Jika sebelum ini, Negeri Sembilan dihangatkan dengan isu penjualan arak di di Seremban International Golf Club (SIGC).

Sumber: Malaysiakini

Kini, Melaka pula terpalit dengan isu yang sama membabitkan kegiatan mengedar arak secara percuma di sekitar Jonker Walk, Sabtu lalu.

Difahamkan, kegiatan mengedar arak secara percuma itu diadakan sempena program promosi ‘Taster Carlsberg’ di hadapan Tamil Methodist Church, Jalan Kubu.

Apa yang mengecewakan, penganjur pasar malam Jonker Walk itu membenarkan pengedaran minuman keras tanpa mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Daerah Melaka Tengah.

Isu tersebut bagaimanapun menjadi bualan hangat netizen di media sosial yang rata-ratanya mendesak pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur terbabit.

 

Perlu Ambil Tindakan Terhadap Penganjur

Meskipun Melaka cukup terkenal dengan destinasi bersejarah serta keunikan struktur bangunan di samping jumlah kehadiran pelancong yang ramai, mereka tetap tidak boleh mengedar arak secara percuma.

Walaupun mungkin, apa yang dilakukan oleh penganjur itu hanya sekadar promosi tetapi ianya perlu dilakukan dengan cara yang betul.

Sumber: Malaysiakini

Sudah lah kawasan Jonker Walk itu antara yang menjadi tumpuan pelancong baik dalam mahupun luar negara.

Tetapi, mengapa ianya perlu diedar kepada umum?

Tidakkah mereka tahu, kegiatan sedemikian boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum walaupun ia hanya ditawar kepada mereka yang bukan Muslim.

 

Galak Budaya Tidak Sihat Dalam Masyarakat

Sumber: ISMAWeb

Jika perkara sebegini tidak dibendung, ianya mungkin akan menggalakkan budaya yang tidak sihat dalam kalangan anak muda.

Sudahlah Melaka dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan kemudian ditambah pula dengan program-program yang berkaitan arak, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sepertimana yang menjadi kerisauan semua pihak ketika ini.

 

ADUN Kota Laksamana Kutuk Penganjur

Melihat kepada isu ini, Adun Kota Laksamana Low Chee Leong menggesa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur dengan menarik balik lesen penganjuran mereka.

Sumber: My Info Harian

Apa yang dilakukan mereka ketika ini seolah-olah tiada nilai sensitiviti agama memandangkan kejadian itu dilakukan ketika waktu cuti persekolahan yang mana kawasan berkenaan juga antara lokasi tumpuan pelancong termasuk pengunjung Melayu.

Bukan itu sahaja, arak tersebut turut diedar di hadapan Tamil Methodist Church, Jalan Kubu  dan berterusan sehingga ke bangunan Gan Boon Leong, Jalan Kubu.

Beliau berkata, kegiatan mengedar arak di perkarangan gejera terbabit juga tidak sepatutnya dibiarkan.

 

MBMB Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Sumber: Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Datuk Bandar MBMB Mansor Sudin berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada penganjur terbabit di bawah Undang-undang Kecil 5(2), Pasar Malam/ Sehari, MBMB 2010.

Di bawah undang-undang tersebut, pemegang lesen kedai atau individu yang mengendalikan aktiviti tersebut juga boleh dikenakan tindakan sama.

Hal itu disebabkan, pihak penganjur pasar malam Jonker Walk didapati telah melanggar syarat lesen yang ditetapkan oleh MBMB.

Jadi, selepas ini, sebelum hendak membuat sebarang penjualan dan aktiviti mempromosikan arak, ia sama sekali memerlukan kawalan daripada pihak berkuasa walaupun ia tidak membabitkan umat Islam.

Edar arak secara percuma di kawasan terbuka ini bukan seperti anda mengedar minuman Milo kepada orang ramai.

Jadi, fikir-fikirkanlah…

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah kerajaan negeri serta MBMB mengharamkan terus mana-mana aktiviti yang mempromosi arak secara terbuka kepada orang ramai meskipun ia tidak membabitkan umat Islam?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN