Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Desas-desus berkenaan pihak mana yang akan membeli kapal mewah Equanimity akhirnya terjawab. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kapal mewah tersebut telah dibeli oleh syarikat tujuan khas (SPV) milik Genting Malaysia Berhad dengan harga bernilai AS$ 126 juta atau bersamaan dengan RM514.4 juta.

Menurut laporan Astro Awani, perkara ini telah disahkan oleh Ahli Lembaga Peguam Negara. Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu kenyataan berkata, pada penghujung bulan ini Genting akan membuat pembayaran AS$ 126 juta kepada Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur.

Sumber: The Star

Berdasarkan laporan, kapal mewah Equanimity dibina khas untuk ahli perniagaan yang terpalit dengan kontroversi 1MDB, Low Taek Jho pada tahun 2014 dengan harga AS$250 juta atau sekitar RM 1 bilion.

Disita Kerajaan Indonesia Di Bali

Walau bagaimanapun, kapal ini telah disita oleh kerajaan Indonesia di kepulauan Bali pada Februari 2018 berdasarkan siasatan berkait skandal 1MDB seterusnya dipulangkan kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Sumber: ibumifzal
Sumber: Berita Harian
Sumber: Maukerja

Menurut blog hangat.com, kemewahan kapal Equanimity tidak dapat dibayangkan. Kapal ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti jakuzi di atas dek, bilik sauna, pad pendaratan helikopter, kolam renang, beach club, spa dan salon kecantikan, gym, lif, garaj robot, bilik mandian turkish, panggung wayang dan pelbagai yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Kos penyelenggaraan sahaja sudah mencecah RM3 juta sebulan.

Mampu Pulihkan Hutang

Penjualan ini menjadikan ia tanda aras pelan pemulihan yang tertinggi setakat ini bagi skandal 1 Malaysia Development Berhad (1 MDB) dalam tempoh lapan bulan sejak tindakan ke atas kapal itu diambil. Lebih membanggakan lagi penjualan kapal mewah ini diadakan secara rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat Genting.

Sungguhpun gagal mencapai harga pasaran yang diingini berdasarkan penilaian Winterbotham iaitu AS$130 juta, namun penjualan dengan nilai AS$126 sudah cukup membanggakan khususnya bagi jualan kehakiman. Tommy Thomas menambah, nilai AS$126 merupakan tawaran terbaik yang pernah diterima oleh kerajaan sejak pengumuman penjualan Equanimity pada bulan Oktober tahun lalu.

Jualan kehakiman pada harga AS$126 juta merupakan satu rekod bersejarah, dan menjadi tanda aras tinggi bagi sistem kehakiman negara tanpa sebarang diskaun.

Kapal sepanjang 91.5 meter itu sebelum ini berlabuh di Pangkalan Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bukit Malut, Langkawi tanpa dikenakan sebarang caj.

Kerajaan Tidak Perlu Lagi Tampung Kos Selenggara

Penjualan kapal mewah ini dijangka dapat menghentikan kos penyelenggaraan oleh kerajaan memandangkan kos penyelenggaraan Equanimity sejak tiba di Pelabuhan Klang pada Ogos tahun lalu adalah sebanyak RM14.22 juta.

Dalam pada itu, Tommy Thomas mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama dalam menggerakkan usaha menjual kapal Equanimity tersebut. Kumpulan Perundangan telah bertindak menjangkaui tugas dengan bergerak bertemu pembeli yang berpotensi di Hong Kong dan London dengan menanggung sendiri kos-kos perjalanan.

Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada TLDM kerana memberi ruang untuk kapal mewah Equanimity berlabuh selama lebih daripada lima bulan tanpa dikenakan sebarang caj.

Kita mengharapkan agar lebih banyak lagi aset-aset 1MDB yang tidak menguntungkan dapat dijual bagi menampung beban kerugian yang dialami oleh kerajaan pada ketika ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah kapal Equanimity dijual?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN