Sumber: Free Malaysia Today

Beyblade merupakan permainan gasing moden yang mula terkenal pada era 2000-an. Siapa sangka permainan yang pernah menjadi kegilaan ramai pada awal tahun 2000. dahulu kini mula menjadi kegilaan kanak-kanak pada masa kini.

Pada awal tahun 2000, permainan ini mendapat sambutan setelah kartun animasi Beyblade dari Jepun mula mendapat tempat di negara kita pada tahun 2001 dan menjadi fenomena buat beberapa tahun sebelum dilupakan.

Kalau diikutkan, kanak-kanak sewaktu zaman tersebut kini sudah berusia 20 tahun ke atas, ada juga dalam kalangan mereka yang sudah bergelar bapa orang.

Sumber: Dinirsyad

Gamit Kenangan Golongan Dewasa

Jelas, permainan ini bukan sahaja menarik minat kanak-kanak, tetapi turut menggamit kenangan dalam kalangan golongan dewasa yang pernah mengikuti zaman tersebut.

Kartun animasi beyblade burst yang mula ditayangkan di negara kita sejak beberapa tahun lalu menjadi tontonan golongan kanak-kanak. Ini menyebabkan ramai di kalangan mereka sanggup menyimpan duit membeli beyblade.

Permainan beyblade mula menjadi heboh di media sosial ekoran rungutan daripada kaum ibu yang sentiasa kehilangan kuali memasak di dapur. Kuali, digunakan oleh kanak-kanak tersebut untuk dijadikan sebagai gelanggang atau medan pertempuran bagi pertarungan beyblade.   

Ada Apa Pada Beyblade?

Beyblade terdiri daripada beberapa komponen iaitu face (logo dan nama), clear wheel (lapisan pertama), metal wheel (lapisan kedua), track (menghubungkan lapisan satu dan dua) dan bottom (berbentuk tirus di bahagian bawah).

Sumber: Ichalgo

Untuk memutarkannya, Launcher digunakan. Ia merupakan alat utama yang berfungsi seperti tali yang melilit gasing diikuti gelanggang sebagai medan pertarungan.

Perbezaan Beyblade Dahulu Dan Hari Ini

Mungkin perbezaan yang jelas ialah jenis beyblade yang diperkenalkan serta gelanggang untuk permainan masa kini, namun cara permainan masih kekal sama. Kalau era 2000-an, anda mampu mendapat beyblade dengan harga semurah RM2.

Namun bagi beyblade masa kini, harganya bermula RM10 dan ada yang mencapai RM50 berdasarkan kualiti. Mahal bukan? Yang pasti beyblade dahulu besi, bukan plastik.   

Sumber: Youtube

Wujud Pertandingan Beyblade

Sama ada anda percaya atau pun tidak, permainan ini mendapat perhatian ramai pihak sehingga dianjurkan pertandingan. Misalnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pasir, Tumpat telah menganjurkan pertandingan beyblade sempena Karnival Kokurikulum sekolah. Berdasarkan laporan metro, dianggarkan seramai 200 peserta menyertai pertandingan tersebut.

Bukan itu sahaja, pertandingan sama turut dianjurkan di kawasan kampung. Menerusi Twitter Zuhaili, beliau telah memuat naik video suasana pertandingan beyblade yang disertai ramai kanak-kanak. Malah, pertandingan sama turut dianjurkan di kawasan-kawasan yang lain. Jelas ia mendapat sambutan yang hangat.

Mampu Kekang Ketagihan Gadget

Beyblade turut dilihat membawa impak positif. Ini kerana fenomena beyblade mampu menjadi misi mengurangkan penggunaan gadget dalam kalangan kanak-kanak. Aktiviti ini sangat sihat dalam melatih mereka untuk berkomunikasi dan bergaul sesama rakan sebaya.

Diharapkan agar lebih banyak lagi penganjuran pertandingan beyblade di kawasan lain. Ia bukan sahaja dapat mengisi masa lapang kanak-kanak, dalam masa yang sama dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti penggunaan gadget dan aktiviti basikal lajak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah permainan Beyblade digalakkan kepada kanak-kanak?
18 votes · 18 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN