Proses kelahiran dan menerima kehadiran zuriat yang baru bukanlah satu proses yang mudah. Bagi sesetengah ibu ramai yang menghadapi kesukaran untuk melalui peralihan tersebut sehinggakan ada yang mengalami tekanan dan murung.

Mana tidaknya, bukan mudah untuk memahami corak harian bayi yang baru lahir, ada yang jenis suka tidur sepanjang hari dan ada juga ingin sentiasa didukung dan dilayani ibu mereka.

Kerana itu, sokongan penuh dari ahli keluarga sangat penting bagi memastikan si ibu dan bayi sama-sama dapat melalui fasa baru di dalam hidup mereka ini dengan tenang dan selesa.

Si ibu layak mendapatkan rehat yang secukupnya agar dapat memulihkan semula badan mereka selepas proses bersalin.

6 bulan pertama merupakan tempoh masa yang sangat-sangat penting untuk si ibu dan bayi menikmati masa bersama semaksimum mungkin.

Malah ibu-ibu sangat digalakkan untuk menyusukan bayi mereka secara ekslusif dengan susu badan selama 6 bulan pertama kerana banyak kebaikan yang boleh didapati untuk bayi dan juga ibu itu sendiri.

Kesedaran tentang kepentingan susu ibu juga dapat dilihat semakin meningkat di kalangan ibu-ibu yang baru melahirkan sehingga banyak kelab-kelab sokongan untuk aktiviti penyusuan ditubuhkan  bagi membantu ibu-ibu yang menghadapi sebarang masalah bolehbantuan yang sewajarnya.

Namun bagi ibu-ibu yang bekerja, macam mana nak menyusukan anak secara eklsusif kalau cuti yang diberi pun 60 hari sahaja, dan paling maksimun bagi pengawai kerajaan selama 90 hari.

Patutkah undang-undang ini digubal semula demi kepentingan si ibu dan anak yang dilahirkan?

Diskriminasi Penyusuan

Walaupun sudah terbukti khasiat dan kebaikan susu ibu untuk bayi namun masih ramai yang tidak suka apabila ibu-ibu lebih memilih untuk menyusu anak mereka.

Dari segi umum, ibu-ibu yang menyusu di kawasan awam akan dipandang serong oleh masyarakat kerana ianya dianggap menjijikkan.

Malah di luar negara ada juga ibu yang dihalau dari sebuah restoran kerana ada pelanggan yang mengadu tindakan si ibu menyusukan anaknya tersebut tidak patut dilakukan dihadapan orang.

Ditambah pula dengan stigma masyarakat melayu lebih-lebih lagi golongan makcik dan nenek yang sentiasa menganggap susu ibu tidak mengenyangkan sehingga memaksa anak-anak dan cucu mereka untuk meminum susu tepung.

Belum lagi yang suka menyumbat bubur dan nestum kepada bayi yang masih di dalam pantang, sehingga ada yang menyebabkan kematian.

Majikan Tidak Mahu Bertoleransi

Bagi ibu yang bekerja bukan mudah untuk kembali bekerja dan meninggalkan anak kecil mereka dibawah jagaan pengasuh.

Cuti bersalin yang terhad dan terlalu singkat adakala seperti tidak mencukupi untuk ibu dan anak menyemai ikatan baru mereka bersama.

Kerana itu juga para majikan patut lebih bertoleransi dan bertolak ansur terhadap para ibu supaya mereka mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik walaupun bekerja. 

Ini tidak, ramai yang tegas tidak bertempat sehinggakan kadang-kadang bila anak sakit pun ibu-ibu tidak dibenarkan bercuti. 

Jangan Sentuh Emosi Ibu Dalam Pantang

Orang tua-tua sering mengingatkan para suami dan ahli keluarga agar jangan membiarkan si ibu sendirian dan merasa tertekan kerana terpaksa menguruskan semua benda seorang diri.

 

Lebih-lebih lagi apabila mereka masih di dalam kesakitan dan luka bersalin masih belum sembuh sepenuhnya.

Malahan suami juga sentiasa diingatkan untuk menjaga kelakuan dan kata-kata agar tidak menguris perasaan isteri yang sangat sensitif ketika dalam pantang.

Sudah cukup banyak kes-kes yang melibatkan ibu dalam pantang berakhir dengan tragedi. Jangan sampai berlaku kepada keluarga anda sendiri.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda tentang isu ini?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN