Pernahkah kita terfikir suatu hari nanti semua kedai serbaneka atau restoran tidak lagi menerima wang.

Sumber:femagonline

Jika kita lihat di pusat membeli-belah di Malaysia kini terdapat pelbagai kod QR terpapar di setiap kaunter kedai antaranya Grabpay, Alipay, Boost dan banyak lagi. Tidak ketinggalan Maybank QR Pay.

Dan melihat kearah itu, masyarakat kita juga menuju ke teknologi kewangan dan pilihan pengguna pada hari ini dipacu oleh penawaran dan penyediaan pelbagai perkhidmatan dan platform digital. Ini termasuklah perkhidmatan perbankan online, pembayaran elektronik tanpa sentuh mahupun panggilan elektronik (e-hailing) dan dompet elektronik (e-dompet) di pasaran.

Jangan terkejut, gerai tepi jalan juga menggunakan e-dompet untuk beli keropok lekor, air dalam balang, nasi goreng kampung dan sebagainya.

Tanpa Tunai Lebih Selamat Dan Mudah

Bazar Ramadan Kampung Baru sememangnya menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa setiap tahun. Beratus gerai makanan menyediakan pelbagai jenis makanan, minuman dan kuih muih untuk orang ramai yang berkunjung ke bazar berkenaan.

Sumber:Front Desk

Apa yang lebih menarik perhatian adalah bazar berkenaan menawarkan konsep pembayaran tanpa tunai dan para peniaga serta pengunjung bazar berkenaan menyambut baik langkah berkenaan kerana ia disifatkan lebih selamat, mudah dan menjimatkan masa.

Memetik portal Bernama, seorang peniaga, Masnor Salehudin berkata konsep sebegini sangat mudah untuk dia dan pembeli kerana mereka hanya perlu menyentuh kad Touch ‘n Go eWallet pada mesin pengimbas sahaja.

Elak Kes Ragut Dan Samun

Selain itu, dengan kaedah ini, orang ramai yang datang pun tidak perlu risau kes ragut, samun atau kecurian.

Peniaga dan pembeli juga tidak perlu bersusah payah untuk menukarkan duit kecil semasa pembelian. Ia lebih cepat dan mudah untuk kedua-dua pihak.

Sumber: sinar harian

Konsep Bazar Ramadan Tanpa Tunai di Kampung Baru ini adalah insiatif TNG Digital Sdn. Bhd. dalam menggalakan pengunaan Touch ‘n Go eWallet.

Sebanyak 400 peniaga di bazar Ramadan Kampung Baru menyediakan perkhidmatan itu di sepanjang bulan Ramadan sehingga 31 Mei ini.

 

Ramai Tidak Setuju Konsep Tanpa Tunai

Orang ramai pula menganggap ia adalah satu perkara yang leceh kerana masalah sering timbul apabila pembayaran dibuat kad atau mesin.

Bagaimana sekiranya transaksi itu mengalami gangguan teknikal? Bukannya ia akan lebih melambatkan proses pembelian dan orang ramai terpaksa beratur lebih lama untuk membeli juadah makanan.

Tambahan pula peniaga juga memerlukan pulangan modal secara tunai untuk membuat modal pusingan bagi menyediakan juadah keesokan harinya.

Peniaga Sukar Buat Pusingan Modal Tanpa Tunai

Peniaga pula terpaksa menunggu untuk mendapatkan duit perniagaannya itu melalui aplikasi e-dompet itu.

Sumber:Dimensi News

Dan ekonomi tanpa tunai sepenuhnya sukar untuk diba­yangkan dalam masa terdekat dan dalam era teknologi maju ini. Mungkin ada kesan buruk atau tidak, kita masih tidak pasti ketahap itu.

Sedang orang ramai berebut memilih eDompet yang menawarkan promosi diskaun berbaloi, sebenarnya masih lagi terdapat segelin­tir masyarakat membawa duit syiling di dalam koceknya.

Menjurus Kepada Berbelanja Lebih

Memang nampak mudah dan senang pembayaran tanpa duit ditangan ini tetapi pernah tak kita pe­rasan bahawa pembayaran elek­tronik membuatkan kita berbe­lanja secara berlebihan?

Tanpa sedar, orang ramai berbelanja melebihi had apabila mereka membayar menggunakan kad kredit, e-dompet, perbankan online berbanding tunai.

Sumber:Mommy Shahab

Sebab itu, meskipun terdapat pelbagai pilihan pembayaran, wang tunai masih menjadi pilihan utama terutamanya untuk individu yang benar-benar teliti di dalam perbelanjaan mereka.

Mereka merasakan wang yang dipegang secara fizikal akan lebih nampak bernilai dan membuatkan mereka berhati-hati ketika berbelanja supaya dapat berjimat cermat.

Wujud Jenayah Siber?

Berdasarkan data Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Januari hingga 3 Oktober tahun lalu, statistik menunjukkan sebanyak 8,313 kes penipuan siber membabitkan wang berjumlah RM300 juta yang direkodkan.

Jenayah siber ini termasuk penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kecurian identiti dan pencerobohan data.

Sumber:Majalah Labur

Selain risiko berlakunya kegiatan jenayah melalui transaksi elektronik, kebergantungan terhadap transaksi elektronik akan mengundang masalah lain kepada masyarakat kita seperti boros berbelanja, hutang tidak dibayar serta terdedah terhadap bayaran sampingan seperti caj atau cukai perkhidmatan yang perlu dibayar sekiranya kita menggunakan transaksi elektronik.

Dilaporkan ramai pihak menjadi mang­sa terhadap penipuan melalui penggunaan transaksi moden ini. Ini secara tidak langsung, memberi beban tambahan kepada pihak pengguna untuk melakukan aktiviti harian mereka bagi membeli sesuatu barangan atau menggunakan perkhidmatan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah pembelian tanpa tunai memudahkan atau menyukarkan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN