Tindakan seorang remaja Australia yang membaling telur ke arah senator negara tersebut tidak akan dikenakan hukuman. Perkara ini telah disahkan oleh Polis Victoria.

Memetik laporan Associated Press (AP), Polis Victoria dalam satu kenyataan berkata Connolly (Egg Boy) 17 tahun hanya dikenakan amaran rasmi tapi tidak pada senator. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap rakaman video insiden sewaktu Senator Fraser Anning ditemu-ramah media.

Sumber: Independent

Berdasarkan Rumusan Polis

Polis membuat rumusan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Senator Anning hanyalah bertujuan untuk mempertahankan diri. Kenyataan ini semestinya mendapat reaksi negatif oleh masyarakat Australia dan seluruh dunia.

Ia memandangkan tamparan dan pukulan yang dilakukan oleh Anning bukanlah tindakan profesional apatah lagi dilakukan kepada kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang bukanlah ancaman jenayah.

Sumber: The Straits Times

Usul Kecam Senator Anning

Walau bagaimanapun Anning tetap menerima kritikan yang hebat di negaranya sendiri. Berdasarkan laporan, pembuat dasar Parlimen Australia telah meluluskan satu usul bagi mengecam Anning pada minggu lalu ekoran kenyataan kontroversinya yang menyalahkan pendatang Islam yang menjadi mangsa. Kenyataan tersebut sangat tidak wajar dan berbahaya.

Dijangka dengan usul yang dikenakan terhadap Anning, karier politik beliau akan semakin malap pada masa akan datang memandangkan reputasi dan nama baik beliau sudah tercemar di seluruh Australia.

Wira Kemanusiaan Dunia

Egg Boy kini dilihat sebagai wira kemanusiaan dunia kerana tindakan beraninya. Benar tindakan tersebut salah, dan beliau mengakuinya. Namun aksi yang dilakukan oleh beliau memaparkan mesej jelas bahawa dunia tidak memerlukan golongan ekstrim sayap kanan yang mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam masa yang sama, kematangan beliau mengatasi usia remaja yang sebaya dengannya. Ini kerana beliau dilapor tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anning yang menampar mukanya. Malah perkara itu perlu habis disitu. Jelas beliau mempunyai jiwa yang besar.

Sumber: Sebi white.instagram

Dermawan

Malah beliau menjadi seorang dermawan susulan tindakan beliau yang mendermakan keseluruhan sumbangan yang dilakukan oleh orang ramai untuk mengikat jaminnya. Beliau tidak mengambil satu sen pun dan mendermakan kepada seluruh keluarga mangsa keganasan yang terlibat.

Antara ungkapan beliau yang sangat menarik perhatian ialah, ‘Saya Tidak Sokong Perbuatan Membaling Telur Tetapi Saya Bangga Berdiri Untuk Perkara Yang Benar’. Begitulah kata-kata jujur dari seorang remaja 17 tahun.

Gelaran ‘Australian Of The Year’

Beliau kini secara tidak rasmi dinamakan sebagai ‘Australian of the Year’ susulan insiden baling telur dan kemurahan hati menderma wang kutipan yang diperolehinya kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adilkah amaran hanya diberikan kepada Egg Boy sahaja?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN