Bila bercakap mengenai bekas kekasih, pasti ada diantara kita yang akan KLMJ atau kenangan lalu mengusik jiwa. Mereka pasti akan mengimbau kembali kenangan lama atau mengenang nasib yang kurang baik bersama bekas pasangan kita.

Tidak salah sekiranya anda mempunyai bekas kekasih tetapi apa yang menjadi masalah adalah persoalan mengenai perlu atau tidak untuk kita berkawan semula dengan bekas kekasih kita itu.

Sebenarnya persoalan ini bergantung kepada diri masing-masing sama ada masih ingin berkawan atau lupakan mereka dan bawa sahaja haluan masing-masing tanpa perlu menoleh kebelakang.

Ia bergantung kepada bagaimana cara anda berpisah, adakah dengan cara yang baik atau sebaliknya? Dan pastikan apa niat anda untuk berkawan dengan bekas kekasih itu.

 

Kajian Dapati Tidak Boleh Berkawan Dengan Bekas Kekasih

Walaubagaimanapun, berdasarkan satu kajian  yang dijalankan di Oakland University telah mendapati bahawa mereka yang cuba berkawan dengan bekas kekasih ini mempunyai ciri keperibadian yang buruk.

Ia menunjukkan mereka melakukannya atas sebab mementingkan diri sendiri, dan menggunakannya sebagai satu bentuk manipulasi.

Kajian itu juga mendapati bahawa orang-orang yang ingin berkawan dengan bekas kekasih melakukan demikian untuk alasan praktikal dan seksual. Sebagai contoh menggunakan bekas mereka dengan berkongsi pelan seperti pelan telefon, muzik dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, mereka yang mempunyai sifat ego ini tidak boleh melihat orang yang pernah menjadi miliknya kini menjadi milik orang lain. Untuk memastikan semua itu tidak menjadi kenyataan, mereka memilih untuk meneruskan hubungan dengan bekas kekasih mereka walaupun hanya sekadar teman biasa.

Menurut pakar, lebih baik jika anda tidak berkawan dengan bekas kekasih anda kerana kesudahannya, ia akan memudaratkan kedua-dua belah pihak.

 

Berkawan Dengan Bekas Kekasih Bukti Matang

Namun, sekiranya anda berkawan dengan bekas kekasih, tidak semestinya mempunyai sikap buruk seperti yang dinyatakan dalam kajian diatas kan?

Terdapat perumpamaan Bahasa Inggeris yang menyebut ‘being friends with your ex ; it shows that you two are matured enough to get over the fact that you’re not meant to be together’ .

Ia bermaksud berkawan dengan bekas kekasih menunjukkan kedua-duanya cukup matang dan boleh menerima hakikat bahawa anda berdua tidak ditakdirkan untuk bersama.

Tetapi ia haruslah berpada-pada dan tahu akan batas yang perlu diikuti terutama sekiranya bekas kekasih kita itu sudah mempunyai pengganti kita ataupun kita sendiri sudah mempunyai pengganti kepada bekas kekasih tersebut.

Jangan disebabkan sayang akan ‘persahabatan’ dengan bekas kekasih hidup kita atau hidup dia kucar-kacir.

 

Tolong ‘Move On’

Sebaik-baiknya selepas berpisah lebih baik kita ‘move on’ dan lupakan bekas kekasih kita itu walaupun dengan alasan hanya sekadar berkawan. Bayangkan sekiranya anda bercinta dengan dia bertahun-tahun, adakah mudah untuk menukar perasaan sayang itu kepada kawan sahaja?

Oleh itu anda boleh cuba beberapa cara supaya dapat ‘move on’ dengan tenang dan jayanya. Antaranya ialah :

  • Jangan berhubung terus dengan bekas kekasih.

Mark Sharp, Ph.D., seorang ahli psikologi klinikal di Institut Perhubungan Aiki, memberi amaran kepada setiap individu bahawa, Walaupun terdapat potensi untuk kearah persahabatan selepas perpisahan, kebanyakan daripada mereka memerlukan tempoh masa untuk diri mereka sendiri sebelum mereka memulakan semula atas dasar persahabatan.

Walaupun seringkali dihimpit perasaan untuk menghantar mesej bertanyakan khabar kepada bekas kekasih anda tetapi jangan sesekali melakukannya kerana ia akan membuatkan keadaan menjadi lebih sukar kepada anda untuk melupakannya.

  • Tidak perlu kejar lagi bekas kekasih

Menurut Dr. Lieberman: Kebanyakan gadis-gadis akan melakukan kesilapan seperti mengejar lelaki yang memutuskan hubungan dengannya dengan berjanji mereka akan berubah untuk menjadi gadis impian yang diinginkan oleh bekas kekasihnya dan secara terang-terangan merayu dan menangis dihadapan bekas kekasihnya.

Tingkah laku terdesak seperti ini biasanya akan memakan diri dan akan menyakinkan lagi bekas kekasihnya bahawa keputusan memutuskan hubungan itu adalah tepat.

  • Jangan cuba untuk “Rebound Relationship” dengan orang baru.

Dr Sharp menyatakan, perempuan terutamanya cenderung untuk dapatkan ‘rebound relationship’ kerana mereka beranggapan dengan cara ini akan dapat mengubati luka dihati dan cepat melupakan bekas kekasihnya itu.

Tetapi malangnya cara tersebut keputusan yang amat tidak tepat kerana akan menyebabkan anda akan menjadi semakin rindukan bekas kekasih anda secara semulajadi terhadap kasih sayang yang telah pernah diberikan kepada anda.

Pilihan ditangan anda. Hanya anda sahaja yang tahu mengenai perasaan dan diri anda. Tidak rugi pun kalau anda tidak berkawan lagi dengan bekas kekasih anda itu. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, ada keperluan ke untuk berkawan dengan bekas kekasih?
19 votes · 19 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN