Sumber: PV Magazine

Memetik laporan dari Malaysiakini, Jurucakap kedutaan China, Tang Tang menafikan laporan yang mengatakan bahawa komuniti islam etnik Uighur dilarang berpuasa di sana. Beliau menambah, dakwaan tersebut sering timbul sejak sedekad yang lalu tanpa disokong dengan fakta yang tepat.

Sebaliknya, China tetap melindungi semua aktiviti keagamaan mengikut undang-undang. Malah, China juga sentiasa memelihara prinsip kesetaraan antara kaum dan kebebasan beragama.

Propaganda Media Anti-China Memainkan Peranan

Bagi beliau, sentimen negatif yang dimainkan oleh media-media anti-China mempunyai agenda tersendiri dan bertujuan untuk memburukkan negara China di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk melawat China bagi menyaksikan sendiri kehidupan sebenar komuniti Muslim Uighur di sana. Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia perlu menyusuri sendiri budaya China yang penuh dengan kemajmukan masyarakat dan budaya.

Isu penindasan masyarakat minoriti Islam Uighur di Xinjiang sering kali menjadi tumpuan masyarakat Islam di Malaysia. Ia sering kali menjadi bualan mereka. Dikhabarkan larangan tersebut bukan sahaja melibatkan ibadah puasa, tetapi ibadah-ibadah lain seperti tidak dibenarkan menunaikan solat  dan dilarang menutup aurat.

Sumber: Sinar Harian

Benarkah Uighur Tidak Ditindas?

Walaupun kebanyakan sumber yang digunakan oleh media Malaysia merujuk kepada sumber berita daripada barat seperti AFP, Reuters, BBC dan Agensi, namun suara-suara penindasan tetap kedengaran daripada pelarian Uighur di luar negara. Benarkah masyarakat etnik Uighur tidak ditindas oleh kerajaan China?

Ini kerana keperitan nasib masyarakat Uighur dikongsikan sendiri oleh imam etnik Uighur yang kini bermastautin di Australia, Abdul Salam Alim. Ketika ditemubual oleh Sinar Harian, beliau sendiri mendedahkan penderitaan yang dialami.

Sumber: Utusan

Tidak Dibenar Mengucapkan Salam

Menurut beliau, etnik Uighur di Xinjiang tidak dibenarkan menjual makanan halal, dilarang menyebut nama Allah dan tidak boleh mengucapkan Assalamualaikum. Malah ketika solat, mereka diminta menukar salam selepas tahiyat akhir  dengan ucapan semoga Presiden China, Xi Jinping panjang umur.

Perkara sama turut dikongsi oleh Tarim semasa ditemuramah oleh Al Jazeera. Beliau menceritakan adik perempuannya ditahan secara beramai-ramai dan dihantar ke sebuah kem dibawah kelolaan pihak berkuasa China. Kem tersebut dinamakan sebagai kem ‘pendidikan semula’.

Sumber: Republika

Sejuta Etnik Uighur Ditahan Dalam Kem

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan China mewujudkan kem pendidikan semula, yang pasti sesiapa yang ditangkap ke dalam kem tersebut, sukar untuk kembali keluar. Difahamkan lebih daripada sejuta etnik Uighur telah ditahan dan ditempatkan di kem tersebut.

Sekiranya dakwaan tersebut tidak benar, cerita-cerita penindasan seperti itu tidak akan kita dengar. Malah, pada Februari lalu, Turki turut mengutuk layanan China yang keras terhadap masyarakat etnik Uighur. Menurut jurucakap Kementerian Luar Turki, Hami Aksoy, penindasan China terhadap etnik Uighur sebagai suatu keaiban besar kepada kemanusiaan.

Turki Membantah Kekejaman China

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pertalian darah dan bahasa dengan masyarakat Uighur, Turki sememangnya membantah dasar asimiliasi sistematik yang dilakukan oleh pihak China menerusi kem pendidikan semula.

Memetik laporan Berita Harian, Turki pada Februari lalu menggesa masyarakat antarabangsa dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres supaya mengambil langkah efektif untuk menamatkan tragedi kemanusiaan di Xinjiang.

Namun sehingga ke hari ini, tidak ada sebarang langkah yang dilakukan oleh PBB. Yang pasti penafian dari kedutaan China tidak dapat menutup kisah-kisah penindasan yang dialami masyarakat Uighur di China.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa China menindas etnik Uighur?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN