Pembaziran makanan sangat membimbangkan di Malaysia. Setiap hari, kira-kira 3,000 tan metrik sisa makanan yang pada asasnya tidak disentuh dan masih boleh dimakan telah dibuang oleh isi rumah dan jumlah itu adalah mencukupi untuk memberi makan dua juta orang yang kelaparan.

Sumber : MH Online

Angka ini adalah berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada 2015.

Disebabkan itu juga, kerajaan telah mewujudkan Program Food Bank Malaysia sejak Ogos tahun lalu yang mana ini merupakan inisiatif untuk meringankan kos sara hidup rakyat sekaligus mengatasi masalah lebihan makanan.

Sumber : Facebook Food Bank Malaysia

Menurut Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, program ini memanfaatkan 45,850 anggota isi rumah sehingga Februari lepas.

Malah, beliau ingin memastikan program Food Bank Malaysia ini, tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang kelaparan

 

Jimat 1055 Lebihan Makanan

Langkah ini dapat dapat menyelamatkan sebanyak 1055 metrik tan lebihan makanan daripada terbuang begitu sahaja.

Menurut Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan Hazilah Gumri dalam satu pembentangan kertas kerja di satu forum berkata, kajian yang dilakukan mendapati isi rumah yang terdiri daripada lima anggota membelanjakan secara purata RM900 sebulan untuk makanan dan satu perempat daripadanya terbuang ketika penyediaan, memasak dan penggunaan.

Sumber: Mstar

Ini bermakna kira-kira RM225 (benar-benar) dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan, yang jumlahnya mencapai RM2,700 setahun.

Kementerian juga telah berjaya mendapatkan komitmen dari 430 pasar raya untuk menyumbang lebihan makanan yang masih selamat dimakan sepeti sayur, roti, buah-buahan.

 

Manfaat Untuk Pelajar Lapar

Mac lalu, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 3 juta bagi pelaksanaan program Food Bank Malaysia dalam usaha memperluaskan aktivitinya ke kampus-kampus Universiti Awam dan pengedaran bekalan makanan kepada golongan sasar.

Ini berikutan laporan akhbar baru-baru yang mengisahkan golongan mahasiswa mengikat perut mendorongkan Kabinet mengarahkan agar program ini diperluaskan ke kampus universiti awam dengan menyalurkan bantuan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peruntukan RM 3 juta itu adalah untuk perolehan sebanyak 14 lori dilengkapi pendingin untuk kegunaan program Food Bank tersebut.

Operasi Food Bank Malaysia di kampus akan dikendalikan sendiri oleh mahasiswa dengan sokongan KPDNHEP dan rakan strategik Kementerian dari kalangan pertubuhan bukan kerajaan seperti Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen dan Mutiara Foodbank.

Sumber : Facebook Datuk Saifuddin Nasution

 

Boleh ke Makan Makanan Yang di Kitar Semula?

Kitar semula makanan? Bukankah itu amalan tidak sihat dan meletakkan kesihatan anda dan juga ketahanan perut anda dalam risiko tinggi? Sebenarnya tidak kalau anda lakukannya dengan betul.

Disini ada sedikit tips dan makanan yang boleh anda kitar semula
Jika terdapat roti canai,prata atau capati yang berlebihan, anda bolehlah simpan untuk dimakan. Ketiga tiga makanan ringan ini boleh dijadikan wrap yang berintikan sambal, lauk pauk atau ayam.

Selain itu, ayam goreng boleh digunakan sebagai inti yang boleh di bungkus dengan wrap. Boleh juga dimasak semula dan dicampurkan dengan bahan lain supaya menjadi lauk seperti ayam masak kicap atau ayam cili dan boleh dimakan bersama nasi ketika bersahur.

Sumber : Butterkicap

Mee juga boleh dikitar semula. Anda hanya perlu masukkan di dalam peti sejuk dan panaskannya ketika ingin makan. Mee juga boleh divariasikan menjadi nasi ambang iaitu dicampur dengan nasi putih dan lauk seperti ayam atau ikan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah perlu kes yang dihadapi Najib ini baik untuk disiarkan di televisyen atau mana-mana platform secara dalam talian?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN