Langit tidak selalunya cerah. Siapa sangka, dahulunya mempunyai perniagaan sendiri, wang berjuta, tetapi kini terpaksa mengharapkan ihsan orang ramai untuk mendapatkan sebungkus air dan sepasang baju.

Ingin dikenali sebagai Pakcik Abu (bukan nama sebenar) berkata, hidup beliau bertukar 360 darjah selepas diistihar muflis beberapa tahun lepas. Memandangkan dua orang anaknya yang masih lagi belajar di peringkat universiti, mahu atau pun tidak beliau tetap perlu bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Dengan usia yang semakin senja dan kudrat yang semakin terhad beliau tetap menggagahkan langkah melakukan sebarang kerja yang termampu di sekitar ibu kota. Untuk kerja secara formal bukan mudah diterima memandangkan saban minggu beliau lebih kerap ulang-alik ke hospital berbanding ke tempat kerja.

Sorokkan dari Ahli Keluarga

Walaupun mempunyai saudara kandung yang berjaya di sekitar Lembah Klang, namun tidak ada sesiapa yang datang membantu. Betullah kata orang, harta dunia lebih bernilai berbanding hubungan persaudaraan.

Sekiranya ahli keluarga melihat keadaan beliau di ibu kota, mungkin mereka tidak menyangka bahawa seorang ayah menjadi gelandangan kerana tidak mampu mencari tempat berteduh. Pakcik Abu menyorokkan dari pengetahuan keluarga bahawa beliau hidup di jalanan di bandar Kuala Lumpur ini. 

Beliau sanggup berpanas berhujan, saban hari bagi mencari sesuap rezeki. Cabaran yang dihadapi tidak melemahkan dirinya, tetapi menjadi pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan yang mencabar di ibu kota.

Tetap Bersikap Biasa di Hadapan Keluarga

Siapa sangka senyuman yang terukir dari seorang ayah pada setiap kali Hari Raya Aidilfitri tidak dapat ditafsir oleh isteri dan anak-anak. Yang pasti, beliau akan menzahirkan kebahagian bersama keluarga setiap kali pulang ke desa.

Mungkin ramai tidak tahu, di sebalik perkongsian kisah hidupnya sebagai seorang gelandangan terdapat golongan lain yang mengambil kesempatan di sebalik bantuan-bantuan atas nama gelandangan.

Mari kita ikuti temu bual yang sempat dirakam bersama team AKO.

 

Kita perlu ingat kehidupan kita berputar seperti roda. Adakalanya diatas dan tiba masanya dibawah. Semoga Pakcik Abu tabah menghadapi dugaan hidup di dunia ini. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah bantuan NGO kepada warga gelandangan hari ini tidak sistematik?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN