Di sebalik imejnya yang dipalit dengan dakwaan jenayah rasuah di mahkamah dan dipandang sinis oleh rakyat Malaysia, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih mekar di hati peneroka Felda.

Berdasarkan portal tinjauan Malaysiakini, beberapa generasi kedua di Felda Koyan 3 tetap melihat Najib sebagai pemimpin yang akan mencari penyelesaian secepat mungkin untuk peneroka Felda.

Mereka mahu Najib diangkat semula sebagai pemimpin seperti dahulu, yang selalu membantu dari segi kewangan walaupun Felda bermasalah.

 

Peneroka Felda Masih Harap Najib Selesaikan Isu Felda

Masih ada yang sayang dan junjung Najib walaupun beliau menyalahgunakan jawatan, kedudukannya sebagai perdana menteri dan juga menteri kewangan. Walaupun wang rakyat dirompak, duit peneroka lain diseleweng, ia tidak meluputkan kasih sayang sebahagian kecil peneroka di Felda Koyan 3, Raub, Pahang.

Ada antara mereka mahukan Najib terus berkhidmat untuk peneroka Felda, ada yang mengatakan Umno BN tumbang kerana ada pihak yang taburkan fitnah sehingga parti itu tumbang ke tangan kerajaan Pakatan Harapan.

Sumber:Utusan Online

Ada yang mengatakan Najib sudah berjanji ingin memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM2000 kalau beliau menang, akhirnya kalah, tak dapat apa-apa.

Ada pula berkata yang walaupun Felda bermasalah dan tidak sempurna tidak mengapa kerana Najib akan beri durian runtuh kepada peneroka, ini bermakna Najib tidak pernah lupakan peneroka Felda.

Pelbagai pandangan positif diberikan kepada Najib sepanjang pemerintahannya sebelum ini. Mungkin yang sebahagian kecil ini tidak tahu maklumat yang sebenar atau sudah obses dengan Umno BN dan juga Najib.

Felda rugi pun tiada apa yang perlu dibimbangkan, begitukah? Nampaknya maklumat tidak sampai ke Felda Koyan 3 ini.

 

Netizen Begang Masih Ada Puji Najib Walau Felda Rugi

Felda menanggung kerugian yang agak besar semasa pemerintahan Najib dan peneroka Felda di seluruh negara terpaksa menanggung hutang yang agak tinggi sehingga membebankan mereka sehingga kini.

Sumber:FB Malaysiakini

Bayaran tanam semula, hutang peneroka, duit hasil sawit masih tidak menemui jalan penyelesaian yang konkrit. Kerajaan pada hari ini sedang bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah peneroka.

Bagaimanapun, masih ada yang puji kepimpinan Najib mentadbir negara. Hal itu, bagaimanapun mengundang rasa kesal netizen yang terhadap peneroka Felda yang masih memuji Najib dan mahu Najib menyelesaikan masalah mereka.

Hanya kerana wang tunai yang selalu ditabur Najib, itu yang membuatkan sesetengah peneroka Felda masih mahukan Najib, sedangkan sebahagian besar peneroka lain menolak Najib.

 

Felda Rugi Zaman Najib

Sebelum skandal tanah Felda melibatkan nilai RM270 juta ini muncul, beberapa bulan lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka fail siasatan mereka terhadap pembelian Park City Grand Plaza London (2013) dengan harga RM330 juta di London.

Sumber:Buletinonline.net

Pada 2015 Laporan Ketua Audit Negara pula mengesahkan sebanyak RM47.6 Juta hilang dalam satu projek Felda melibatkan penternakan ikan sturgeon.

Sumber:AAKJ

Pada 2012, Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) mencatatkan kerugian RM27.6 juta dalam pelaburannya sebanyak RM1 bilion di Amerika dan Kanada.

Sehingga ini, Felda melalui Felda Investment Corporation (FIC) telah menimbulkan curiga terhadap urusniaga ‘terlebih bayar’ pembelian hotel.

Ia melibatkan pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah (RM86.4 juta), Park City Grand Plaza di Kensington, London (RM330 juta, harga sepatutnya RM110 juta) dan Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching (dibeli RM50 juta lebih mahal).

Sumber:Utusan Online

Felda pula telah membeli 37 peratus saham syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High, yang dikuasai rakan karib PM dari Indonesia, Peter Sondakh.

 

Najib Tak Malu Turun Kempen PRK Cameron Highlands

Nampaknya Najib kini semakin lantang sebagai suara pembangkang, beliau bersuara hak rakyat dan sebagainya.

Sumber:sinar harian

Rata-rata rakyat Malaysia merasakan tindakan Najib turun berkempen untuk calon BN, iaitu Ramli Mohd Nor. Ramli merupakan bekas pegawai polis dari suku kaum Semai.

Keberanian Najib turun membantu calon BN itu kerana parti itu meletakkan kaum Melayu yang mana ia sangat sesuai tambahan pula kini isu perkauman dan kematian anggota Bomba, Adib masih dalam siasatan.

Dan mereka masih menuntut bela atas kematian Adib yang berpunca daripada rusuhan di kuil di Subang Jaya tahun lalu.

 

Buat Slogan Baru Tarik Minat Anak Muda

Beliau juga kini dikenali sebagai ‘King Of Troll’ dan terbaru slogannya ‘Malu Apa Bossku’ kini trending dikalangan rakyat Malaysia dan mereka seolah-olah menyukai slogan terbaru Najib dan ia dekat dengan jiwa anak-anak muda kini.

Sumber:Sinar Viral

Slogan ini mula trending apabila Najib memuat naik gambar di Facebook peribadinya sedang menunggang motosikal Yamaha Y150 dengan nombor plat 8055KU (BOSSKU).

Lagak seperti orang muda, caption di posting tersebut jugak mendapat pelbagai reaksi menarik daripada netizen yang katanya tak boleh move on dengan slogan tersebut.

Sumber:lobak merah

Ada komen yang menyokong, begitu juga yang tidak menyokong dan juga komen menyindir serta mengkritik bekas Perdana Menteri ini.

Bagi yang mungkin sudah terlupa, Najib masih berhadapan dengan pertuduhan berkaitan 1MDB.

Buat mereka yang ‘anti’ Najib, slogan ini dianggap tak relevan langsung dan ada maksud tersirat di sebaliknya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, salahkah untuk memuji pemimpin idola mereka?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN