Tidak dapat dinafikan, industri perfileman tempatan berada pada tahap kritikal yang sememangnya memerlukan perubahan drastik dari segi kualiti.
Maka tidak hairanlah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kini mahu merancang memberi fokus untuk membangunkan bakat keseluruhan mereka yang terlibat dalam industri ini ke pasaran luar negara.
Bukan sahaja daripada segi kandungan filem, malah kesemua yang terlibat baik pelakon, pekerja di belakang tabir, dan penggiat seni juga akan turut sama ke pasaran luar negara.
Bagaimanapun, apa yang dirancang oleh Finas itu mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial dengan menyokong rancangan itu yang sepatutnya dilaksana sejak dahulu.
Tidak kurang juga, yang menyifatkan rancangan tersebut sebagai satu rancangan yang sia-sia selagi kualiti filem tempatan serta lakonan mereka tidak diperbaiki terlebih dahulu.
Tidak Salah Kembang Bakat Ke Luar Negara
Dalam hal ini, mungkin ramai yang menganggap bakat pelakon Malaysia tidak boleh pergi jauh disebabkan ketidakmampuan negara untuk membawa bakat mereka ke luar negara.
Ditambah pula dengan momokan negatif mengenai kualiti filem tempatan yang banyak kekurangan untuk diperbaiki mungkin menjadi salah satu penyebab mengapa artis tempatan kita sukar untuk diberi peluang berlakon ke luar negara.
Namun, sekiranya diberi peluang, tidak ada salahnya bakat sedia ada seperti ini diserlahkan lagi ke pasaran luar untuk menambah pengalaman sekaligus meningkatkan lagi kualiti filem Malaysia ke persada antarabangsa.
Lihat sahaja nama besar yang pernah mencipta nama di luar negara seperti Tan Sri P Ramlee, Puan Seri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Yasmin Ahmad yang masih dikagumi ramai sehingga ke hari ini.
Bayangkan, betapa kuatnya aura mereka ini sehingga lakonan mereka itu diangkat sebagai aset milik negara.
Jadi, sambil kita mempromosika produk kita ke pasaran antarabangsa, apa salahnya kita membawa bakat tempatan ke luar negara untuk sama-sama belajar, menimba pengalaman serta mengharumkan lagi nama Malaysia ke sana meskipun kualiti filem tempatan kita masih jauh untuk menepati selera penonton.
Mampu Lonjakkan Industri Perfileman Tempatan
Untuk pengetahuan umum, kualiti filem serta lakonan yang dibawa oleh artis kita tidaklah lemah seperti yang diperkatakan.
Banyak sahaja pelakon tempatan yang pernah menang anugerah di dalam dan luar negara serta berpotensi mengembangkan sayap mereka di peringkat global seandainya terus diberi peluang.
Sebagai contoh, Maya Karin.
Kejayaan Maya mengungguli gelaran Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) di Fukuoka, Jepun 14 tahun lalu membuktikan pelakon wanita tempatan juga boleh mencipta nama di peringkat Asia menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam.
Bukan itu sahaja, Maya juga berjaya mengulangi jejak gemilang yang pernah diraih pelakon Puan Seri Tiara Jaqcuelina melalui filem Puteri Gunung Ledang pada 2005 sekaligus mencipta sejarah tersendiri menerusi filem itu.
Tidak kurang juga, Syamsul Yusof yang pernah beberapa kali mengungguli anugerah filem dalam dan luar negara melalui filem Evolusi KL Drift, KL Gangster dan Munafik.
Jadi, mungkin dengan cara membangunkan bakat tempatan ke pasaran luar mampu memantapkan lagi kualiti filem tempatan sekaligus menyerlahkan lagi bakat pelakon kita ke persada antarabangsa hasil perkongsian idea, teknologi serta pelbagai jenis bakat yang ada.
Tidak salah sekiranya kita mencuba dan lihat kesan positifnya kan?
KATA ORANG
kasi improve dulu quality filem malaysia 👌🏼
— Shaffiqq (@ShfqKmrdn) March 18, 2019
should ve done that earlier
— 🅐🅡🅧🅛 (@arxls98_) March 18, 2019
Syarat dia mesti cantik.. keras mcm kayu pun xpe.. jgn kene jual terus dah le.. yg kat dlm Malaysia pn tah pape jdinya..
— Sha Jamil | Hufflepuff (@Syadisya) March 18, 2019
xyah rancang @yunamusic dah kluar negara... xyah rancang @flizzow dah kluar negara ...xyah rancang @Neelofa dah kluar negara ... smua nya ade jenama masing2 ..
— Namo (@aeroenderyen) March 18, 2019