Baru-baru ini perkongsian seorang individu yang melawati tanah tinggi Cameron Highland menjadi tular dan hangat diperkatakan orang ramai. Individu tersebut berkongsi rakaman video dan gambar seorang lelaki yang agak berusia dipercayai warga Jepun sedang mengutip sampah yang ada di tepi-tepi jalan di tempat peranginan tersebut.

Lelaki Jepun berkenaan dikatakan akan keluar mengutip sampah setiap pagi dari jam 6.30 pagi dan ia dilakukan secara percuma. Dalam kita memuji kebaikan yang dilakukan oleh warga tua ini, ia secara langsung turut mencerminkan tahap kebersihan di negara kita.

Ini jelas menunjukkan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang masih ‘miskin’ dari aspek sivik dan nilai diri sehingga ada yang sewenang-wenangnya menjadikan semua tempat sebagai tempat mereka membuang sampah.

 

Kesedaran Sivik Teruk

Isu kebersihan bukanlah isu yang baru, bermacam-macam kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga kebersihan negara. Walaupun ada agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal kebersihan negara tapi itu tidak bermakna kita boleh lepas tangan.

Contohnya, jika dilihat kawasan-kawasan perumahan kos rendah, isu sampah dan kebersihan seperti sudah tidak ada penyelesaiannya lagi.

Penduduk seolah-olah mengharapkan pekerja kebersihan semata-mata dan sama sekali tidak mempedulikan arahan agar tidak membuang sampah merata-rata dan sesuka hati.

Lihat sahaja bumbung rumah-rumah ini, cukup mustahil untuk melihat bumbung yang tidak bersampah. Botol minuman, kotak, malahan pampers bayi turut dicampak sewenangnya kebawah seperti orang yang tiada adab dan nilai. Bilakah mentaliti masyarakat kita dapat diubah? Bagaimana kita hendak mencapai status negara maju jika hal kebersihan negara masih ditahap yang terendah?

 

Jepun Contoh Negara Terbaik

 

Jika sesiapa pernah melawat negara Jepun, pasti kagum dengan tahap kebersihan negara tersebut. Sampah merupakan benda yang susah untuk anda jumpa di tepi jalan mahupun di mana-mana. Bayangkanlah negara tersebut terlalu bersih sehinggkan air longkang mereka sungguh jernih dan dijadikan tempat membela ikan.

Selain itu, Jepun juga terkenal dengan disiplin mereka terhadap kerja. Nilai yang diterapkan di dalam jiwa setiap masyarakat, malah sejak dari bangku sekolah menjadi punca mengapa negara tersebut cukup berdedikasi dalam memastikan sesuatu benda dijaga rapi dan baik.

Sudah tiba masa semua golongan masyarakat sedar akan kepentingan menjaga kebersihan. Bukan sahaja nampak kotor malah persekitaran yang tidak terjaga boleh menjadi punca penyebaran penyakit dan boleh merebak dan menjangkiti orang ramai.

Contoh termudah ialah aedes dan denggi, yang boleh membawa maut. Semuanya bermula dengan sikap sambal lewa masyarakat yang tidak peka dengan kebersihan persekitaran mereka sehinggalah semuanya sudah terlambat.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat, adakah kisah ini akan dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia kerarah negara yang lebih maju dan bersih?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN