Rizuan Puzi, Ziyad Zolkefli, dan Abdul Latif Romly merupakan antara nama atlet Paralimpik yang diangkat sebagai wira negara setelah menyumbang emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 dan beberapa kejohanan besar yang lain selepas itu.

sumber: FB World Archery

Kini, seorang lagi atlet paralimpik yang telah mengharumkan nama negara iaitu S. Suresh yang telah berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan Memanah Para Dunia di Hertogenbosch, Belanda baru-baru ini.

 

Hadiah Buat Ibu Tersayang

Suresh yang menumpaskan atlet dari Amerika Syarikat, Eric Bennett dengan keputusan 7-3 (26-28, 26-26, 27-25, 26-25, 29-27) pada pusingan akhir acara recurve individu lelaki seterusnya melayakkan dia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

 

 

Jurulatih memanah recurve paralimpik negara, Marzuki Zakaria menyatakan Suresh sememangnya layak untuk meraih pingat emas kerana telah memberikan persembahan yang terbaik dalam saingan kali ini.

Kejayaan Suresh juga telah mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada pelbagai pihak antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

 

Atas kejayaan yang diperolehi, Suresh bakal menerima wang hadiah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) daripada Majlis Sukan Negara (MSN) berjumlah RM80,000 dan sebuah rumah daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

sumber: FB World Archery

Walaupun perjalanan hidupnya yang berliku dan penuh cabaran, kemenangan yang diraih sudah cukup membuktikan segala tanggapan buruk yang dilempar kepadanya adalah tidak benar.

 

Terus Fokus Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Walaupun mengalami kecacatan kekal pada usia yang begitu muda, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dalam sukan memanah sehingga bergelar juara dunia.

Suresh juga yakin untuk menang pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tetapi dia tidak boleh memandang rendah kepada keupayaan atlet lain kerana saingan yang berbeza.

sumber: World Archery

Jurulatihnya akan mengadakan perbincangan dengan barisan kejurulatihan memanah para negara dan Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) tentang program latihan bagi menghadapi saingan di Tokyo nanti.

Bukan itu sahaja, Marzuki juga menjangkakan beberapa lagi pemanah para yang akan turut bersama-sama Suresh ke Tokyo tahun hadapan dengan satu lagi kejohanan iaitu, Kejohanan Memanah Para Asia di Bangkok pada November ini, turut menawarkan tiket ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

 

Program ‘Tambah Emas’ Bantu Atlet

Program pendanaan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) iaitu projek ‘Tambah Emas’ merupakan usaha yang diambil oleh MPM sendiri untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan.

 

 

Dana tersebut akan digunakan untuk membiayai kos operasi dan juga menaik taraf sukan paralimpik negara supaya bersedia untuk menghadapi kejohanan antarabangsa termasuk kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 nanti.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menggunakan aplikasi Boost dan juga di laman web rasmi MPM.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, mengapa atlet para dilihat lebih cemerlang berbanding atlet biasa?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN