Kelantangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dibawah pemerintahan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya semakin panas.

TMJ antara anak sultan Johor yang sering dilihat menyuarakan pandangannya berhubung isu politik tanah air di media sosial.

TMJ Bersuara Sebab Isu Projek RTS

Isunya bermula apabila kerajaan akan menuntut semula tanah untuk projek Sistem Transit Rapid (RTS) seandainya ada proses pengambilalihan dari mana-mana pihak yang tidak melalui proses pemilikan.

Sumber:Siemens MelayuMaju

Kenyataan Tun Mahathir menyatakan pihaknya setakat ini masih belum mendapat laporan penuh dan mengakui hanya mendengar khabar angin ia diambil oleh pihak Istana Johor.

Jelasnya, kerajaan juga tidak mendapat sebarang maklumat tentang pembayaran tanah berkenaan selain belum memutuskan status projek itu sendiri.

Projek RTS Dipindahkan Kepada Sultan Johor

Ini susulan penemuan satu daripada lima plot tanah untuk projek RTS dipindahkan kepada Sultan Johor.

Dokumen yang dilihat sumber itu antara lain menyatakan perubahan hak milik tanah untuk plot seluas 4.5 hektar itu berlaku bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Memetik sumber mendakwa tanah yang sebelum ini milik Kerajaan Persekutuan, sudah ditukar milik ke atas nama Sultan Johor serta PTG Johor mendapat tahu perkara itu pada 28 Januari lalu.

Sumber:Berita Harian

Sumber berkenaan juga mendakwa, bila dan bagaimana Sultan Johor memiliki tanah terbabit masih samar, namun percaya geran tanah 4.5 hektar itu ditukar ketika pentadbiran kerajaan BN antara 2017 hingga 2018.

Bagaimanapun, Sultan Johor berkenan menyerahkan tanah itu kepada kerajaan tanpa sebarang kos demi kepentingan rakyat.

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah, dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, baginda kecewa dengan laporan berita mengaitkan peningkatan kos projek itu dengan sebidang tanah dikatakan milik baginda di Bukit Chagar.

Kebaikan Sultan Johor Tidak Dihebohkan

Sumber: [email protected]

Dalam satu ciapan di Twitter,TMJ berkata, banyak benda baik dilakukan Sultan Johor yang tidak dikongsi.

Antaranya berjuta duit kurniaan kepada kerajaan, menyelesaikan hutang kerajaan pada tahun kedua menjadi Sultan, selain bantuan ke yayasan-yayasan, kurniaan tanah untuk rumah mampu milik, masjid, kuil dan tokong.

Tun Mahathir Sifatkan TMJ Bodoh

Sumber:Malaysiakini

Susulan kenyataan TMJ itu, Tun Mahathir juga nampaknya tidak berdiam diri dan menyifatkan TMJ sebagai budak kecil dan bodoh tidak tahu apa-apa yang berlaku sebenarnya.

Tun Mahathir menasihatkan TMJ agar lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan yang baginda sendiri tidak tahu asal usul projek berkenaan.

Bekas Menteri Undang-Undang Pula Bidas 

Isu ini nampaknya mendapat perhatian daripada bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim yang menyatakan Tun Mahathir tidak perlu untuk memalukan TMJ serta keluarganya.

Sumber:MalaysiaGazette

Walaupun beberapa pandangan TMJ mungkin salah atau tidak terkawal, namun kata Zaid ia tidak menjejaskan negara.

Zaid turut berkata bahawa ahli politik yang cemerlang dalam ‘pertempuran jalanan’ dan biasa dengan ‘politik longkang’ sepatutnya menyasarkan kepakaran mereka terhadap pembangkang.

Dan Istana tidak berhak menerima layanan yang sama seperti yang diberikan perdana menteri itu.

Rakyat Dakwa Tun Mahathir Lebih Tahu Dari TMJ

Susulan kenyataan Tun Mahathir itu, rata-rata rakyat bagaimanapun menyokong tindakan perdana menteri itu yang berani menegur anak sultan. Mereka merasakan tindakan TMJ dalam menyuarakan pandangan terhadap kerajaan adalah melampau.

Sedangkan zaman pemerintahan BN dibawah Najib Razak, tiada satu pun kritikan yang diberikan sedangkan Najib telah mencemarkan imej negara di mata dunia.

Mereka menyatakan ini sikap berat sebelah TMJ dalam isu ini. Apa yang dilakukan TUn Mahathir adalah mengikut keupayaannya sebagai ahli politik yang sudha lama dalam negara ini.

Tun Mahathir tahu selok belok dalam kerajaan dan isu yang dibangkitkan itu ada alasan yang kukuk kenapa Tun Matahir berkata demikian.

Ada Juga Dakwa Kebebasan Bersuara Disekat, Sama Zaman BN

Namun, ada juga rakyat yang menganggap tindakan kerajaan Pakatan Harapan(PH) hari ini mula menyekat kebebasan bersuara rakyat, dan TMJ adalah bukti kebebasan bersuara itu dihalang daripada terus mengkritik kerajaan.

Mereka menyamakan zaman pemerintahan PH dan zaman pemerintahan BN sama sahaja. Kalau macam ini, dimana hak bersuara rakyat? Mana Janji-janji PH sebelum ini?

Adakah trend lama masih diamalkan dalam Malaysia Baharu ini? 

TMJ Boleh Kritik Tetapi Kena Tahu Perlembagaan

Sebelum ini, Tun Mahathir juga menegaskan TMJ mempunyai hak untuk bersuara dan mengkritik kerajaan. TMJ dianggap sebagai individu biasa yang juga bebas bersuara seperti rakyat biasa.

Namun, kritikan yang diberikan haruslah memahami terlebih dahulu konsep Persekutuan.

Persekutuan bermaksud ia mempunyai kuasa ke atas seluruh negara dan kita tidak boleh berkata ini dan itu tidak boleh dilakukan.

Maknanya, terdapat senarai yang menyatakan pengasingan kuasa dimiliki kerajaan negeri dan Pusat yang perlu dipatuhi.

Anwar Juga Senada Dengan Tun Mahathir

Sumber:Kosmo

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau senada dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan menyokong perdana menteri dalam perkara ini.

Ulasnya, ini bukan isu peribadi atau peterlagahan antara Putrajaya dan Istana Johor, tetapi apa yang dilakukan Tun Mahathir itu adalah untuk semangat Perlembagaan Persekutuan dipelihara.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah TMJ disifatkan sebagai bodoh kerana mencampuri urusan kerajaan?
16 votes · 16 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN