Tradisi pemberian duit raya kepada semua peneroka seperti diamalkan kerajaan B­arisan Nasional (BN) amat diharap dapat diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi membantu meringankan beban kewangan warga Felda untuk menyambut kedatangan 1 Syawal.

Sumber:Malay Mail

Apatah lagi, pendapatan kira-kira 100,000 peneroka Felda di seluruh negara juga tidak menentu ketika ini akibat kejatuhan harga sawit dan getah antaranya akibat faktor cuaca.

Harapan peneroka Felda untuk mendapatkan duit raya tahun ini terkubur apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali memaklumkan tiada sebarang peruntukan duit raya daripada kerajaan tahun ini.

Perlu Pulihkan Felda Terlebih Dahulu

Sumber:astroawani.com

Azmin dalam pada itu menegaskan pentadbiran kerajaan PH berbuat demikian adalah kerana mahu memberi keutamaan sumbernya bagi menyelamatkan Felda melalui rancangan pemulihan bernilai RM6.23 bilion yang diumumkan baru-baru ini berbanding memberikan bantuan kewangan dan kebendaan.

Ulas Azmin, lebih baik sekiranya peneroka Fedla ini menerima pinjaman sara hidup dan juga pendahuluan hasil sawit mereka. Semua keperluan ini akan disalurkan sebelum hari raya.

Kerajaan sebelum ini memperuntukkan RM2 bilion bagi dua skim berkenaan.

Perancangan Jangka Panjang Dan Tidak Bebankan Peneroka

Azmin juga berkata kerajaan akan mengutamakan langkah-langkah jangka panjang dalam menyelesaikan masalah Felda.

Beliau tidak mahu menabur janji seperti yang dibuat kerajaan terdahulu dengan memberikan duit raya tanpa memikirkan masalah hutang peneroka untuk jangka masa yang panjang.

Ketika ini, kerajaan menanggung beban hutang yang sangat besar sebanyak RM6.23 bilion. Oleh sebab itu, kerajaan harus memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah peneroka berbanding memberi perbelanjaan yang kurang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Sebelum ini, kertas Putih Felda yang dibentangkan di parlimen bulan lalu mendedahkan Felda berhutang sebanyak RM12.1 bilion pada 2017.

Sumber: FB Najib Razak

Tahun lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan insentif raya sebanyak RM450 kepada 112,635 peneroka Felda.

Sementara itu, semasa era pentadbiran BN pada 2017, perdana menteri ketika itu Najib Razak mengumumkan insentif aidilfitri dan dividen saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berjumlah RM780 kepada 94,555 peneroka Felda.

Untung Zaman Najib, Ada Duit Raya

Apabila selalu ditaburkan dengan wang ringgit dan kemudahan yang senang oleh kerajaan BN sebelum ini, rata-rata peneroka Felda melahirkan rasa marah dengan kerajaan PH yang tidak menghulurkan sedikit pun duit raya kepada mereka.

Sumber:sarawakvoice.com

Majoriti masyarakat tanah rancangan itu masih mengharapkan tradisi pemberian duit raya diteruskan kerana perbelanjaan mereka meningkat pada musim pe­rayaan.

Mereka perlu membuat persediaan awal pada musim perayaan nanti, tambahan pula kos mempersiapkan segala keperluan itu adalah tinggi.

Sebelum ini, mereka menyatakan zaman pentadbiran Najib, peneroka Felda ini tidak perlu mengemis untuk mendapatkan peruntukkan duit raya, setiap tahun pasti ada imbuhan raya buat mereka.

Tahun ini bawah kerajaan PH mereka tidak dapat apa-apa peruntukan duit raya pun.

Bila Dimanjakan Lemak Jadinya

Bagaimanapun, ada sebilangan besar peneroka menyatakan ini adalah langkah terbaik buat mereka supaya hutang dan kebajikan peneroka terus dijaga untuk jangka masa panjang.

Sumber:mStar

Siapa yang tidak mahu imbuhan duit raya namun jika langkah ini membawa kebaikan kepada pengurusan Felda dan juga peneroka, mereka sambut baik pentadbiran kerajaan dibawah PH ini.

Kebanyakkan yang marah tidak diberi duit raya adalah mereka yang selalu dimanjakan zaman BN dan Najib. Sikap Najib mengamalkan ‘King Of Cash’ inilah yang telah “melemakkan” peneroka-peneroka Felda.

Tak bagi duit raya merajuk kononnya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang akan gulingkan kerajaan PH dan undi BN. Padahal umum tahu kerajaan BN bawah Najiblah yang musnahkan Felda.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah pentadbiran kerajaan PH tidak memperuntukkan duit raya dilihat sebagai langkah yang bijak?
14 votes · 14 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN