Masyarakat dunia bukan saja terdiri dari pelbagai latar belakang bangsa malah agama. Maing-masing bebas mengamalkan kepercayaan mereka tanpa sebarang dikriminasi mahupun sekatan.

Namun malangnya, ada sesetengah individu yang suka bersikap defensif  terhadap agama mereka dan suka melihat kepercayaan dan agama orang lain sebagai sesuatu yang salah dan tidak benar.

Diskriminasi terhadap agama bukan sahaja berlaku hanya di peringkat oral ( cacian dan makian) malah ianya pernah sampai ke tahap fizikal apabila kumpulan-kumpulan ekstremis ini sanggup memukul malah membunuh orang yang mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka.

Antara isu lain yang menjadi punca pergaduhan ialah simbolik kesucian sesuatu agama yang berbeza-beza.

Seperti yang terjadi  di India, apabila seorang pengusaha kedai makan muslim dipukul beramai-ramai dan dipaksa memakan daging babi apabila sekumpulan ektremis dikatakan berang dia menjual makanan berasaskan daging lembu di kawasan tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Shaukat Ali terkejut kerana aktiviti perniagaan yang telah dijalankan lebih dari 30 tahun menerima kecaman seperti itu.

Malah kedai makannya juga turut dirobohkan dan dia dilarang keras oleh kumpulan ektremis tersebut agar tidak menjual lagi daging lembu disitu.

Apa Masalah Sebenarnya?

Bagi yang mungkin tidak tahu, lembu merupakan binatang yang sangat suci bagi penganut agama Hindu.

Dalam fahaman Hindu, lembu dihormati sebagai sumber rezeki dan simbol keibuan, yang membekalkan susu dan keperluan hidup yang lain.

Kerana itu juga mereka memilih untuk tidak memakan daging lembu dan hanya mengambil susunya yang dipercayai mampu memberi kesihatan yang banyak kepada pengamalnya.

Di India, isu salah faham berpunca dari lembu bukan sahaja mencetuskan pergaduhan malah ada yang sampai dibunuh kerana dianggap tidak menghormati adat dan kepercayaan masyarakat hindu.

Pada tahun 2018, 12 orang suspek pernah ditahan dan dijatuhkan hukuman oleh Makhamah Tinggi India  kerana telah membunuh seorang lelaki India Muslim yang menyembelih lembu.

 

Sanggup Abai Anak Isteri Demi Lembu

Terdapat juga cerita-cerita aneh yang berkaitan dengan lembu berlaku di India, seperti ada individu yang dikahwinkan dengan lembu kerana ingin membuang sial dan nasib buruk.

Malahan ada yang sanggup mengabaikan anak dan isteri kerana terlalu obses dengan lembu dan mahu menghabiskan sebanyak masa dengan binatang tersebut setiap hari.

Tambahan pula, mereka sanggup meminum air kencing dan najis lembu kerana dipercayai dapat memberi tahap kesihatan yang baik dan memanjangkan usia mereka.

Pelik bukan, demi kesihatan adakah anda juga sanggup meminum air kencing lembu jika terpaksa?

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN