Drama bersiri Kau Yang Pertama yang menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah nampaknya mencetuskan kontroversi.

Sumber: Nina Mirza

Baru-baru ini, Fikry telah dikecam oleh warga netizen apabila bersentuhan dengan pelakon wanita lain dalam drama tersebut.

Dalam drama berkenaan Fikry telah memegang Tasha Shilla dalam sebuah episod dengan adegan mesra dalam daram tersebut.

 

 

Mungkir Janji

Fikry didakwa mungkir janji kerana sebelum ini dia pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran sama ada filem mahu pun drama.

Sumber:tehpanas.com

Ekoran adegan berkenaan, peminatnya merasa kecewa dengan tindakan Fikry yang becakap tidak serupa bikin. Fikry disukai peminatnya kerana perwatakannya yang lembut ketika berbicara dan tingkah lakunya yang sopan dan beradab.

Sumber:tehpanas.com

Setiap manusia pasti melakukan kesalahan dan ini kekhilafan yang telah dilakukan Fikry tanpa dia sedari.

Kenyataan Disalah Anggap

Bagaimanapun, Fikry tampil menjawab kecaman tersebut dan menyatakan bahawa kenyataan yang diberikan sebelum ini telah disalah ertikan oleh pihak lain.

Sumber:Beautifulnara

Kenyataan sebenar adalah dia cuba untuk elak daripada memegang artis wanita namun tidak pula menyatakan untuk tidak pegang atau bersentuhan langsung.

Mungkin Fikry hanya mengikut arahan pengarah untuk melakukan begitu.Bukan niat dia pun nak bersentuhan dengan Tasha dalam drama berkenaan. Berlakon semata-mata.

Haram Tetap Haram

Apa pun jawapan balas yang diberikan Fikry, netizen tidak berpuas hati dan mereka menyatakan hukumnya haram bersentuhan dengan wanita bukan mahramnya.

Ada juga menyatakan mungkin kerana Fikry sudah mula dikenali dan banyak pula drama yang dilakonkannya menyebabkan dia sedikit alpa dengan tindak tanduknya itu sehingga hukum sebegitu diambil remeh temeh.

Malah, ada pula sesetengah pihak ini mengaitkan keluarganya dengan menyalahkan dia tidak didik dengan baik. Rasanya netizen ini sudah melampau, salahkan orang lain orang lain yang kena.

Peminat Mahu Fikry Lebih Berhati-Hati

Fikry mengatakan dia menerima pendapat dan teguran orang ramai dengan hati yang terbuka. Dan akan lebih berhati-hati di masa akan dating.

Begitu juga dengan peminatnya yang mahukan Fikry lebih berjaga-jaga dalam setiap tindak tanduknya.

Mereka tetap menyatakan sokongan supaya artis kegemaran mereka terus berada dipersada seni tanpa menimbulkan kontroversi lagi.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN