Mendapatkan zuriat menjadi sebahagian daripada tujuan kita berkahwin. Namun, sesetengah daripada kita perlu melalui proses hamil yang sukar dan menyebabkan kekecewaan.

Walaupun ada yang senang hamil untuk anak pertama tetapi tidak untuk anak kedua dan seterusnya.

Sumber: Hello Sehat

Ada juga yang mengalami keguguran berulang kali dan itu pasti lebih mengecewakan pasangan yang sudah lama menantikan cahaya mata.

Namun, selagi wanita itu mempunyai rahim peluang serta harapan untuk mendapatkan anak adalah cerah.

Keajaiban itu berlaku kepada pasangan Mohd Yuhairi Haniff Yoon, 37, dan Noor’adn Muhammad, 38 yang menantikan cahaya mata selama 13 tahun.

Prosedur Pemindahan Embrio Beku (FET)

Pasangan itu telah pun berjaya menimang cahaya mata seorang bayi lelaki dengan berat 3.34 kilogram.

Sumber:drnatashanorfertility.com

Bayi tersebut dilahirkan menerusi perkhidmatan teknologi pembiakan berbantu (ART) secara kaedah persenyawaan in vitro (IVF) apabila bayi pertama menerusi prosedur pemindahan embrio beku (FET) selepas enam tahun.

Menurut pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Dr Nasuha Yaacob, prosedur FET lazimnya dilakukan dalam tempoh purata antara satu hingga tiga tahun dari tempoh pembekuan, dengan maksimum selama lima tahun.

Sumber:Pa&Ma

Ada kalangan kes FET yang gagal tetapi bagi Noor’adn, embrio yang dibekukan masih bagus dan berkualiti walaupun selepas enam tahun.

Rezeki tidak pernah salah alamat, akhirnya bayi lelaki itu selamat dilahirkan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Pernah Gagal

Menurut Noor’adn penantian dia dan suami selama 13 tahun untuk mendapatkan zuriat akhirnya menjadi kenyataan dengan kelahiran bayi lelaki itu hasil daripada rawatan IVF yang dijalani sejak 2012.

Bagaimanapun, dia menceritakan bahawa rawatan itu pernah gagal apabila dia mengalami keguguran sepanjang tempoh rawatan tersebut.

Sumber:Ohbulan

Pada 2012, dia berjaya hamil sebanyak dua kali namun kandungannya gugur ketika berusia dua bulan diikuti pada Julai 2013, kehamilan bayi kembarnya cuma bertahan pada usia 20 minggu.

Akibat kegagalan itu, dia mengalami sedikit trauma dan berehat selama lima tahun.

Teruskan Lagi Rawatan

Bagaimanapun, selepas tempoh dia berehat itu dia menerima panggilan daripada pihak hospital pada tahun lalu membuatkannya nekad untuk meneruskan lagi rawatan dengan embrio beku dimasukkan pada Disember 2018 tetapi hasilnya gagal.

Tetapi usaha untuk mendapatkan anak, dia tidak berputus asa apabila pada 27 Januari 2019, prosedur sama sekali lagi dilakukan dan alhamdulillah dia disahkan hamil dua minggu kemudian.

Tidak mahu mengulangi nasib yang sama, Noor’adn akhirnya mengambil langkah dengan lebih berhati-hati apabila dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bermula dari tarikh dimaklumkan hamil di samping turut mengamalkan pemakanan sihat dengan memasak di rumah dan mengelak perjalanan jarak jauh.

25 Tahun Beku Embrio

Pada 2017, seorang bayi perempuan di Amerika Syarikat dilahirkan hasil daripada pemindahan beku-nyahbeku embrio yang dibekukan lebih 25 tahun.

Kelahiran ini sememangnya satu peristiwa penting kerana ia menandakan buat pertama kalinya dalam sejarah yang kehamilan berjaya terhasil selepas pemindahan embrio yang dibekukan sebegitu lama.

Sumber: Inferlititas

Memetik Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia, kitaran beku-nyahbeku menunjukkan kadar kehamilan lebih tinggi berbanding kitaran segar.

Secara teori, ia boleh bertahan lebih lama, jika disimpan dengan elok. Bagaimanapun, dari perspektif undang-undang, kita hanya boleh menyimpan embrio beku selama 5 tahun di Malaysia dan tambahan 5 tahun dengan kelulusan Kementerian Kesihatan.

Kos Mahal

Kos anggaran bagi pakej kitaran segar tidak termasuk pemindahan embrio antara RM16,000 sehingga RM18,000.

Pakej pemindahan embrio beku mempunyai kos tambahan sebanyak RM3,500 hingga RM5,000, sementara yuran penyimpanan embrio tahunan antara RM1,000 hingga RM2,000.

 

Sumber:theasianparents

Pasangan yang merancang mendapatkan rawatan kesuburan boleh mempertimbangkan pembekuan embrio sebagai sebahagian dari perancangan.

Pasangan yang mendapatkan rawatan perlu bersiap sedia secara kewangan dan mental, kerana mereka mungkin memerlukan beberapa cubaan sebelum berjaya hamil. Seperti yang kerap dikatakan, rawatan kesuburan sangat mencabar dari segi emosi, kewangan dan logistic.

13 Tahun Kahwin Dapat Kembar 3 Terus

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang doktor berkongsi satu kejutan kepada pesakit wanitanya yang berjaya hamil kembar tiga.

Sumber: MSN.com

Doktor tersebut yang dikenali sebagai Dr Thokha Muhammad juga merupakan doktor pakar sakit puan memang sering berkongsi video-video ibu mengandung dibawah pantauan beliau.

Beliau berkongsi video dimana seorang wanita akhirnya berjaya mengandung setelah 13 tahun mencuba dan menanti untuk mendapatkan zuriat.

Wanita tersebut difahamkan tidak pernah membuat sebarang rawatan  kehamilan sejak tiga tahun kahwin, namun dengan kuasa Allah dia berjaya hamil dan bayi-bayinya dalam keadaan yang baik.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Anda pernah dengar embrio beku?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN