Kecoh di media sosial apabila Balai Seni Lukis Negara bercadang mahu mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun animasi Doraemon bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Alasannya, animasi Doraemon mempunyai ramai peminat di seluruh dunia, sekali gus mampu menarik minat pelancong luar datang ke negara ini.
Doraemon Daya Penarik Pelancong Ke Malaysia
Pengerusinya, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata, Doraemon mempunyai ramai peminat di seluruh negara dan ia secara tidak langsung menjadi daya penarik pelancong luar datang ke negara ini.
Berhubung dengan itu, Malaysia dan Jepun berkemungkinan akan menjalinkan bekerjasama dalam hal ini, dan adakan pameran lukisan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Semua lapisan masyarakat dikatakan peminat Doraemon bukan saja dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga pelbagai usia kerana kartun berkenaan turut mempunyai nilai positif dalam setiap ceritanya.
Undang Kemarahan Netizen
Walaupun hanya di peringkat cadangan, namun ia telah menimbulkan kemarahan netizen.
Ramai beranggapan Malaysia masih mempunyai banyak animasi tempatan berkualiti yang boleh diketengahkan.
Mereka turut mempersoalkan rasional pihak berkenaan untuk memartabatkan animasi Doraemon.
Memang kartun Doraemon diminati dan dikenali seluruh pelusuk negara, namun adakah wajar Malaysia berbuat demikian?
Kalau disentuh soal jalan cerita yang mempunyai nilai postif, rasanya animasi Malaysia lagilah mempunyai banyak nilai positif serta nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat yang sesuai dengan budaya di negara ini.
Hanya Salah Faham
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah meluluskan kartun dari Jepun itu untuk dipromosikan sempena kempen Tahun Melaawat Malaysia 2020.
Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, apa yang dicadangkan itu hanyalah pandangan peribadi dari pihak Balai Seni Negara dan ia tidak melibatkan pihak kerajaan pun.
Diharapkan rakyat tidak keliru lagi dalam isu ini kerana walaupun usul itu akan diberikan, Mohamaddin menegaskan kementerian tidak akan meluluskannya.
Animasi Tempatan Yang Patut Dijulang
Dalam pada itu, Mohamaddin menyatakan pendirian kementerian akan mengangkat watak animasi dari negara sendiri dan akan memilih watak kartun yang popular di Malaysia dan bukannya dari negara lain.
Ada animasi tempatan yang diterima di peringkat antarabangsa, jadi mengapa perlu animasi negara lain? Bagaimana orang luar akan kenal Malaysia jika promosikan negara lain?
Upin Ipin Antara Animasi Tempatan Menempa Nama Di Luar Negara
Rasanya ramai sudah tahu bahawa animasi Upin Dan Ipin menjadi satu fenomena yang besar bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara seperti Indonesia, Brunei, Turki dan Thailand.
Malah filem karakter Upin Ipin diangkat sebagai duta mahabbah yang jelas memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian rakyat Malaysia.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, animasi Upin dan Ipin terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd akan dibawa ke pasaran antarabangsa seperti United Kingdom dan Jepun bagi memperkenalkan karya anak tempatan sekali gus memartabatkan bahasa Melayu.
Inilah kejayaan animasi Upin Dan Ipin yang jelas dilihat. Filem animasi ini juga meraih keuntungan RM6.3 juta dan menjadi duta untuk mengukuh serta mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Animasi Lain Yang Wajar Diangkat
1) Usop Sontorian
Siri animasi ini antara yang paling muhibah. Cukup untuk menampakkan ciri-ciri Malaysia.
Usop Sontorian dihasilkan daripada kisah benar dari Parit Sonto, Ayer Hitam, Johor. Animasi ini diadaptasi oleh penulis Malaysia yang tersohor, Ujang.
2) Anak-Anak Sidek
Satu-satunya animasi yang mengangkat sukan badminton dengan mengisahkan keluarga lagenda, Sidek. Juga diadaptasi daripada kisah benar.
3) Kampung Boy
Karya ini antara yang paling legend! Siapa yang tidak kenal dengan animasi Kampung Boy? Ia merupakan hasil nukilan Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat.
Kampung Boy banyak mengisahkan mengenai kehidupan kanak-kanak pada zaman dahulu yang tinggal di kampung.
Banyak lagi animasi tempatan yang mempunyai nilai-nilai pengajaran yang positif terutama dalam kehidupan bermasyarakat.
Man i love Doraemon but for a special year to promote and visit Malaysia. Why aren’t they promoting local cartoons and local artists instead?
— Megat ‘Adli (@TheFunSizeGuy) April 23, 2019
It’s not that we don’t have great ones. 😒 https://t.co/z8tws9WXBf
Malaysia has lots of great animations too y'know
— Lily (@chaeyeonxsakura) April 24, 2019
Malaysian Culture - Upin Ipin
Superheroes - Boboiboy
Secret Agent - Ejen Ali
& many more
I Love Doraemon but we got our own great animations bruh.These animations need to be exposed more. If it's not your job then who else? pic.twitter.com/oMODIoybdP
Idc about doraemon, but bts have did many charity before and they spread positivity. There should not be any issues for letting them perform.Ask lah artist msia if mok gilak.Ppl can disagree on the decision but not belittle bts as you guys did nothing to the society but they did https://t.co/d8ZlLyAHQF
— bluemorphine (@DeborahDeffenie) April 24, 2019
Lack of 'jati diri'. We have Upin & Ipin, Ejen Ali, Usop Sontorian, Kluang Man, Pepaya, and the list goes on. https://t.co/NMK4uftStJ
— Adam Fariz (@adamfarizmz) April 24, 2019