Satu video yang dimuat naik di twitter oleh seorang pemuda dikecam teruk oleh para netizen gara-gara menggunakan ‘pick-up line’ kepada seorang kanak-kanak perempuan yang masih dibawah umur.

Pemuda yang menggunakan nama akaun Fitros itu telah dituduh sebagai pedofilia kerana mengurat budak bawah umur.

Video itu dirakam ketika kanak-kanak berkenaan sedang mengambil pesanan dan merupakan anak kepada pemilik kedai makan tersebut.

Mereka menganggap ‘pick-up line’ dengan ayat ‘ i love you’ itu tidak sesuai digunakan terhadap kanak-kanak itu.

 

Bergurau Tidak Kena Tempat

Ayat ‘pick-up line’ memang selalu menjadi senjata para jejaka untuk memikat hati si gadis, namun terkadang ayat yang digunakan hanyalah sekadar menjadi bahan gurauan.

Sumber:Facebook

Orang kata kalau nak bergurau biarlah kena pada tempatnya, salah gurau buruk padahnya.

Sebenarnya dalam bergurau pun kena tengok tempat juga, ada baik dan buruknya. 

Sepatutnya kena fikir dahulu risikonya, kena tahu sensitiviti masyarakat Malaysia hari ini. Padahnya, terpaksa terima kecaman sebegini.

Walaupun dilihat sebagai guarauan yang biasa dibuat tetapi bukan untuk kanak-kanak bawah umur. Risau akan memberi kesan pada diri kanak-kanak itu sendiri.

 

Akan Wujudkan Lebih Ramai Pedofilia

Rata-rata netizen merasakan ini bukan perkara biasa malah lebih berbahaya jika tiada tindakan diambil.

Sumber:www.ohmymedia.cc
Sumber:www.ohmymedia.cc
Sumber:www.ohmymedia.cc

Mereka rasakan insiden berkenaan boleh menggalakkan lagi gejala pedofilia yang kini bukan lagi asing dalam negara kita.

Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak. Sering kali pedofilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual.

Meskipun seseorang itu hanya mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia.

 

Statistik Kes 

Mengikut statistik ibu pejabat polis Bukit Aman, terdapat 4,998 kes individu yang dilaporkan hilang pada tahun 2013 dan hanya 2,382 orang berjaya ditemui semula.

Sumber:mariafirdz.com

Sementara itu, 45 peratus daripada kes orang hilang membabitkan remaja dan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.

Ini yang merisaukan ramai pihak, kes-kes seperti ini adalah kes besar dan ramai pihak perlu mengambil perhatian serius.

 

Padam Akaun Twitter

Sumber:www.ohmymedia.cc
Sumber:www.ohmymedia.cc

Difahamkan pemilik akaun tersebut telah bertindak memadam tweet berkenaan apabila  ramai orang memberi reaksi negatif terhadapanya.

Orang kata kerana mulut badan binasa. Inilah padahnya berkongsi video yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat. Mungkin sekadar guaraun biasa tetapi ia boleh jadi luar biasa.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah pick up line ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak bawah umur?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN