Baru-baru ini, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada masa ini telah menyebabkan agama Islam tidak begitu selamat dan dibuli di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.
Luahan kekecewaan itu dibuat beliau selepas rakan penceramahnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth ditahan serta direman kerana didakwa menghina agama Hindu.
Katanya, berbanding dengan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu di dalam kerajaan yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk memberi keterangan.
Tambah beliau lagi, ramai individu yang menghina Nabi Muhamad SAW dan mempersendakan ajaran Islam itu juga hanya melalui proses sama yang mana ianya tidak adil untuk rakannya itu.
Bagaimanapun, apa yang diperkatakan beliau itu telah disindir Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dengan melabelkan beliau sebagai ‘pekak’ sedangkan kerajaan pada hari ini sudah melaksana pelbagai inisiatif untuk menjaga kepentingan agama Islam dan umat di negara ini.
Mufti Hanya Bercakap Benar
Meskipun dilabel sebagai ‘pekak’, apa yang dilakukan Mohd Asri itu bukanlah semata-mata mahu memburukkan kerajaan sedia ada kepada rakyat.
Tetapi, beliau hanya bercakap benar yang mana realiti politik sekarang ini sama sekali membenarkan umat Islam dibuli.
Lihat sahaja isu yang berlaku baru-baru ini, ada pihak berani menimbulkan perkara sensitif melibatkan agama Islam dengan menghina Nabi Muhammad dan mempersenda ajaran Islam tetapi hanya dipanggil untuk diberi keterangan sahaja.
Walhal, apa yang dilakukan mereka itu sudah terang-terang satu cubaan untuk menggugat kedudukan agama Islam itu sendiri, tetapi masih dibiarkan.
Sedangkan rakannya, Muhammad Zamri itu hanya memberi ceramah di dalam masjid untuk umat Islam di Kelantan dalam masa yang sama menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam.
Apa-Apa Pun Kerajaan Perlu Berlaku Adil Dan Tegas
Dalam isu ini, tidak kira ulama mahupun individu biasa, mereka perlu beringat bahawa tindakan menghina agama lain itu adalah salah sama sekali.
Malah, dalam Islam sendiri tidak mengajar kita untuk melakukan perkara sebegitu.
Sekiranya individu terbabit didapati bersalah, maka tindakan undang-undang harus dikenakan terhadap individu terbabit tanpa mengira kedudukan politik semata-mata.
Apa yang dijadikan isu, kerajaan pada hari dilihat hanya lepas tangan terhadap individu yang dilihat cuba menghina dan menggugat kedudukan agama Islam itu sendiri sehingga timbul isu yang mahu menghapuskan status Islam di dalam kad pengenalan.
Dan ada pula yang menuntut supaya Islam itu disamaratakan dengan agama lain.
Sehingga ke hari ini, belum ada lagi pemimpin tertinggi yang berani mengulas isu tersebut jadi tidak hairanlah mereka berani membuli umat Islam dengan menuntut perkara sensitif.
Apa yang diperkatakan Mufti ada benarnya dan wajar diperhalusi oleh kerajaan. Umat yang bukan Islam sengaja mengugat agama Islam, lambat pula tindakan yang dikenakan terhadap mereka.
Tetapi, apabila kesalahan itu dilakukan umat Islam sendiri, laju pula tindakannya. Fikir-fikirlah…
KATA ORANG
Ada kewajaran apa yang disebut mufti tu. Kena fikir dan bincanglah, jangan asyik bebal je!
— Ariasu (@Ariasu13734498) April 29, 2019
Kata org pekak... padahal yg atok tu buat pekak pasal org islam.. org kapiq senang nak hapuskan agama utk ygbaru lahir org kapiq nak hapuskan islam dlm ic... awat hang diam... apa yg depa buat dan cadangkan semua mengguris hati org islam... pasai apa atok diam..
— AbgPezza (@MfaisalRezza) April 29, 2019
Terbukti siapa yg ego skrg ni tak boleh terima teguran.. Sudah2 la tu rmh kata p kubur kata mai bertaubat lah
— nuazain (@ZainAnnuar) April 29, 2019
Orang professional akan dengar pendapat orang lain dulu walau tak sealiran. Kau bila orang tak setuju dengan kau, kau marah marah.. Come on, tak payah nak buat Malaysia macam Cuba sangat. Ini bukan tahun 80an lagi.
— Arizal Thani (@ArizalThani) April 30, 2019