Biasalah bila kita ini ‘public figure’ atau artis yang dikenali masyarakat memang buat salah sikit sahaja kena kecam teruk oleh netizen-netizen di luar sana.
Permohonan maaf pun seolah-olah tidak diterima, hanya kecaman demi kecaman sahaja yang dapat. Itulah yang berlaku kepada seorang pelakon genit berkulit putih, Emma Maembong yang dikecam netizen kerana membuka tudung.
Baru-baru ini tular satu gambar Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail yang tidak memakai tudung disebelah seorang lelaki yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Dikatakan lelaki berkenaan adalah abang kepada menteri itu, iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang berusia 30 tahun.
Sekeping gambar tular mempamerkan seorang wanita yang didakwa Emma duduk dicelah kangkang lelaki itu, namun Emma menafikan beliau adalah wanita tersebut.
Dalam instagram Emma, beliau telah menjelaskan perkara itu dan memohon maaf kerana kelalaiannya membuka tudung namun menafikan bukan dirinya yang berada di celah kangkang itu.
Syed Abdullah Buka Mulut
Syed Abdullah akhirnya mengakui lelaki yang mirip wajahnya dalam keping gambar yang tular hari ini adalah dirinya.
Syed Abdullah bagaimanapun menafikan bahawa wanita yang duduk di celah kangkangnya pelakon Emma Maembong.
Katanya, itu adalah wanita lain dan gambar tersebut diambil kira-kira empat tahun lalu.
Namun, Syed Abdullah akui wanita yang kelihatan menerusi gambar yang diambil dalam sebuah restoran adalah Emma.
Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama Syed Abdullah.
Pada 19 Januari lalu juga, Emma memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai termasuk ucapan hari jadi.
Emma Dilabel Hipokrit Dan Tidak Ikhlas Bertudung
Nampaknya, netizen semakin panas dengan tindakan Emma itu dan mendakwa Emma sebagai orang Islam yang hipokrit dan tidak ikhlas lagi untuk bertudung dengan baik.
Mereka menganggap Emma hanya menggayakan tudung hanya untuk meraih populariti dan kononnya mahu menunjukkan imej yang baik tetapi sebaliknya.
Rata-rata peminat Emma sudah menyatakan tidak akan menyokong lagi artis kesayangan mereka itu. Dan mahu Emma bertaubat. Wah, netizen sekarang ini memang sudah jadi ustaz dan ustazah di laman sosial pula.
Bukan Emma sahaja artis yang melakukan kesilapan, ramai lagi artis yang melakukan kekhilafan yang sama. Permohonan maaf ini menunjukkan sikap terbuka artis itu dalam menerima teguran peminta-peminatnya.
Masih Ramai Mendoakan Emma Dan Menyokongnya
Namun, ada peminat Emma setuju dengan tindakannya memohon maaf secara terbuka di Instagram dan meminta netizen tidak menyalahkan kawan-kawannya serta ahli keluarganya yang lain atas kesilapan yang dilakukannya itu.
Jangan risau Emma, masih ada yang sayang dan sokong Emma supaya belajar dari kekhilafan itu dan tidak mengulanginya lagi di masa akan datang.
Antara Artis Yang Pernah Buka Tudung
Bukan untuk mengaibkan mana-mana artis yang telah membuka tudung tetapi ini antara artis yang pernah terima kecaman yang hebat dari netizen kerana membuka tudung secara rasmi.
Artis jelitawan Uqasha Senrose yang dipuji sangat manis apabila mengenakan tudung. Dia bagaimanapun tiba-tiba buat keputusan menanggalkannya pada pertengahan tahun 2016.
Menurut Uqasha, sepanjang 3 tahun bertudung imannya tidak tetap dan sebenarnya keputusan beliau menutup aurat sebelum ini semata-mata kerana kecewa selepas putus cinta.
Uqasha juga menekankan tidak berniat untuk mempermainkan agama dan hanya mahu menjadi diri sendiri.
Kemudian, Sarah Ali, pelakon yang kali terakhir muncul dalam filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, pada awalnya enggan memberi komen apabila gambarnya tidak bertudung ketika bercuti di Shanghai, China tular di laman sosial.
Namun dalam satu perkongsian di Facebook Live milik Sarah, dia memberi penjelasan keputusan menanggalkan tudung selepas setahun memakainya kerana rasa bersalah dan hidup tidak tenang.
Katanya dia tidak mahu bangun tidur dengan perasaan bersalah dan menipu semua orang selama setahun.
Mereka ini pun dikecam teruk oleh netizen namun mereka tidak ambil kisah dan teruskan hidup seperti biasa. Bukan netizen pun bagi mereka makan.
KATA ORANG
Enough la posting private pics of Emma Maembong & Syed Abdullah you guys really have nothing better to do ke?? Biarlah dia nak buat apa pun and the pics are meant for themselves kenapa hack orang!!!!!!!!!
— hena (@hanamf_) January 28, 2019
Emma maembong kantoi rambut karat duduk celah kangkang syed abdullah (abg SS)
— ➰اليف➰ (@aleppppppppp) January 28, 2019
Fatiya latif kantoi potong rambut macam lelaki & tak pakai tudung karaoke kat mana entah.
Hipokritnya dua ekor artis ni.
Tersebar gmbr emma maembong dgn syed abdullah dgn tk pakai tudung nya. gmbr emma duduk celah kangkang syed abdullah. Aduhh 😒😒
— _neyssa (@neyssajane) January 28, 2019
Dah sah sah syed abdullah tu member baik ngn emma maembong kan. Takkan dia ada member yng muka serupa doh. Hahaahahahahahahahahahahaahhaahahahahahahahahhaahhahahahaha okay mcm mana nak sangka baik lagi ni
— иυяυℓ иα∂ιαн (@NadiahIskandar_) January 28, 2019