Dulunya hubungan antara doktor dan pesakit hanyalah setakat di bilik rawatan dan operasi. Ramai yang perlu ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan serta khidmat nasihat untuk masalah kesihatan yang mereka hadapi.

Namun kini , dengan wujudnya dunia digital, hubungan antara doktor dan pesakit sudah tiada batasnya.

Contohnya, jika seseorang mempunyai kekeliruan tentang perubahan yang berlaku pada badan mereka, dengan mudah dan cepat mereka boleh bertanya kepada para doktor yang aktif di media sosial seperti doktor kebanggaan negara yang sedang berkhidmat di United Kingdom, Dr Amalina Bakri yang sering dilihat aktif di laman sosial Instagramnya menjawab pertanyaan-pertanyaan berkaitan isu-isu kesihatan.

Di Malaysia, agak ramai doktor-doktor yang dikenali sebagai doktor selebriti kerana mempunyai ramai pengikut dan peminat. Media sosial menjadi penghubung doktor dan pesakit. 

Namun, terbaru timbul isu apabila doktor-doktor terkenal ini dikatakan angkuh dalam memberi nasihat perubatan dan kesihatan kepada rakyat Malaysia seolah-olah menganggap merekalah doktor yang paling hebat dan bijak.

Namun wajarkah golongan profesional ini dianggap sebegitu? Atau rakyat Malaysia yang terlalu sensitif lebih-lebih lagi apabila disentuh isu yang memang sebati dengan gaya hidup mereka?

Salah seorangnya, Dr Imelda Balchin sangat terkenal dengan sikapnya yang sangat jujur dan lantang dalam menyuarakan sesuatu isu.

Dijemput Stesen TV

Beliau pernah dipanggil sebagai tetamu dalam satu rancangan debat di TV Alhijrah bagi membincangkan isu kontroversi ketika itu iaitu isu doula. 

Doula dikatakan sering disalah erti fungsinya oleh rakyat Malaysia sehinggakan ada pengalaman kelahiran bersama doula yang menyebabkan kematian bayi dan ibu dek kerana ajaran fahaman yang salah oleh doula yang tidak terlatih.

Isu ini memberi impak yang besar kepada dunia perubatan kerana nyawa bukanlah sesuatu benda yang boleh dibuat mainan.

Malah ianya dilihat sebagai tanda amaran kerana bimbang ramai ibu-ibu mengandung yang tersalah pilih khidmat doula sehinggakan tanpa sedar telah meletakkan diri mereka dan bayi di dalam risiko yang sangat tinggi.

Mengapa rakyat Malaysia suka mengambil initiatif sendiri? Sedangkan ribuan doktor kita belajar sehingga keluar negara demi menyumbang kepada dunia perubatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Adakah fungsi doktor juga sudah disalah erti?

Perubatan alternatif tidak salah tapi jika sampai membahayakan nyawa wajarkah ianya terus diikuti dan dilakukan?

‘Angkuh’ Untuk Sekolahkan Masyarakat

Statistik umum tentang tahap kesihatan fizikal dan mental rakyat Malaysia berada di paras yang membimbangkan.

Dengan fasiliti dan jumlah kakitangan perubatan yang terhad tidak dapat menampung keseluruhan jumlah rakyat Malaysia yang semakin hari semakin meningkat.

Sebab itulah doktor-doktor ini terpaksa menjadi lebih lantang apabila bersuara. Jika semua rakyat Malaysia mendengar kata dan nasihat kesihatan yang diberi para doktor dan kerajaan, tidaklah sampai tak cukup tangan para doktor dan jururawat nak menguruskan orang sakit.

Ini tidak, jumlah pesakit semakin meningkat saban hari, sampaikan ramai kakitangan perubatan mengalami ‘mental breakdown’ kerana terlalu penat bekerja sehingga terpaksa dikerah melebihi kemampuan mereka.

Adakah doktor dan jururawat tiada keluarga dan kehidupan sosial sendiri? Tapi demi rakyat Malaysia mereka sanggup meletakkan keluarga di tempat kedua dan lebih mengutamakan tugas mereka.

Jadi hargailah mereka,bukan dikutuk dan dipandang serong.

 

Angkuh Vs Biadap, Jangan Salah Faham

Sebelum ini, pernah tular juga isu seorang doktor dikenali sebagai Dr. R yang dikatakan biadap dalam membuat sebarang perkongsian di laman Facebooknya.

Sehinggakan pernah menggunakan perkataan bodoh dan bangang dan ditujukan kepada pembaca yang membantah fahaman dan pendapatnya.

Malah doktor tersebut juga terkenal dengan sikap yang tidak boleh menerima pendapat orang lain.

Memang benar dia seorang doktor, namun perlukah setiap ilmu yang ingin disampaikan itu ditulis menggunakan ayat-ayat yang sensitif dan kasar?

Hebat mana pun ilmu kita, itu tidak bermakna kita boleh berkata sesuka hati seperti tiada etika langsung.

Sesukar mana pun nak menasihati orang, adab tidak patut dibuang ketepi.

Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap berbudi dan berbahasa. Adakah beliau rakyat Malaysia? 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda tentang isu ini?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN