Penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Teringin’ dan ‘Setelah Aku Kau Miliki’ mengakui hidupnya sebelum ini sungguh mewah dan undangan menyanyi pun tidak pernah putus, tetapi siapa sangka ingatkan hujan sampai ke petang namun hujan di tengahari.

Sumber:Islamik

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 50 tahun merasa sedikit khilaf apabila dirinya kini tergolong dalam kalangan asnaf apabila dimaklumkan pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Walaupun perit untuk menerima hakikat itu namun dia redha dengan ketentuan hidupnya sekarang ini.

Tiada Lagi Undangan Menyanyi

Shima pernah berada di puncak sekitar 1990-an. Malah, dia juga pernah menerima pengiktirafan besar dalam kerjaya seninya sebagai penyanyi.

Namun, kelibatnya semakin dilupakan pada awal tahun 2000 kerana tidak lagi aktif menyanyi.

Sumber:Mingguan Wanita

Namanya kembali menjadi sebutan selepas menyertai Gegar Vaganza musim pertama (GV1) pada 2014.

Sayang seribu kali sayang, mengharapkan kerjaya kembali bersinar, namun ia tidak pernah berlaku.

Shima mengakui tidak ada mana-mana pihak yang cuba mencarinya untuk memberi tawaran sebagai artis rakaman atau merakamkan single.

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Terbaru, dia juga mengalami lemah pundi kencing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.

Umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Dia menyatakan kehidupanya makin sukar kerana masalah sakit belakang yang semakin serius membuatkannya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.

Sumber:Kisah Dunia

Penyakitnya itu dikatakan sukar sembuh dan jika melakukan pembedahan risikonya 50:50.

Dia memerlukan duit untuk rawatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan, manakala sewa rumah pula RM600.

Sementara itu, Shima turut berhasrat untuk mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan berharap ada mana-mana pihak tampil membantunya.

Persatuan Seniman Tidak Berfungsi?

Setiap kali media melaporkan berhubung permasalahan yang dihadapi oleh artis Malaysia, rata-rata netizen mempersoalkan dimana Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ini.

Kenapa artis-artis yang menghadapi masalah tidak diambil perhatian? Dimana silapnya? Apa fungsi sebenar persatuan ini ditubuhkan? Itu antara persoalan yang dibangkitkan oleh netizen berhubung isu ini.

Mereka merasa kesal dengan tindakan Seniman yang hanya menghulurkan bantuan ketika pihak lain sudah pun menghulurkan bantuan buat artis yang mengalami masalah.

Jika berterusan begini, tidak guna ada Seniman jika tidak menjaga kebajikan artis di negara ini.

Bila Susah Baru Cari Seniman

Tetapi, ada yang pula tidak bersetuju tindakan menyalahkan Seniman ini. Mereka meluahkan bahawa artis ini sepatutnya aktif dalam persatuan barulah Seniman ini peka dengan kesusahan mereka.

Bila susah barulah nak cari bantuan, kalau tak dapat salahkan pula Seniman kononnya tidak menjaga kebajikan artis.

Sumber:BeautifulNara

Presiden Seniman, Zed Zaidi juga sebelum ini pernah menyelar tindakan segelintir artis yang sewenang-wenangnya menyalahkan persatuan hanya apabila sudah ditimpa musibah.

Tambah Zed, dia kecewa dengan segelintir artis yang tidak pernah hadir pada acara yang diadakan Seniman namun begitu β€˜galak’ mengkritik menerusi sosial media.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah Seniman tidak berfungsi bila artis susah?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN