16 Ogos lalu genap 42 tahun kematian Bintang Rock Antarabangsa Elvis Presley yang mati akibat sakit jantung.

Sejak kematiannya, pelbagai teori konspirasi telah wujud dan sehingga ke hari ini ada yang mempercayai beliau masih lagi hidup.

Baru-baru ini, seorang doktor mendakwa Elvis masih lagi hidup dan sihat susulan sekeping gambar tersebar menunjukkan bintang lagenda itu bersama cucunya yang juga anak kepada anak perempuannya, Lisa Marie.

Sejak berita kematianya diumumkan, ahli teori konspirasi sering mendakwa penyanyi itu memalsukan kematiannya kerana ingin melarikan diri dari dunia glamour dan mengelakkan diri dari dibunuh. Sejauh mana kesasihan perkara itu tidak dapat dipastikan.

 

Dr Dakwa Rawat Elvis

Menurut laporan dari Dailystar.co.uk, seorang wartawan Fox News, Suzanne Stratford telah mengetuai satu siasatan terhadap konspirasi itu pada 2002.

Dalam siasatannya mendapati seorang pakar psikiatri Dr Donald Hinton mendakwa pernah merawat penyanyi itu selama lima tahun.

Malah Dr itu juga mendakwa telah menulis buku yang mengisarkan pemalsuan kematian itu bersama Elvis dengan menggunakan nama abangnya, Jesse.

Suzanne juga berkata, di dalam buku tersebut, Dr Hinton mendakwa mengambil gambar Elvis semasa lawatan bersama anaknya Lisa Marie dan cucunya Benji pada 1997.

Jika dilihat gambar tersebut, warga emas itu saling tidak tumpah sama dengan wajah Elvis ketika zaman mudanya.

 

Rakaman Suara Mirip Elvis

Ini bukan kali pertama konspirasi atau teori mengatakan Elvis masih hidup. Sebelum ini juga  terdapat spekulasi Elvis Presley masih hidup apabila didakwa wujud rakaman suara mirip beliau.

Daily Star melaporkan rakaman tersebut telah dikongsi di laman sosial Facebook di akaun ‘Evidence Elvis Presley is Alive’.

Dalam klip tersebut, lelaki berkenaan bercerita bagaimana Biro Siasatan Persekutuan (FBI) melindungi dirinya daripada organisasi pembunuhan yang dipanggil ‘The Fraternity’.

Bukan itu sahaja, ada yang kuat mempercayai Elvis masih hidup apabila tidak lama selepas kematiannya dilaporkan, terdapat seseorang telah membeli tiket dengan menggunakan nama John Burrows ke Buenos Aires.

Untuk pengetahuan, John Burrows sendiri adalah nama samaran yang biasa digunakan Elvis Presley untuk menempah hotel agar tak terhidu media dan peminat.

Bahkan terdapat juga video yang diduga menunjukkan kelibat Elvis terlihat sihat dan berjalan-jalan.

 

Asal Asul Elvis Presley

Nama sebenar Elvis ialah Elvis Aaron Presley yang merupakan seorang  penyanyi, pemuzik dan pelakon yang berasal dari Amerika Syarikat. 

Beliau yang lahir pada 8 Januari 1935 juga turut dikenali sebagai Raja Rock and Roll atau ‘The King’.

Presley merupakan ikon musik dan budaya pop yang mempunyai suara yang versatil dan berjaya menembusi banyak genre-genre lain, termasuk gospel, blues, balada dan pop. 

Elvis Presley membintangi 33 filem, dengan filem pertamanya berjudul Love Me Tender.

Elvis juga memiliki 18 lagu yang duduk di no. 1 carta Billboard, dengan lagu pertama adalah Heartbreak Hotel pada tahun 1956 dan terakhir Suspicious Minds tahun 1969.

Elvis merupakan salah seorang seniman yang tercatat di Country Hall of Fame dan The Rock and Roll Hall of Fame.

Elvis Presley juga merupakan penyanyi yang dikagumi di seluruh dunia dari beliau hidup sehingga kematiannya.

 

Antara Konspirasi Artis Hollywood

Bukan hanya Elvis seorang sahaja menjadi mangsa konspirasi selepas kematiannya. Tetapi ramai lagi artis luar negara yang kita dengar akan konspirasi kematian mereka. Antaranya :

  • Michael Jackson

Kematian Michael pada 25 Jun 2009 menjadi tanda Tanya seluruh dunia kerana terdapat beberapa perkara pelik berlaku.

Pertama, peti jenazah Michael tertutup rapat sepanjang proses pemakaman. Selain itu ucapan duka dari keluarga mengandungi beberapa ekspresi yang tak wajar, sampai konspirasi bahawa Michael sengaja bersembunyi sebelum mengeluarkan filem yang akan menggemparkan dunia.

 

  • Tupac Shakur

Persaingan antara rapper jadi latar belakang pembunuhan Tupac  Shakur pada 13 September 1996 lalu.

Beberapa kecurigaan menguat lantaran sampai saat ini pihak polis California belum menangkap si pembunuh. Selain itu kematian Tupac juga dikaitkan dengan konspirasi salah satu albumnya, Makaveli atau Machiavelli yang bertuliskan indikasi untuk menipu lawan dan memalsukan kematian.

 

  • Jim Marisson

Ikon musik rock ini ditemui meninggal dunia di dalam tub mandi biliknya pada 3 Julai 1971.

Jim dikhabarkan menggantikan identitinya sebagai Bill Loyer dan membangun sebidang tanah dengan nama Jim Morrison Sanctuary. Namun hingga sekarang belum ada bukti lain yang lebih meyakinkan terkait tentang kematian palsu vokalis The Doors tersebut.

 

 

 

Apa itu Teori Konspirasi

Bukan hanya kematian nama besar dunia sahaja menjadi teori konspirasi. Tetapi peristiwa-peristiwa besar atau bencana juga turut mempunyai teori konspirasi seperti kejadian letupan 11 September.

Teori konspirasi adalah teori yang cuba menjelaskan bahawa tahap tertinggi sesuatu peristiwa (secara umum peristiwa politik, sosial, atau sejarah) adalah rahsia, dan sering menipu, direka dengan senyap oleh sekumpulan orang rahsia atau organisasi yang sangat berkuasa atau berpengaruh.

Teori ini wujud di sekitar gerakan dunia global. Orang yang tidak percaya selalu menganggap segala-galanya hanyalah jenaka dan perkara ini membuang masa. Tetapi bagi yang mempercayainya, teori wujud disebabkan terdapat orang yang merekanya.

Mereka yang mempercayai teori ini dibahagikan kepada dua kumpulan utama. Kumpulan pertama adalah mereka yang hanya percaya jika terdapat fakta, data saintifik yang kuat, pendapat yang boleh disahkan, angka sebenar, realiti sejarah dan bukan mitos, dan sebagainya.

Contohnya, golongan ini percaya John F. Kennedy sebenarnya tidak ditembak, tetapi diselamatkan oleh makhluk luar angkasa.

Kumpulan kedua adalah orang-orang yang percaya tanpa syarat dan mereka yang berfikir bahawa apa yang telah diterapkan dirancang sedemikian rupa, yang sering dihubungkan dengan mitos, legenda, kuasa ghaib, dan sebagainya.

Sebagai contoh, mereka percaya bahawa peristiwa 11 September telah direka seperti yang dilihat dalam kertas wang kertas 20 dolar di mana jika kita melipat wang itu sedemikian rupa, ia akan membuat gambar pembakaran menara berkembar.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda percaya Elvis Presley masih hidup?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN