Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Malaysia akan terus menghasilkan lebih ramai bintang dalam sukan permotoran, bukan sahaja sebagai pelumba atau pemandu, tetapi juga sebagai jurutera.

Sumber:SAYS.com

Beliau menyatakan hasrat itu apabila melihat Malaysia kini lebih terbuka dalam dunia kejuruteraan dan wang yang telah dibelanjakan membina litar telah digunakan sebaiknya.

Jadi tidak, mustahil untuk Grand Prix Formula Satu (F1) kembali lagi ke Malaysia suatu hari nanti. Malaysia akan menjadi litar yang paling unggul di seluruh negara.

Selesaikan Isu Rakyat Dahulu

Walau bagaimanapun, hasrat yang dikemukakan oleh Tun Mahathir itu mendapat kritikan daripada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sumber:Astro Awani

Mereka menyatakan perlumbaan F1 bukan dalam manifesto Pakatan Harapan. Bagaimana hasrat ini boleh terkeluar dari mulut seorang pemimpin yang sebelum ini melaungkan untuk membantu rakyat.

Mereka mahu kerajaan PH dibawah kepimpinan Tun Mahathir lebih memikirkan masalah rakyat, kebajikan dan sebagainya.

Sumber:malaysiakini2.com

Daripada berhabis wang ringgit rakyat, baik hapuskan tol, kurangkan lagi harga minyak, pantau harga barang, hapuskan AES, beri bantuan kewangan pada rakyat, itu lebih berfaedah.

Tak Ada Duit, Jangan Buat F1

Bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin menolak idea untuk menganjurkan kembali perlumbaan F1 di negara ini.

Sumber:thecoverage.my

Katanya, penganjuran acara antarabangsa itu menelan kos lebih RM200 juta setiap tahun dan hampir kesemuanya ditanggung kerajaan.

Cakap duit dah tak ada, kena jimat tetapi Malaysia boleh pula berhasrat nak anjurkan perlumbaan yang menelan kos beratus juta ringgit.

Bagaimanapun, Khairy berkata penerimaan sukan itu amat baik daripada aspek penonton dan penyertaan.

Namun, perlumbaan F1 tidak sesuai lagi dianjurkan di Malaysia, antaranya dengan membangkitkan masalah dana atlet kebangsaan.

Sumber:malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com

Tulisnya di Twitter, elaun atlet kebangsaan kena potong. Staf kontrak sains sukan ramai tak di sambung. Ada hati nak dapat balik F1. Jadi katakan tidak kepada F1!

F1 Rugikan Negara

Pada Tahun 2017 berlaku penamatan penganjuran lumba F1 di Malaysia yang bermula pada 1999 adalah disebabkan kos yang tinggi.

Kerajaan telah membiayai penganjuran ini sekian lama dan telah membelanjakan AS$67 juta setahun. Pulangan atas pelaburan sekarang tidak seimbang. Penonton berkurangan, dan hakikatnya, lumba F1 tidak benar-benar digemari rakyat Malaysia berbanding lumba motosikal. Oleh itu, Litar F1 Sepang kekal menganjurkan Moto GP kerana sambutan hebat.

Sumber:Sepang International Circuit

Penarikan diri Malaysia daripada F1 ini bukan luar biasa atau eksklusif. Terdahulu Korea Selatan dan India telah menarik diri, meninggalkan hanya tiga negara di Asia yang masih rela iaitu China, Jepun dan Singapura.

Setiap tahun negara kerugian RM300 juta, dari segi penganjuran Malaysia belanja kira-kira RM300 juta.

Malah, difahamkan ada pelumba negara menyertai F1 dan keputusan menamatkannya adalah tepat buat kerajaan pemerintah pada masa itu.

Sumber:Daily Mail

Malaysia pernah menempa sejarah sebagai negara Asia Tenggara pertama menganjurkan perlumbaan kereta paling berprestij dan berteknologi tinggi itu pada 1999, yang menyaksikan pemandu Ferrari, Eddie Irvine dari Britain muncul juara sulung.

Diharap kerajaan perlu perbaiki dahulu kelemahan atlet dan selesaikan masalah atlet dalam negara sebelum menganjurkan acara yang berprestij ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah hasrat pembukaan semula F1 Malaysia bertepatan dengan keadaan sekarang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN