Pelik tapi benar, itulah yang dilakukan oleh seorang wanita di China yang memfailkan saman 30,000 Yuan bersamaan kira-kira RM17,600 terhadap budak penghantar kerana kondom yang dipesan lambat sampai ke rumahnya.

Sumber: Mstar

Menurut China Press, budak penghantar berkenaan lambat 28 minit dari masa penghantaran yang sepatutnya.

Kondom itu dipesan sebagai pelindung kerana wanita yang mahu dikenali sebagai Su mahu melakukan hubungan dengan pasangannya.

Saman Sebab Hamil

Saman itun difailkan wanita tersebut kerana dia didapati sudah hamil daripada hasil hubungan kelamin dengan pasangannya itu.

Kos itu melibatkan untuk dia menampung perbelanjaan kerja, pemakanan dan perubatan sepanjang dia mengandung.

Sumber: Mstar

Wanita itu menyedari dia hamil kerana teringat bahawa dia pernah melakukan hubungan dengan pasangannya tanpa memakai kondom kerana tidak sabar untuk melakukan itu.

Sumber: Merdeka.com

Sedangkan aplikasi khidmat pesanan kondom itu sudah memaklumkan bahawa penghantaran tersebut terpaksa ditangguhkan selama 20 minit kerana keadaan cuaca ketika itu.

Bagaimanapun, budak penghantar tidak mahu membayar apa-apa ganti rugi atau saman kerana tidak mahu ada kena mengena dengan wanita tersebut.

“Kau Dah Sedap, Saman Orang Pula”

Agak lucu apabila rata-rata wargamaya menyatakan wanita itu tidak sepatutnya bertindak begitu kerana kesalahan itu adalah kerana dia dan pasangannya, bukan salah budak penghantar.

Sumber: FB Malaysiakini

Pada awalnya, semasa wanita berkenaan mahu menunggu pesanan kondom itu tiba dia pergi mandi terlebih dahulu tetapi kerana dia dan pasangannya kejadian itu berlaku tanpa disedari.

Kebanyakkan rakyat China memang menjatuhkan kesalahan kepada orang lain, banyak kes sebelum ini dimana dikatakan jika ada orang terlanggar seseorang itu dia kena tanggung seluruh kehidupannya, sungguh pelik.

“ Ini Punca Ramai Buang Anak”

Sementara itu, dari sudut lain pula sebilangan besar wargamaya menyatakan tindakan tidak memakai kondom membuatkan ramai pasangan yang membuang anak mereka.

Ramai terjebak dalam kancah seks, dan mereka ini memang tidak bersedia untuk mendapatkan anak.

Sumber:Says.com

Mereka yang terjebak ini adalah kerana gajet melalui aplikasi perbualan, laman sosial, ketagihan pornografi dan persekitaran di rumah melibatkan pergaulan ahli-ahli keluarga yang diwarisi.

Dan wanita di China juga membuat perkara yang sama menonton filem bersama pasangan hingga lewat malam dan itu yang mencetuskan hubungan seks diantara mereka.

Antara Kes Pelik Di China:

  1. Bunuh Diri Tak Tahan Sakit Bersalin

Sumber: Harian
metro

Pada tahun 2017, media melaporkan seorang wanita hamil membunuh diri dengan terjun dari bangunan hospital akibat tidak tahan sakit berikutan pihak hospital enggan melakukan pembedahan Caesarean terhadapnya.

Hospital berkenaan dilapor enggan melakukan pembedahan berkenaan yang diketahui mempunyai banyak risiko kerana keluarga wanita itu tidak membenarkan pembedahan terbabit.

Laporan media menyatakan hospital mendakwa sudah memberitahu keluarga wanita itu bahawa wanita itu menghadapi risiko jika bersalin secara normal kerana kepala bayinya terlalu besar.

2. Buang Bayi Perempuan Kerana Mahu Bayi lelaki

Sumber:Astro Awani

Pada tahun 2018, seorang bapa di China ditahan selepas mencampakkan anak perempuannya yang baru lahir ke tebing hanya kerana dia mahukan anak lelaki.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Li tersebut dilaporkan ‘melarikan’ bayi tersebut yang baru dilahirkan kira-kira enam jam di sebuah hospital di Gaozhou, wilayah Guangdong dan memasukkannya ke dalam beg nilon sebelum dilempar ke dalam hutan.

Bayi tersebut terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius kerana tersangkut pada dahan pokok.

3. Hanya Seorang Anak Dalam Sebuah Keluarga

Sumber: Iluminisasi

Polisi China hanya membenarkan seorang anak sahaja dalam sesebuah keluarga.

Ia merupakan polisi perancangan keluarga yang diperkenalkan pada tahun 1979 dan mula menjadi longgar bermula tahun 2015.

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN