Terbaru, pelakon, Fasha Sandha memuat naik sekeping gambar didukung oleh tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz. Gambar itu, bagaimanapun mendapat kritikan daripada peminat di laman Instagram milik Fasha sendiri.
Fasha juga memuat naik kenyataan yang menyatakan berat badanya semakin turun sehingga Aidil boleh mengangkatnya dengan senang.
Dengan #fashasandhaxbizziboddy dan juga tag kepada @as_legacyasiamembuktikan Fasha kini dalam proses mengecilkan badan dengan produk keluaran kawan baiknya, Datuk Sri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid.
Fasha dan Aidil mula rapat sejak tahun 2017 dan telah mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.
Fasha juga sering memuatnaik gambar Aidil bersama kedua-dua anaknya.
Fasha Perlu Lebih Jaga Batas Pergaulan
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tidak selesa dengan gambar yang dikongsikan oleh Fasha dan berharap dia lebih berhati-hati selepas ini ketika berkongsi gambar di media sosial.
Mereka menasihatkan Fasha supaya tidak terlalu ghairah memuat naik gambar yang dianggap tidak manis terutama beliau dalam fasa pertunangan.
Fasha merupakan selebriti tanah air terkenal dan dihormati kerana kerjayanya selain ibu tunggal yang menjadi inspirasi kepada orang diluar sana.
Tambahan pula, perbuatan itu dilakukan di hadapan anak perempuannya. Peminat tidak mahu Fasha menunjukkan sikap yang tidak baik kepada anaknya.
Fasha Tidak Terima Teguran?
Fasha bagaimanapun dilihat membalas setiap kritikan yang diberikan itu dengan nada yang agak keras dan seolah-olah tidak menerima teguran yang diberikan oleh peminatnya.
Dia menegaskan Halal dan Haram ditentukan oleh Allah dan dia tahu dosa pahala serta hukum Islam.
Dia tidak mahu peminatnya masuk campur dalam urusan hidupnya. Agak keras juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Fasha ini.
Kita tidak tahu niat seseorang itu, apa-apa pun peminat terus doakan dia berjaya dalam kerjaya dan juga kehidupannya.
Peminat juga jangan terlampau menyentuh sensitiviti Fasha, nak tegur boleh tetapi biarlah secara diam.
Fasha Pernah Ditegur Peminat Isu Seksi
Sebelum ini, Fasha pernah memakai baju renang yang mengundang kecaman netizen. Mereka menganggap ia terlalu ketat serta menampakkan bentuk badannya terutama sekali pada bahagian yang tidak sepatutnya.
Pakaian menjolok mata serta dikatakan menimbulkan keghairahan orang ramai itu sangat tidak sesuai dengan imej beliau sebagai seorang ibu yang sudah beranak dua.
Rata-rata netizen merindui penampilan Fasha yang dahulunya lebih sopan serta anggun.
Kata mereka, Fasha sudah mempunyai nama yang kukuh di dalam industri hiburan, tidak perlulah mencari publisiti murahan.
KATA ORANG
wah sedap si aidil tu angkat nya fasha sandha . baru tunang macam dh nikah . kalau nak zina cpt cpt nikah je terus tk yah tunang . jadi fitnah lg ada la
— PengkritikBebas(PB) (@try_kaki) January 8, 2019
nanti dah nikah baru rasa manisnya ya...baru tau amcm tu rumah tangga...
— Din ramaeta (@DRamaeta) November 23, 2018
lupa laa citer apa. ala rsenya fasha dh dpt kot sbb sblum ni diorg ada prgi holiday sama2 kt indon tahun lps, lpastu ada stu kontroversi video aidil jmput fasha kt klia pastu peluk2 mcm suami isteri
— SYUQ (@mnaddd) January 6, 2019
hahaha tu vida lom tgk lgi scene aidil rogol fasha. dlm citer apa ntah. rasanya start dri situ laa fasha suka si aidil ni. sbb mse tu aidil bukk bju hahaha, berair laa jwbnya
— SYUQ (@mnaddd) January 6, 2019