Blog – In a Nutshell

Trend mengembara ataupun lebih dikenali dengan ‘backpacking’ sangat popular terutamanya di kalangan remaja yang ingin menjelajah dan mengenali budaya luar.

Trend ‘backpacking’ ini mula menjadi ikutan ramai, dan mereka menjadikan ia satu punca untuk menjana pendapatan tambahan melalui tips-tips yang kongsikan ketika mengembara, perkongsian bajet dan tempat-tempat baru serta menarik untuk dilawati.

Kebanyakan negara juga banyak menyokong aktiviti pengembara ini dengan menyediakan hotel-hotel bajet bagi menyesuaikan pengembaraan tersebut dengan bajet kewangan yang minimal.

Ada juga negara yang turut menyediakan tapak perkhemahan percuma dengan kemudahan seperti bilik mandi dan dewan makan seperti yang Norway, Mongolia, Kazakhstan, Sweden, Finland dan Iceland.

Sumber : Visit Norway

Dalam menikmati seronoknya menjelah dan melawat tempat baru, ada segelintir pengembara terutamamya dikalangan pengembara barat yang berani mengambil kesempatan.

Apa yang mereka lakukan ialah secara terang-terangan meminta sedekah di tepi-tepi jalan bukan kerana mereka betul-betul ditimpa kesusahan dan masalah tapi kerana ingin meneruskan pelancongan mereka.

Ramai yang mengecam keberanian mereka ini dan menganggap bahawa pelancong-pelancong tidak patut berbuat demikian kerana kepentingan dan keseronokan diri sendiri.

Apa Itu Backpacker?

Sebenarnya banyak pengertian mengenai backpacker. Tak semestinya pemahaman orang Malaysia sama apa yang orang putih maksudkan dengan orang kita di Malaysia maksudkan.

Menurut sumber wikipedia, backpacker bermaksud bajet rendah, bebas merantau ke negara-negara lain. Selain daripada tu, maksud backpacker juga merujuk kepada orang galas beg besar-besar yang mudah diurus untuk perjalanan jauh dan perjalanan yang mengambil masa yang lama.

Golongan backpacker juga cenderung untuk menggunakan kenderaan awam untuk bergerak.

Backpacker biasanya memilih hostel-hostel bajet berbanding hotel mewah.

Sikap Peramah Dan Pemurah Disalahguna

Budaya ini sudah meluas dijalankan di negara barat dan negara-negara Asia. Di Malaysia juga, budaya ini sudah mula diamalkan. Kebaikan dan sikap pemurah rakyat Malaysia dimanipulasi hebat oleh pelancong-pelancong ini.

Sumber : Daily Mail

Pelancong-pelancong yang mengemis ini selalunya akan menggunakan bakat mereka seperti bermain muzik, melukis dan membuat magik bagi menarik perhatian orang ramai dan meminta wang.

Ada juga yang hanya berdiri bersama kadbod yang bertulis seperti gambar di bawah.

Sumber : Myc.com

 

Boleh Melancong Menandakan Anda Mampu Dan Berduit

Tak tercapai logik fikiran bila anda melancong tanpa menyediakan wang yang secukupnya dan mengharap belas dan ihsan orang sekeliling untuk anda meneruskan perjalanan anda.

Sikap ‘gamble’ dan selamba mungkin ada baiknya tapi jika sampai perlu menaruh simpati orang ramai itu sudah lain cerita.

Tambahan pula, kebanyakan pelancong yang meminta-minta ini datang dari negara maju yang nilai ringgit lebih tinggi dari Malaysia.

Mendapat keistimewaan untuk melancong dan menaiki kapal terbang sendiri bukanlah satu benda yang dapat dinikmati oleh semua orang. Ada sesetengah individu yang tidak pernah dapat melancong dan mengembara seperti orang lain.

Sumber : Keepo

Kebanyakan individu yang mengemis di tepi jalan adalah kerana tidak mempunyai makanan dan tidak mampu bekerja kerana kecacatan anggota, tapi anda mengemis untuk melancong?Relevan kah tidakan itu? Dan layakkah mereka diberi belas dan kasihan?

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah pelancong-pelancong dibantu dan disokong oleh masyarakat sekeliling>
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN