Saban tahun, mereka yang berkemampuan dari segi ekonomi akan memilih hotel yang menawarkan pelbagai juadah istimewa secara buffet sebagai destinasi untuk berbuka puasa.

Sumber: mypt3.com

Banyak restoran serta hotel berlumba-lumba menyediakan pelbagai promosi buffet juadah berbuka puasa bermula 1 Ramadan sehingga penghujungnya.

Bagaikan pesta makanan. Banyak juadah dihidangkan dengan pelbagai tema daripada masakan kampung, menu Barat, Timur Tengah mahupun Cina.

Selera Melebihi Pendapatan

Perkara biasa apabila selera dan keinginan berbeza ketika Ramadan. Ditambah pula dengan pelbagai menu dan tarikan juadah, tidak mustahil untuk kita ‘pejam mata’ mengenai perihal harga.

Sumber: Malaysiakini

Namun, berbeza pula bagi aktres Maya Karin yang menganggap senario itu sebagai suatu pembaziran terutama apabila ada pihak hotel mengenakan bayaran caj sekepala tidak masuk akal.

Perasaan geram Maya terus membuak-buak kerana meskipun pakej ditawarkan agak mahal, masih terdapat banyak pihak yang bersedia untuk berbelanja dan berbuka puasa di hotel.

Sumber:ipohecho.com.my

Katanya, ada individu mahupun syarikat rela membayar RM150 hingga RM200 untuk dewasa.

Manakala, untuk kanak-kanak ada yang sanggup membayarnya antara RM80 hingga RM90 seorang.

Ini bermakna rakyat Malaysia ini sanggup mengeluarkan belanja untuk menjamu selera di luar semata-mata untuk memenuhi selera mereka.

Maya meluahkan kenyataan itu di Instagram sambil mengiringi status dimuat naik dengan tanda pagar seperti #foodwaste (pembaziran) dan #exploitation (eksploitasi).

Yang Mampu Pula Meroyan Cakap Ekonomi Lemah

Secara sinis, Maya juga mengingatkan sesiapa yang gemar berbuka puasa di hotel sebenarnya tidak layak mempertikai perkembangan ekonomi negara.

Sumber: Perak Today

Ini kerana ramai mereka yang merungut kata ekonomi lemah, nilai wang ringgit jatuh tetapi berangan nak makan di hotel untuk berbuka puasa. Tidak ada siapa yang melarang, itu selera masing-masing tetapi tak payah meroyanlah.

Pada masa sama, kata Maya, amalan terlalu banyak makan pada satu-satu masa boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang terjejas.

Masyarakat tidak kisah soal kesihatan asalkan dapat makan dan minum apa yang mereka mahukan. Mana tidaknya, sudah seharian berpuasa maka nafsu makan pula membuak-buaklah.

Bulan Puasa Macam Pesta Makan

Susulan kenyataan Maya itu, rata-rata netizen bersetuju dan menganggap Buffet Ramadan ialah antara punca 33% lebih makanan dibazirkan di bulan puasa berbanding bulan-bulan lain.

Ada juga yang menganggap berbuka puasa dengan mewah sudah melencong dari tujuan dan niat asal untuk kita berpuasa di bulan Ramadan.

Sumber:Rileklah.com

Sepatutnya bulan ini untuk kita merasakan pengalaman golongan tidak berkemampuan bukannya dengan bermewah-mewahan.

Ada juga yang mengatakan orang ramai patut berhenti menganggap bulan Ramadan seperti satu festival.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda? Nak berbuka dihotel tetapi tidak mampu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN