Sudah pasti ramai tidak menduga bahawa babi hutan mampu berenang. Lebih mengejutkan lagi apabila ada yang mendakwa babi hutan dari Sumatera, Indonesia telah berenang merentasi Selat Melaka memasuki negara kita. Kedengaran agak pelik bukan.

Sumber: Tempo.co

Memetik laporan Malaysiakini, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Exco Pertanian Negeri, Norhizam Hassan Baktee. Menurutnya, perkara itu tidak dijangka dan hal ini menyebabkan populasi haiwan itu meningkat di negeri Melaka. Tambah beliau, kemasukan babi hutan dari Indonesia ke Melaka sangat mengecewakan.

Lalaun Perjalanan Babi Hutan Merentasi Selat Melaka

Berdasarkan laporan, babi hutan dari Sumatera berenang merentasi Selat Melaka dan ‘berehat’ sebentar di Pulau Besar sebagai destinasi pertama. Seterusnya babi hutan tersebut akan meneruskan perjalanan sehingga ke Ujong Pasir dan kawasan-kawasan pantai di sekitar Melaka.

Sumber: Google Image

Tambah Hassan lagi, populasi babi hutan di Pulau Besar sangat banyak mampu mengatasi jumlah populasi penduduk sekiranya tidak dikawal dengan baik. Hal ini menyebabkan jabatan perhilitan negeri Melaka melaksanakan program membanteras babi hutan di negeri tersebut.

Betul Ke Babi Boleh Berenang?

Di sebalik rupa yang hodoh, hakikatnya, babi boleh berenang. Buktinya, di Bahamas, terdapat sekumpulan babi yang pandai berenang. Memetik artikel explorasa.cari.com, haiwan berkaki pendek itu sangat seronok bermain bersama dan menghabiskan masa mereka berenang di sekitar sebuah pulau.

Sumber: iFakta

Kumpulan haiwan ini pada mulanya ditinggalkan oleh pelaut bagi dijadikan santapan. Malangnya, pelaut tersebut tidak kembali semula. Hal ini menyebabkan haiwan tersebut beranak-pinak sehingga menjadi banyak. Apa yang menarik, babi-babi ini sangat mesra dengan manusia dan akan menunjukkan kehebatan mereka berenang.

Apa Kata Warga Maya?

Walau bagaimanapun, kebanyakan warga maya berasa sangsi dengan isu yang dibangkitkan oleh Exco tersebut. Seolah-olah kenyataan yang dikeluarkan hanyalah sekadar mencari alasan untuk menyelamatkan diri mengenai masalah pembiakan babi hutan yang semakin meningkat di negeri Melaka.

Sumber: Facebook Malaysiakini

Bagaimana mungkin laluan kapal yang tersibuk di dunia ini mampu diambil kesempatan oleh babi hutan. Begitu juga dengan kawalan keselamatan maritim yang ketat dari kedua-dua buah negara.

Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan tersebut hanyalah sekadar kisah jenaka yang dicipta-cpta atau sebaliknya. Sehinggakan kisah ini turut disunting oleh laporan berita liputan 6 Indonesia.

YB Gangster Dan Kontroversi Berpisah Tiada

Dengan tersebarnya berita ini, berkemungkinan besar Hassan Baktee akan terus dikenali oleh rakyat Malaysia, bahkan mungkin masyarakat di Indonesia. Beliau yang merupakan Exco Melaka sangat terkenal dengan aksi-aksi kontroversi sebelum ini.

Sumber: The Star

Bermula dengan video pertengkaran dengan penduduk di taman perumahan, pertengkaran dengan golongan nelayan dan pertengkaran dengan golongan pengayuh beca di Bandar Hilir. Sikap beliau yang agak agresif dan lancang menyebabkan beliau digelar sebagai ‘YB Gangster’ oleh rakyat Malaysia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah dakwaan Exco Melaka itu benar atau tidak?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN