Pada Sabtu lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2018 iaitu sebanyak 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.9 peratus bagi Simpanan Shariah.

Sumber: Berita Harian

Dividen yang diberikan itu dilihat sedikit menurun berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak 6.9 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.4 peratus bagi Simpanan Shariah namun berdasarkan situasi cabaran ekonomi semasa pada ketika ini, kadar dividen yang diberikan oleh KWSP sudah pun melebihi kadar nominal dan dilihat sebagai sesuatu yang membanggakan.

Sumber: The Star

Bukti Ekonomi Pulih?

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kemampuan KWSP memberikan dividen tinggi bagi Simpanan Shariah dan Konvensional membuktikan ekonomi negara berada dalam landasan yang betul dan itu menunjukkan bahawa Malaysia sedang menjalani proses pemulihan ekonomi yang lebih baik berbanding Singapura dan Thailand.

Berbanding tahun 2017, jumlah keseluruhan agihan dividen adalah sebanyak RM47.31 bilion iaitu penurunan sebanyak 1.7 peratus.

Menerusi laporan my Metro, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, menerusi pengumuman tersebut, KWSP telah menjangkaui mandatnya untuk mengisytiharkan 2.5 peratus dividen bagi setiap tahun iaitu melebihi kadar minimal.

Sumber: Berita Harian

Faktor Yang Menentu

Beliau turut berkata, pendapatan portfolio Syariah KWSP pada 2018 menurun disebabkan faktor prestasi kurang memberangsangkan untuk sektor pembinaan, telekomunikasi serta sektor minyak dan gas dalam portfolio domestik.

Selain itu, berdasarkan blog ariffshah.com,  kadar yang diagihkan oleh KWSP turut berkait rapat dengan keadaan ekonomi semasa, prestasi pelaburan KWSP, ‘economic outlook’ bagi tahun kewangan seterusnya dan faktor politik.

Bagi KWSP, adalah menjadi keutamaan untuk memberikan pulangan melebihi kadar inflasi secara konsisten supaya dapat mengekalkan dan meningkatkan nilai simpanan ahli dalam jangka panjang serta membantu pencarum mencapai masa depan persaraan yang lebih baik. Kadar inflasi pada tahun lalu dicatatkan sekitar 1 peratus.

Kelegaan Pada Pencarum

Sungguhpun kadar dividen menunjukkan kadar sedikit menurun berbanding tahun lalu, namun ia mampu memberi kelegaan kepada pekerja terutamanya dari sektor swasta bagi menghadapi cabaran kos sara hidup yang meningkat yang menyebabkan ramai sukar menabung daripada gaji bulanan mereka.

Dianggarkan seramai 14 juta rakyat Malaysia mencarum dengan KWSP sebagai salah satu sumber pendapatan mereka selepas bersara.

Selain KWSP, rakyat Malaysia turut ternanti-nanti kadar dividen yang bakal diberikan dari simpanan lain seperti  Tabung Haji, Amanah Saham dan sebagainya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Selain KWSP, adakah dividen lain seperti dari Tabung Haji, ASB dan sebagainya akan mencatat penurunan
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN