagi mudah dari menyatu kan. Bn menang dalam isu melayu dan islam. @guanenglim
— yusri yahya (@wiseguy1946) March 3, 2019
UMNO berpecah, YB BN lompat parti. Semua jenis lemah. Tinggal la Ahmad Maslan the true warrior yang masih steady.
— Khuzrin Kamarudin (@_Khuzrin_) May 11, 2018
Ini pembersihan sendiri. Cuma yang sejati tinggal bersama yang jatuh. Bila cuma tinggal yang betul-betul tulen dalam UMNO/BN, diorang akan jadi sangat kuat nanti.