Jika dahulu, tiba sahaja sambutan Hari Raya Aidilfitri, juadah utama yang akan menjadi pilihan ketika mengunjungi rumah sanak saudara sudah semestinya lemang, ketupat , lontong dan juga dodol.

sumber: themalaysiantimes

Dodol merupakan antara juadah wajib setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri dan kini terdapat pelbagai jenis perisa di pasaran seperti durian, pandan, coklat dan juga pisang.

Namun, kelibat dodol semakin samar dari pandangan kerana tidak ramai yang mahu menghasilkan dodol dengan cara tradisional apabila pulang ke kampung halaman.

 

Tradisional Atau Moden?

Saban tahun pembuatan dodol secara tradisional semakin ditinggalkan disebabkan oleh ramai usahawan sudah beralih kepada penggunaan mesin seiring dengan peredaran zaman.

sumber: utusan

Penghasilan dodol yang menggunakan mesin bukan sahaja mudah, tetapi mampu menjimatkan masa serta meningkatkan hasil dodol dalam kuantiti yang banyak berbanding dengan kaedah tradisional.

Dodol yang dihasilkan menggunakan mesin boleh didapati pada bila-bila masa sahaja dan tidak perlu lagi untuk menunggu musim perayaan untuk menikmatinya.

Namun, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata walaupun kaedah penghasilan dodol perlu dipertingkatkan dengan menggunakan teknologi mesin yang canggih tetapi kaedah tradisional tidak boleh dilupakan. 

 

Dodol Sebagai Penyatuan Perpaduan

Jika dilihat dengan teliti, penghasilan dodol secara tradisional ini sebenarnya mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama yang lain. 

sumber: berita harian

Untuk menghasilkan dodol secara tradisional amat memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau, sudah semestinya tidak boleh dibuat secara berseorangan dan perlu dilakukan secara gotong-royong.

Sepanjang proses pembuatan dodol, ia perlu dikacau empat hingga enam jam kerana bahan campuran iaitu tepung pulut, sanatan kelapa dan gula pasir + gula batu amat mudah hangus dan boleh merosakkan dodol. 

 

 

 

Baru-baru ini , Kelab Warga Puchong (KWP) dengan kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Perkampungan Dodol Warga Puchong 2019 di Dewan Serbaguna MPSJ Taman Seri Serdang.

sumber: utusan

Berdasarkan sumber yang diperolehi daripada media, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo berkata program seperti itu perlu diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia mampu mengeratkan perpaduan bukan sahaja antara kaum Melayu tetapi antara kaum yang lain.

 

Jangan Makan Umpama ‘Tiada Hari Esok’

Kemeriahan pada Hari Raya dengan pelbagai hidangan makanan sudah menjadi kemestian bagi masyarakat Islam di negara kita ini.

sumber: berita harian

Mana tidaknya, hanya hari raya sahaja peluang yang ada untuk merasa semua jenis juadah yang disediakan apabila bertandang ke rumah saudara-mara dan juga kawan.

Tetapi, jangan pula anda abaikan kesihatan sehingga boleh memudaratkan diri sendiri dengan pengambilan makanan secara tidak terkawal umpama ‘tiada hari esok’.

Sumber yang didapati daripada media, Pensyarah Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis berkata, hari raya bukanlah ‘tiket’ untuk mengabaikan amalan pemakanan sihat dan perlu bijak dalam memilih juadah yang dihidangkan demi menjaga kesihatan diri.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apakah inisiatif terbaik untuk menggalakkan penghasilan dodol yang dimasak secara tradisional supaya tidak dilupakan generasi akan datang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN