Di Malaysia ni, sudah menjadi satu kelaziman dalam budaya kita apabila kita mengamalkan sikap acuh dan tidak acuh terhadap aspek kebersihan di samping mengetepikan amalan kerjasama menjadikan antara punca persekitaran rumah flat kotor. Flat-flat atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) diibaratkan seperti setinggan kota (urban slump).

Selain dari masalah sosial, yang sering ditimbulkan bagi mereka yang tinggal di flat-flat kos rendah ini adalah masalah seperti penyelenggaraan bangunan kediaman. Tetapi jika disentuh isu penyelenggaraan ini adalah antara bab yang paling terkebelakang dalam aspek pengurusan sesebuah organisasi. Padahal, ia penting untuk mencegah kerosakan yang lebih besar, yang mana tentu sahaja akan memberi kesan terhadap perbelanjaan keseluruhan.

Sikap Penduduk Punca Flat Kotor

Sumber: SWM Environment

Tidak dinafikan sikap penduduk dikawasan flat sendiri punca kediaman tersebut menjadi kotor dan busuk. Mana tidaknya, pelbagai jenis sampah yang dibuang dipercayai dari tingkat atas seperti sisa makanan, lampin pakai buang, perabot lama dan banyak lagi.

Walaupun tong sampah dan tempat pembuangan sampah disediakan, namun ia tidak dihiraukan penduduk, malah ada yang meletakkan sampah disetiap koridor aras tingkat masing-masing, dan yang paling menjijikkan ada yang meletakkan sisa makanan didalam lif.

Dan dikatakan lif rosak dijadikan alasan walhal mereka sebenarnya malas. Ini menyebabkan ada antara penghuni yang tidak bertanggungjawab dengan begitu mudah membuang sisa merata-rata biarpun tong sampah telah disediakan di bawah setiap blok.

Mereka juga sewenang-wenangnya mencampakkan sampah dari tingkat atas ke bawah tanpa memikirkan keselamatan dan perasaan orang lain.

Sedangkan perbuatan sedemikian tidak sekadar membuatkan sampah itu jatuh bertaburan sekali gus mengotorkan kawasan kediaman, ia juga membahayakan penghuni atau orang lain yang kebetulan berada di bawah.

Awal tahun ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Warga Asing Antara Punca Flat Kotor 

Sumber: Utusan Malaysia

Umum mengetahui bahawa kawasan perumahan flat serta pangsapuri kos rendah dan sederhana di beberapa kawasan di sekitar ibu kota negara padat dengan penduduk, malah kini ia semakin padat dengan kehadiran warga asing.

Kehadiran mereka ini dilihat telah mengundang masalah dan ketidakselesaan kepada penduduk tempatan termasuklah membabitkan isu kebersihan dan ancaman keselamatan.

Ada media melaporkan isu lambakan warga asing yang antaranya menetap di kawasan flat Putra Ria, Kg Haji Abdullah Hukum paling ramai, dikatakan hampir 50 peratus adalah terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.

Rata-rata penduduk mendedahkan bahawa flat tersebut mula menjadi tumpuan warga asing sejak pembukaan pusat membeli-belah Mid Valley, belasan tahun yang lalu.

Meskipun sewa rumah di flat itu adalah sekitar RM900 hingga RM1,200 sebulan, namun ia nyata tidak menjadi masalah kepada warga asing untuk menetap di kawasan terbabit memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan tempat kerja, selain rumah tersebut dihuni dalam jumlah yang ramai.

Bagaimanapun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh selama tiga bulan bermula awal Jun bagi pemilik rumah PPR mengosongkan rumah mereka yang disewa warga asing.

Penguatkuasaan tersebut dilakukan dalam memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan untuk mendapatkan rumah selain isu-isu sosial yang sering ditimbulkan oleh warga asing yang menduduki kawasan rumah terbabit.

Persekitaran Kotor Wabak Denggi Lebih Tinggi

Analisis Kementerian Kesihatan turut membuktikan pembiakan wabak ini ada kaitan dengan persekitaran tidak bersih, tabiat membuang sampah merata-rata dan ketidakcekapan pengurusan sampah.

Sebanyak 120,836 kes denggi telah dilaporkan tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 11.2 peratus atau 12,138 kes berbanding 108,698 kes yang dilaporkan pada tahun 2014.

Tidak dinafikan nyamuk aedes hanya membiak di air jernih dan bukan di kawasan kotor seperti air larut resap (leachate), tetapi cuba bayangkan apabila sampah yang berselerakan di atas jalan?

Tin kosong, bekas polisterin, berisiko berlakunya takungan air yang sekali gus membolehkan nyamuk itu bertelur dan membiak.

Disebabkan itulah, ditekankan banyak kali mengenai kepentingan setiap daripada kita bertanggungjawab memainkan peranan membersihkan kawasan rumah biarpun hanya 10 minit seminggu.

 

KATA ORANG 

 

No result could be fetched.

KATA ANDA 

Apakah punca sebenar masalah flat kotor tidak berkesudahan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN