Dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan dikatakan telah bersetuju meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari, yang akan berkuatkuasa bermula 2021.
Apa yang diumumkan Guan Eng itu merupakan satu khabar gembira yang disambut dengan respon positif daripada golongan hawa, terutama kaum ibu yang memerlukan cuti rehat tersebut bagi memberi tumpuan terhadap anak yang baru dilahirkan, selain mengambil peluang tersebut untuk pulih sepenuhnya daripada sakit bersalin.
Biarpun begitu, ada juga segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kerajaan kerana tempoh cuti yang terlalu panjang itu dikatakan akan menjejaskan produktiviti syarikat.
Antara yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan dasar itu adalah seorang usahawan terkenal, Christy Ng, yang beranggapan perkara tersebut mungkin akan merugikan pekerja dari segi perjawatan.
Malah Christy turut beranggapan tempoh berkenaan terlalu panjang sekaligus akan mendatangkan masalah kepada majikan untuk meletakkan pekerja berkenaan di kedudukan tinggi.
Undang Pelbagai Reaksi
Berikutan pandangan Christy, rata-rata netizen di media sosial dilihat tidak bersetuju dan mengecam beliau. Malah, ada juga yang menzahirkan kekecewaan mereka dengan pandangan beliau itu dan mempersoal pendiriannya sebagai seorang wanita.
Kemarahan netizen itu juga turut membawa munculnya satu #tanda pagar baru di media sosial, untuk memboikot produk keluarannya.
Malah, netizen yang tidak sebulu dengan wanita ini berpendapat, cuti bersalin itu sebenarnya tidak akan menjejaskan produktiviti seseorang kerana tempoh itu amat diperlukan untuk pulih semula dari keletihan mental dan fizikal selepas bersalin.
Mereka berkata, keputusan yang dilaksanakan kerajaan itu akan membantu wanita untuk kembali bekerja dengan prestasi yang lebih efektif dan produktif selepas bercuti lama.
Kerana bagi mereka, kedudukan wanita sebagai individu yang melahirkan masa hadapan juga perlu diberi penekanan sewajarnya agar mereka tidak dipandang sebagai subjek keperluan sumber tenaga sesebuah organisasi itu semata-mata.
(1) Kadar kesuburan merosot dari 6.7 (1957) kepada 1.91 pada tahun 2020.
(2) Cuti bersalin bertujuan untuk bonding bersama bayi & penyusuan.
Nilai cuti bersalin tak boleh dilihat daripada perspektif majikan sahaja.
90 days – most basic & minimal. Not asking for the sky. https://t.co/AqxajHMdtZ
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) October 12, 2019
Bukan itu sahaja, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Hannah Yeoh juga turut dilihat membidas usahawan itu.
Katanya, pemberian cuti tersebut tidak sepatutnya dinilai dari sudut ‘majikan’ semata-mata kerana tempoh 90 hari itu adalah yang paling asas dan minumum yang mana dalam tempoh tersebut, golongan ibu ini mempunyai ‘masa’ bersama bayi mereka.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah juga turut menyokong langkah kerajaan itu yang seharusnya dilihat dari sudut kesihatan, psikologi dan pembinaan keluarga bahagia dan bukan soal keuntungan majikan semata-mata.
Ada Yang Sependapat Dengan Christy
Disebalik kecaman yang diberikan pelbagai pihak, Penganalisis Ekonomi Bebas, Dr. Madeleine Berma pula berpendapat sebaliknya.
Katanya, sekiranya kita hendak mengecam kenyataan Christy, ia 100% tidak adil kepada beliau kerana mungkin dia hanya bercakap dari sudut perspektifnya sebagai seorang ahli perniagaan.
Malah, ada juga ramai ahli perniagaan di luar sana juga turut dilihat sependapat dengan pandangannya.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan juga mengatakan peningkatan tempoh cuti bersalin itu juga dilihat bakal membebankan syarikat terutama syarikat-syarikat kecil yang mana kos operasi mereka akan meningkat.
Menurutnya, kebanyakan syarikat di negara ini mempunyai kurang daripada lima pekerja dan apabila penambahan cuti bersalin berkuat kuasa, sudah tentu ia akan menyukarkan operasi syarikat berkenaan.
Majikan Boleh Dikenakan Tindakan Jika Tidak Patuh Arahan
Biarpun keputusan tersebut agak sukar untuk ditelan pihak majikan namun sekiranya ada majikan yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari itu kepada pekerja mereka, majikan tersebut akan dikenakan tindakan.
Perkara itu dijelaskan Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran yang mengatakan majikan swasta perlu mematuhi keputusan kerajaan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 itu.
Beliau berkata, cuti bersalin selama 90 hari perlu dilaksana sebagai mengikuti standart antarabangsa walaupun pelaksanaannya itu akan dimulakan pada 2021.
Dalam isu ini, apa yang pasti, setiap keputusan itu sepatutnya memerlukan penilaian menyeluruh dengan mengambil kira pandangan semua pihak kerana mereka berdua saling berkepentingan dan memerlukan antara satu sama lain.
Sebarang solusi atau inisiatif juga perlu diberi kepada majikan sekiranya mahu melaksanakan cuti bersalin dalam tempoh 90 hari itu agar objektifnya dapat terlaksana dan dapat dinikmati semua golongan masyarakat di negara ini khususnya.
KATA ORANG
I've personally seen the effect of longer maternity leave. Wonderful results. Emotionally stable and confident kids, better communication skills, hitting all their milestones on time for the normal kids, happier family, less stress. Healthier mums. Better society in general.
— Aimi (@AimiSyafaf) October 12, 2019
I used to work in Europe and women there get 6 months paid maternity leave. 3 months in Malaysia is practically nothing.
— Siti Kasuma (@ajustikacinta) October 12, 2019
Setiap jawatan/pangkat tertinggi pasti ada timbalan/penolongnya kann...terimalah lumrah alam hakikat seorang wanita juga bergelar ibu. Rasanya tiada masalah utk cuti “Bersalin “90 hari tu, christy Ng.
— ZYDEE #SayangiMalaysiaKu (@zaidydiaze) October 12, 2019
Sepatutnya as government kena lihat kedua² pihak tersebut. Kerana mereka berdua saling berkepentingan dan memerlukan antara satu sama lain. Berikan solusi/inisiatif yg akan dihadapi oleh majikan kalau laksanakan cuti bersalin 90 hari tersebut
— Putraa (@najmi2650) October 12, 2019
Perspektif majikan amat penting. Wang bukan segalanya tapi kos perlu dibayar. Majikan bukan kerajaan. Defisit pun masih boleh beroperasi. Saya khuatir 90hari akan menjadi langkah ke belakang dlm konteks meningkatkan % warga kerja kaum wanita. Mungkin kerajaan boleh tanggung.
— Karl Chin (@KarlChin) October 12, 2019
Solution yg boleh diusulkan, make sure pekerja wajib dtg kembali bekerja selepas 3 bulan, need b/w here. Any resignation perlu ditolak, & kenakan tindakan mahkamah
— Syakiera Rusli (@syakiera_rusli) October 12, 2019