Kanser merupakan peyebab kematian yang kedua tertinggi di Malaysia, dan ianya merupakan penyakit yang boleh meyerang bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak.

Risiko kanser yang kebanyakan dikhuatiri berakhir dengan kematian akan membuat penghidapnya seperti putus harapan setelah mereka tahu mereka mempunyai kanser.

Bayangkan pula jika bayi dan anak kecil yang menderita penyakit ini, pasti sukar bukan sahaja bagi mereka malah ibu dan ayah yang terpaksa menyaksikan penderitaan anak-anak mereka.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang terkena penyakit merbahaya. Pemakanan dan persekitaran boleh menjadi penyumbang kepada masalah ini.

Terkini, terdapat isu yang tular di media sosial apabila seorang individu yang dikenali sebagai Dr Rizal memceritakan bagaimana kuali juga mampu menjadi punca kanser dan mengingatkan pengguna diluar sana untuk bijak memilih peralatan memasak mereka.

Namun benarkah kuali juga boleh menjadi penyebab kanser?

Mengikut penjelasan yang dibuat Dr. Rizal, campuran kimia yang digunakan menjadikan sesebuah kuali itu bersikap non-stick boleh mencemarkan makanan yang kita masak.

Dan apabila kita memakan makanan tersebut, ianya boleh merubah hormon dan menimbulkan tindak balas kimia yang tidak baik.

Penyebaran isu ini menerima balas dari beberapa orang doktor. Antaranya ialah:

 

 

 

Ketengahkan Penyebab Kanser Yang Lebih Utama

Jika dilihat secara umum, lebih banyak faktor lain yang boleh diketengah dan dihebohkan kepada orang ramai agar dapat mengelak diri mereka dan keluarga daripada terdedah kepada risiko kanser.

Faktor seperti merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, pengambilan makanan segera yang terlalu banyak dan kurang terlibat dengan sukan dan aktiviti kesihatan mampu membuatkan seseorang lebih mudah terdedah kepada kanser.

 

Ajar Guna Cara Yang Betul, Bukan Takutkan Pengguna

Tidak pasti jika sudah ada kajian yang dapat mengesahkan bahawa kimia yang terdapat pada sesetengah kuali mampu mengakibatkan kanser, namun jika betul tidak wajar ianya digunakan sebagai cara untuk menakutkan para pengguna.

Sehinggakan ada rasa terbeban kerana perlu membeli kuali yang lebih mahal, malah jika ada yang pernah kehilangan orang tersayang kerana kanser, tak pasal-pasal merasakan diri mereka adalah punca orang tersayang mereka meninggal kerana menggunakan kuali yang salah.

Lebih baik diajar cara menggunakan kuali tersebut dengan cara yang betul, dan tips-tips untuk mengelak kanser.

 

Tips Menggunakan Kuali Non-stick

Tidak dinafikan, kuali non-stick merupakan peralatan dapur idaman bagi ibu-ibu yang kena memasak 2 ke 3 kali sehari.

Part memasak memang best sebab nak menjamu anak dan suami, tapi part nak mengemas tu paling malas. Jadi dengan adanya kuali non-stick ni, ianya sangat menyenangkan kerja mak-mak sebab dengan sental sikit je terus bersih.

Namun jika anda menggunakan kuali-kuali jenis ini, ada perkara yang perlu ada awasi seperti:

  1. Jangan mengunakan sudip besi kerana ia boleh mencalarkan permukaan kuali.
  2. Tidak boleh terlalu panas/api kuat, kerana kuali mampu pecah jika mencecah suhu 500 darjah celcius.
  3. Tidak boleh mencuci dengan pengosok kuali yang kasar, cukup sekadar menggunakan span lembut.

     

    Bukan mudah kan harga non-stick pan ni, jadi jagalah baik-baik untuk kegunaan masa lampau agar mengelak dari sebarang pencemaran makanan kerena kerosakan yang berlaku pada kuali.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, betulkah kuali non-stick ini boleh menyebabkan kanser?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN