Bagi pengguna Twitter, anda pasti sedar tanda pagar #BoycottMalaysia menjadi popular hingga membuatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Menurut laporan Sinar Harian, perkataan itu sebenarnya dilancarkan oleh rakyat di India dengan pelbagai komen negatif terhadap Malaysia.
Situasi yang berlaku itu bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi dari rakyat di negara ini yang dilihat turut membalas tohmahan tersebut demi mempertahankan Malaysia.
Jadi, apa sebenarnya yang rakyat India tidak puas hati sangat ini?
ย
Semuanya Bermula Disebabkan Ucapan Tun Mahathir
Difahamkan, perkataan atau kempen itu bermiua sebaik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kenyataan yang menyentuh isu Jammu dan Kashmir.
"Jammu & Kashmir has been invaded & occupied by India," says Malaysian PM Mahathir Mohamad at #UNGA.
#ImranKhanVoiceOfKashmir pic.twitter.com/4RgYhD2TOG
— Pak Army (@pak__fauj) September 28, 2019
Kenyataan yang dikeluarkan Tun M itu diberikan ketika beliau berucap di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-74, baru-baru ini.
Ketika berucap, Tun M menyentuh krisis Rohingya di Rakhine dan Palestin di Gaza yang sudah kian lama berlanjutan sebelum mengatakan wilayah Jammu dan Kashmir juga telah โdiceroboh dan didudukiโ.
Menurut Tun M lagi, walaupun sudah ada resolusi PBB meminta kedua negara untuk mengambil tindakan, namun krisis Jammu dan Kashmir masih terus berlanjutan.
Oleh itu, beliau ketika memberi ucapan menegaskan bahawa masalah tersebut harus diselesaikan secara damai.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru India agar bekerjasama dengan Pakistan untuk menyelesaikan isu berkenaan serta memberi peringatan bahawa kegagalan menyelesaikan masalah secara damai akan mengabaikan tujuan PBB dan undang-undang yang telah termaktub dalam badan dunia itu.ย
ย
Undang Kemarahan Rakyat India
Shameless @chedetofficial finally shown your true colors.
I urge each and every Patriot Indian to #BoycottMalaysia .
The Shameless PM of this country is openly supporting Pakistan.
Going to boycott @AirAsia
Boycott Each and every thing related to #Malaysia #BoycottMalaysia— เคฐเฅเคชเฅเคถ ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ณ (@Rajpoot_Roopesh) September 29, 2019
Walau bagaimanapun, kenyataan Tun M itu nampaknya telah mengundang kemarahan rakyat India yang rata-ratanya tidak mahu negara luar campur tangan terhadap isu tersebut.
Rata-rata rakyat India mengatakan bahawa mereka percaya Kashmir mempunyai kepentingan dengan India dan negara lain tidak ada hak untuk campur tangan terhadap kedaulatan negara mereka.
Simply #BoycottMalaysia. If it isnโt urgent, donโt travel there. Avoid trade. With this bigoted and uninformed man heading it, it is a hostile State. https://t.co/W6ikikobDT
— Abhijit Majumder (@abhijitmajumder) September 29, 2019
Dalam masa yang sama, ada juga yang menyebarkan propaganda untuk mengajak rakyat-rakyat di India supaya tidak melancong dan memutuskan hubungan perdagangan dengan Malaysia, sebaliknya pergi ke negara Asia Tenggara yang lain.
ย
Rakyat Malaysia Bangkit Pertahan Tun Mahathir
Tindakan yang dilakukan rakyat India ini sudah tentunya mendapat perhatian rakyat di negara kita yang mana rata-ratanya menyuarakan pendapat mereka dan bersetuju dengan apa yang diperkatakan Tun M itu.
Haha itโs trending #BoycottMalaysia ๐๐ India really have to calm down. Why do you feel offended when what Tun said was right? Boycott Malaysia all the way you want but pls tell us abt the fate of thousands of kashmiris in the jails. This is not abt country, itโs abt humanity.
— survivors (@AhmadFikir) October 1, 2019
Menurut mereka, apa yang diperkatakan Tun M itu adalah soal kemanusiaan yang mana beliau hanya mencadangkan jalan penyelesaian terhadap isu tersebut dengan cara yang damai.
Malah, ada juga yang turut mempersoalkan tindakan rakyat India melancarkan #BoycottMalaysia yang dilihat sama sekali tidak wajar.
ย
Ada Apa Dengan Isu Jammu-Kashmir?
Untuk pengetahuan anda, Kashmir merupakan sebuah wilayah kecil terletak di barat laut benua kecil India.
Ia merujuk kepada lembah yang terletak di antara Banjaran Himalaya dan Banjaran Pir Panjal di kawasan paling utara negara India.
Pada masa ini, secara geopolitiknya, Kashmir terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Jammu dan Kashmir yang ditadbir oleh India, meliputi lembah Kashmir serta Jammu dan Ladakh.
Kawasan-kawasan Utara dan Azad Kashmir pula ditadbir oleh Pakistan, dan Rantau Aksai Chin dan Laluan Trans-Karakoram yang ditadbir oleh China.
Walaupun kawasan-kawasan tersebut dikuasai oleh ketiga-tiga negara terbabit, tetapi India mahupun Pakistan tidak pernah mengiktiraf pemilikan antara satu sama lain ke atas kawasan-kawasan yang menjadi pertikaian.
Dalam isu ini, apa yang diperkatakan Tun M itu jelas menunjukkan bahawa Malaysia tidak tandus dengan pemimpin yang berani bercakap benar meskipun kita merupakan sebuah negara Asia yang kecil.ย
Ada pemimpin dunia yang tidak berani menyentuh isu-isu sebegini malah hanya mendiamkan diri sahaja. Tetapi, tidak bagi seorang pemimpin yang sudah berusia 93 tahun ini untuk tampil membuka mata dunia terhadap beberapa isu kritikal termasuk mengenai isu Palestin-Israel yang mendapat pujian ramai pihak baru-baru ini.ย
KATA ORANG
Dia Lancarkan #BoycottMalaysia
— Dasuke (@Dasuke85) October 1, 2019
Kita Rakyat Malaysia๐ฒ๐พ #BoycottIndia Pulak
Who care about #BoycottMalaysia #india ask your people dont come n mess up in our country.. #BoycottIndia
โ mH(myHorrow) (@mHmee83) October 1, 2019
Haha itโs trending #BoycottMalaysia ๐๐ India really have to calm down. Why do you feel offended when what Tun said was right? Boycott Malaysia all the way you want but pls tell us abt the fate of thousands of kashmiris in the jails. This is not abt country, itโs abt humanity.
— survivors (@AhmadFikir) October 1, 2019
Tun M of ๐ฒ๐พ & President Erdogan of ๐น๐ท or strong fighters of the law & people. Boycott as you may, but dont jeopardise innocent citizens of both countries. The law is meant to be followed. Malaysians literally dont care #BoycottMalaysia because you'll suffer at the end of the day
— Risi. S (@webarebears00) September 30, 2019
Wow #BoycottMalaysia trending! Hahaha. Impact ucapan Tun M dekat UN. Padahal atuk tu mintak India dan Pakistan duduk semeja je, nego pasal Kashmir dan Jammu. Tiba tiba satu India panas bontot.
— Shafwan Shukor (@shafwanshukor) September 30, 2019
Rakyat Negara India sedang promote #BoycottMalaysia dan #BoycottTurkey dalam respon mereka terhadap ucapan Tun Mahathir dan Erdogen di UNGA 2019 yang dilihat Pro Pakistan. Mereka begitu terancam nampaknya kerjasama erat Turkey-Malaysia-Pakistan. Welldone Tun M.
— Mohamad Faizal Haramaini (@faizalharamaini) October 1, 2019