Kementerian Wilayah Persekutuan mahu semua pusat hiburan di Kuala Lumpur menamatkan waktu operasi mereka pada jam 1 pagi berkuat kuasa mulai Januari.

Sumber: Berita Harian

Menterinya, Khalid Samad berkata setakat ini hanya beberapa buah pusat hiburan sahaja yang mempunyai lesen dan kebenaran untuk beroperasi sehingga jam 5 pagi berdasarkan beberapa faktor termasuk pelancong.

Yang selebihnya, kata Khalid, tidak mengendahkan arahan tersebut dan beroperasi melebihi tempoh yang diberikan.

 

Ganggu Ketenteraman Orang Ramai

Sumber: Backpacking Malaysia

Tindakan itu dikuatkuasakan kerana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima banyak rungutan daripada orang awam apabila banyak pusat hiburan ini beroperasi lebih masa sehingga menimbulkan suasana yang bising.

DBKL akan melaksanakan aturan baru itu dengan tegas dan perbincangan lanjut akan diadakan lagi bersama Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Sumber: Moab Teles

Dalam masa yang sama Khalid berkata, pihaknya akan teliti balik pusat hiburan yang diberi kebenaran ‘istimewa’ untuk beroperasi sehingga jam 5 pagi dan akan lihat sama ada kebenaran itu masih patut diberikan atau tidak.

Malah, bunyi muzik yang melebihi had juga mengganggu ketenteraman awam.

 

Perlu Buka Untuk Keperluan Pelancong?

Sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikatakan akan mengkaji semula masa perniagaan premis yang diberikan kebenaran khas untuk membuka perniagaan hingga jam 5 pagi bagi memenuhi keperluan pelancong, tetapi ada diantara pengusaha pusat hiburan menyalahgunakan kemudahan itu dengan membenarkan penduduk tempatan mengunjunginya.

Katanya, langkah itu bertujuan mengingatkan orang ramai tentang keperluan menghabiskan lebih banyak masa serta wang dengan keluarga mereka.

Malah bukan itu sahaja, ia juga turut melibatkan keselamatan orang awam. Keselamatan orang ramai akan terancam di sekitar lokasi pusat hiburan yang beroperasi melebihi had masa termasuk aspek keselamatan jalan raya.

Sumber: Themalaysianreserve.com

Ini kerana baanyak kes-kes terjadi ekoran dari mereka yang mabuk, ada pergaduhan sesama sendiri, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Dilihat lebih banyak kemudaratan dan impak negatif berbanding kebaikkan yang diperolehi negara.

 

Tindakan mendapat sokongan

Usaha untuk menutup pusat hiburan awal juga mendapat sokongan daripada Kerajaan Perak yang akan mengkaji untuk memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di negeri ini kepada pukul 1 pagi setiap hari.

Sumber: The Star

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai keperluan untuk memendekkan operasi pusat hiburan di Perak.

Katanya, di Ipoh, pusat hiburan yang beroperasi sehingga awal pagi masih terkawal dan tidak mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Namun, untuk menguatkuasakannya kerajaan negeri perlu mendapatkan nasihat daripada PBT sebelum ia dilaksanakan atau sebaliknya.

Segelintir rakyat di negara ini juga menyokong tindakan kerajaan untuk mengehadkan operasi ini.

Sumber: FB Malaysiakini

Mereka juga mahu kerajaan menutup operasi pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian secara berperingkat-peringkat bagi membendung penularan dan peningkatan masalah sosial, terutamanya melibatkan generasi muda.

Sumber: FB Malaysiakini

Pendekatan yang dilaksanakan kerajaan itu bukan sahaja dapat memberi kesan positif dalam jangka panjang tetapi juga membolehkan pelbagai kegiatan haram bertopengkan pusat hiburan terbabit dapat dikawal dan dibanteras dengan lebih rapi.

Sumber: FB Malaysiakini

Pusat hiburan yang ada dilihat sudah lebih daripada mencukupi namun tetap wujud pusat hiburan yang baru ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ sehingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan masyarakat setempat.

 

Ekonomi Negara Lumpuh Pusat Hiburan Tutup Awal?

Sumber: MSN

Disebalik ramai yang menyokong ada juga yang membantah tindakan kerajaan itu. Indivisu tersebut ialah Peguam-aktivis Siti Kasim yang semenangnya diketahui ramai seorang yang liberal dan bersuara lantang.

Dia membantah keras pemakluman Khalid Samad mengenai penguatkuasaan peraturan yang baharu itu.

Dalam catatan di laman Facebooknya, dia berkata, orang ramai bukan kanak-kanak yang perlu diberitahu di mana mereka perlu berada atau tidak selepas jam 1 pagi.

Katanya,rakyat Malaysia adalah manusia merdeka dan berhak membuat keputusan sendiri.

Beliau melihat kerajaan hari ini telah menyalahgunakan kuasa dan mahu kerajaan mengkaji semula perkara ini.

Malah segelintir rakyat juga bersuara untuk kerajaan menghapuskan penjualan arak, rokok dan membasmi kegiatan dadah dan sebagainya.

Kata mereka, penutupan ini tidak akan memberi manfaat kepada negara malah ekonomi negara akan lumpuh kerana kebanyakkan hasil kerajaan adalah dari pusat hiburan.

Sumber: FMT

Menurut angka Peratuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), seramai 12.29 juta pelancong asing berkunjung ke Kuala Lumpur tahun lepas.

Sumber: FMT

Matta mengingatkan kerajaan bahawa langkah mengehadkan masa perniagaan sehingga jam 1 pagi akan memberi kesan buruk ke atas ndustri pelancongan dan mempunyai kesan berangkai terhadap ekonomi negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah tindakan kerajaan mengehadkan masa di premis hiburan akan memberi kesan baik berbanding buruk kepada negara?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN