Sebelum ini kita mungkin biasa mendengar wanita warga asing sahaja yang dilihat sering menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Namun kini, lelaki warga asing juga dilihat semakin berani menawarkan khidmat seks mereka di negara ini!

Sumber: Berita Harian

Di Jalan Penang, Georgetown semalam, lima warga asing Indonesia itu telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIMPP) di sebuah hotel selepas disyaki menawarkan khidmat seks sesama jantina melalui aplikasi di media sosial dengan bayaran sebanyak RM250 untuk sejam.

Difahamkan, warga asing ini menggunakan pas pelancong untuk menjalankan kegiatan tersebut sekiranya mendapat tempahan dari pelanggan yang juga rakyat tempatan.

Kalau tengok di negara kita ketika ini, memang tidak dinafikan ada individu songsang.

Jadi, tidak hairanlah orang luar juga berani menawarkan khidmat seks sebegini kepada rakyat tempatan kita. 

 

Sama Sekali Melanggar Norma Undang-Undang Dan Budaya

Sumber: http://knights-of-masjid.blogspot.com

Biarpun mereka masuk ke dalam negara kita menggunakan pas pelancong sekalipun, tidak bermakna mereka boleh melakukan aktiviti tidak bermoral yang sama sekali telah melanggar norma undang-undang serta budaya di negara ini.

Mungkin, perbuatan yang dilakukan mereka itu sudah dianggap sesuatu yang ‘biasa’ di negara mereka, tetapi tidak di Malaysia!

Perbuatan sebegitu sama sekali menjijikkan bagi mereka yang beragama Islam malah ianya juga turut dilaknat dalam agama.

Adakah mungkin budaya yang mereka bawa ini antara penyebab utama untuk menggalakkan lebih ramai yang terjebak dalam aktiviti serta budaya yang tidak sihat sebegini.

 

Rakyat Tempatan Jangan Mudah Terpengaruh Budaya Barat

Sumber: Kosmo

Kejadian sebegini bukanlah kali pertama dilaporkan di negara kita.

Di ibu kota ini pun, banyak sahaja kelab-kelab malam popular yang menjadi antara destinasi pilihan golongan ini untuk memuaskan nafsu pelik mereka.

Turut difahamkan juga, lelaki warga asing ini sememangnya gemar memikat orang tempatan kita dengan menjadikan kelab-kelab malam sebagai lokasi untuk melakukan seks luar tabii.

Apabila kegiatan ini dilakukan di dalam kelab-kelab hiburan, ianya mungkin agak sukar dihidu oleh pihak berkuasa.

Namun sekiranya ditangkap, warga asing ini akan tetap ditahan mengikut Kesalahan Peraturan-Peraturan Imigresen 1966 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini dengan pas lawatan sah namun melakukan aktiviti tidak bermoral.

Sumber: Media Oposisi

Apa-apa pun, janganlah kita terpengaruh dengan perbuatan sebegini meskipun pada asasnya manusia boleh memilih apa sahaja yang mereka mahukan atas nama hak asasi.

Tetapi pilihan itu sewajarnya perlu bersesuaian dengan fitrah kehidupan.

Dalam hal ini, sekiranya hendak menuding jari kepada pihak berkuasa, ianya sama sekali tidak wajar kerana perbuatan ini adalah pilihan individu itu sendiri. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah Malaysia melaksanakan hukuman hudud bagi membanteras aktiviti sebegini daripada terus menular dalam kalangan rakyat Malaysia?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN