Semakin maju dunia semakin banyak idea dan inovasi yang dicipta manusia agar selari dengan peredaran masa ini.

Jika dahulu kita hanya ada pelombong bijih timah, pelombong emas, pelombong besi tetapi sekarang kita sudah ada ‘pelombong’ matawang.

Di Malaysia wujud pelombong matawang Bitcoins yang menjalankan aktiviti matawang digital (digital currency) yang digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar.

Seperti ramai mengetahui keuntungan yang diperolehi memang lumayan.

Walau bagaimanapun, terdapat sekumpulan individu yang memilih jalan mudah untuk peroleh keuntungan dengan cara yang haram.

 

TNB Rugi RM3.2 Juta

Baru-baru ini, Tenaga Nasional Berhad(TNB) telah mengesan  pihak mencuri elektrik milik TNB ketika menjalankan kegiatan melombong mata wang berkenaan.

Berdasarkan laporan, didapati aktiviti melombong kripto bitcoin ini dijalankan di 33 premis sekitar Kuantan, dimana 23 daripadanya berjaya diberkas manakala 10 operasi lagi sempat dihapuskan bahan bukti sebelum pihak TNB tiba.

Sumber: BERNAMA

Aktiviti perlombongan Bitcoin itu melibatkan penggunaan rangkaian komputer berkuasa tinggi, menyebabkan mereka mencuri bekalan elektrik untuk mengurangkan bil dengan membuat sambungan pintasan daripada peti agihan elektrik secara terus ke dalam premis tanpa melalui meter.

Malah ada antara premis melombong mata wang maya itu hanya membayar bil utiliti sekitar RM216 sebulan, sedangkan jumlah voltan dicuri sekitar 1,500 amphere atau bersamaan nilai kegunaan RM108,000 sebulan.

Tindakan ini mengakibatkan TNB menanggung kerugian RM3.2 juta.

Oleh itu, TNB tidak akan berdiam diri dan akan menggunakan peruntukan undang-undang mengikut Akta Bekalan Elektrik bagi menuntut ganti rugi daripada pemilik premis dan pemegang akaun bil elektrik berkenaan.

 

Kesan Kepada Penduduk

Ekoran dari kegiatan haram tersebut, kawasan sekitar premis berkenaan telah mengalami gangguan bekalan elektrik.

Menurut penghuni premis setempat di sekitar Perkampungan Seri Damai Aman, ini bukan pertama kali bekalan elektrik terputus sebaliknya kali kedua.

Malah mereka tidak menyedari ia berpunca daripada aktiviti lubuk perlombongan Bitcoin berdekatan tempat mereka.

Namun, Pengurus Besar (Perjangkaan) Bahagian Rangkaian Pembahagian TNB Siti Sarah Johana Mohd Said berkata, tindakan ‘bijak’ ini lebih berbahaya lagi kerana ia boleh mencetuskan kebakaran berikutan melanggar piawaian serta arus voltan yang dihadkan.

 

Apa itu Bitcoins?

Bitcoin dalam bahasa lebih mudahnya ialah matawang digital (digital currency).

Bitcoin dicipta oleh ‘Satoshi Nakamoto’ pada Januari 2009. Berbeza dengan virtual currency, Bitcoin boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar.

Malaysia belum mengiktiraf bitcoin sebagai salah satu matawang mahupun pelaburan yang sah.

Mata wang kripto khususnya Bitcoin menjadi popular kerana penggunanya mahu transaksi kewangan dilakukan tanpa pemantauan pihak penguasa kewangan sesebuah negara.

 

Bitcoins Berisiko

Menurut Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, terdapat pelbagai risiko di dalam perlombongan Bitcoins ni antaranya jenayah.

Besar kemungkinan transaksi yang dilakukan melibatkan urusan yang tidak sah seperti jual beli dadah.

Bitcoin sebenarnya mempunyai risiko jauh lebih tinggi berbanding mata wang konvensional. Ini kerana nilai Bitcoin ditentukan oleh banyak mana transaksi dibuat iaitu bilangan pengguna.

 Lagi banyak pengguna, maka nilai Bitcoin akan melonjak naik. Berbanding nilai mata wang konvensional, nilainya bergantung kepada asas ekonomi negara yang mengeluarkan mata wang tersebut.

Selain itu, mata wang digital mempunyai banyak kelebihan tetapi fungsi wangnya belum jelas.

Jesteru,  lebih baik anda menjauhkan diri daripada terlibat dengan pelaburan mata wang digital kerana banyak ketidakpastian dan nilainya yang tidak menentu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda kawad kaki seperti itu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN