Bekerja dalam bidang industri hiburan ini, tidaklah seronok yang dijangka.

Apa sahaja yang dilakukan baik ketika berlakon dan sekecil mana pun ayat yang dimuat naik di laman sosial sekalipun, semuanya akan diperhatikan oleh netizen.

Senang kata, baik artis itu baru atau lama, mereka pasti pernah menjadi bahan kritikan pelbagai pihak.

Sumber: Buletin Malaysia

Dan yang terbaru semalam, pelakon  drama Hero Bomba 2, Shah Radhi Hazvee memberitahu media mengenai perancangannya yang mahu membuka sebuah pub halal untuk golongan muda.

Katanya, perniagaan pub halal yang bakal dibuka itu hanya akan menghidangkan minuman dan makanan halal sahaja.

Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat Shah itu nampaknya menerima kecaman hebat pelbagai pihak yang mempertikai tujuannya untuk membuka pub halal meskipun di ibu kota, restoran yang berkonsep sedemikian sudah lama wujud!

 

Netizen Sifatkan Tidak Wajar Buka Pub Halal

Biarpun apa yang dilakukan oleh Shah itu sama sekali membuktikan bahawa anak muda ini mahu melebarkan sayap membuka perniagaan sendiri tanpa bergantung kepada kerjaya lakonan semata-mata.

Sumber: TripAdvisor

Namun, rancangannya untuk membuka pub halal itu nampak gayanya tidak mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.

Sekarang ini jika kita lihat, biarpun berada di bawah umur sekalipun, ada yang berani mengunjungi pub untuk berhibur dengan rakan-rakan mahupun teman lelaki.

Inikan pula membuka pub halal yang seolah-olah dilihat mahu menarik golongan muda untuk terjebak kepada budaya yang tidak sihat sepertimana yang sedang berlaku ketika ini.

Selain itu, biarpun konsep perniagaan ini dikatakan ‘halal’ namun ada netizen yang khuatir akan konsep tersebut yang mana ia menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

Macam-macam pula kritikan yang diberi netizen ini…

 

Kenapa Harus Pub Halal Dan Bukannya Café Moden?

Masyarakat sekarang ini, laju sahaja menghentam seseorang.

Memang tidak dinafikan, tidak semua masyarakat Islam dapat menerima restoran yang berkonsepkan pub halal ini kerana khuatir akan makanan serta minuman yang dihidangkan itu.

Sumber: http://jacslittletrail.blogspot.com

Sekarang ini, ada sahaja restoran berkonsepkan pub bercirikan mesra Muslim yang terletak di Subang Jaya.

Jadi, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu mahu mencipta kelainan asalkan restoran yang diusahakannya itu tidak melanggar hukum syarak dengan menghidangkan makanan halal dan bebas daripada sebarang minuman keras.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu mahu membuka sebuah restoran yang berkonsepkan pub halal?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN