Lanun digital tidak memilih mangsa untuk memuat naik sesuatu karya yang telah dihasilkan dengan susah payah kudrat seorang pengarah.

Apakah mereka tidak menghiraukan nasib pengarah dan pasukan mereka yang terpaksa menyaksikan satu persatu karya mereka ‘dirompak’ dengan mudah secara digital?

Sumber: Cempedak Cheese

Kalau sebelum ini lanun digital ini terlepas dari hukuman, tetapi hari ini tidak lagi apabila Skop Productions Sdn Bhd dan Pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof telah menyaman seorang individu yang telah secara meluas menyebar secara haram filem berkenaan.

Individu tersebut adalah Muhammad Izwan Shah yang menggunakan nama profil Sasuke Kun.

Hukuman Yang Dikenakan

Pada 13 November lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Taiping, Asmadi Hussin, memerintahkan defendan untuk membayar RM100,000 kepada Skop Production.

Sumber; Astro Gempak

Pada masa sama, defendan turut dihalang melanggar hakcipta plaintif untuk filem Munafik 2, memuat naik dan mana-mana bahagian daripada filem berkenaan dalam apa-apa bentuk dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan plaintif.

Sekiranya defendan melanggar mana-mana perintah yang direkodkan, defendan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-dua sekali kerana dianggap menghina mahkamah.

 

Kesalahan Dilakukan

Sumber: Malaysiakini

Izwan telah melanggar Akta Hak Cipta 1987/ Seksyen 41 dimana sebarang rakaman di dalam filem ini melalui telefon bimbit atau kamera dan menyiarkan di dalam media sosial adalah dilarang sama sekali.

Pesalah boleh dikenakan tindakan dan denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dengan hukuman yang menimpa pesalah ini, adakah masih ada lagi individu yang mahu merompak karya memuat naik di media sosial?

 

Syamsul Yusof Beri Amaran

Kes ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata penggemar filem tempatan untuk mengecam tertuduh terbabit yang dikatakan ego dan enggan memadam link yang dimuat naiknya walaupun telah ditegur Syamsul sendiri.

Ini bermakna Syamsul bukannya tidak pernah memberi amaran tetapi tertuduh itu yang ambil risiko ini sendiri, maka tanggunglah bahananya.

Sumber: Lobak Merah

Dikatakan tertuduh menggunakan profil Sasuke Kun ini agak biadap dan tidak mengaku kesalahannya, akhirnya mahkamah sendiri jatuhkan hukuman denda RM100,000 kerana ciplak ciptaan orang lain.

 

Sumber: Lobak Merah

Baginya, dia tak bersalah kerana hanya share link tersebut dan link tu pulak hanya copy paste dari kumpulan Facebook lain. Bukan dia yang upload movie tersebut dia media sosial. Malah yang buat si Sasuke ini berani bila pemilik asal link dah remove link tersebut, jadi kalau tekan pun still dah tak boleh download juga.

 

Adakah Hukuman Ini Beri Pengajaran Kepada Orang Lain?

Menggunakan harta intelek tanpa keizinan dianggap satu kesalahan besar. Ia diibaratkan seperti merompak karya dihasilkan.

Sama juga perompak merompak kedai emas, bukan hak kita untuk mengambil barang orang lain dan kena ingat ia juga kategori berdosa walaupun muat turun.

Hak orang bukan hak kita, kena hormat ciptaan orang lain yang bersusah payah hasilkan dengan kos, tenaga pelakon, pengarah dan aspek lain lagi.

Jadi adakah keputusan Skop Productions mengemukakan saman terhadap individu yang menyebarkan rakaman filem munafik 2 akan mengubah gejala negatif ini?

Mungkin akan menginsafkan orang lain kerana ini bukan perkara remeh temeh. Hak intelek perlu dijaga. Jika tiada tindakan seperti ini, ramai lagi yang akan tidak sedar hukuman yang ada di negara ini.

Sumber: mStar

Syamsul turut memberi amaran bahawa lebih ramai pihak tidak bertanggungjawab yang terbabit dengan gejala cetak rompak akan didakwa.

Dalam pada itu Syamsul menasihatkan orang ramai agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan individu terbabit.

Syamsul berharap tindakan yang pihaknya ambil ini dapat jadi pengajaran kepada anda semua supaya lebih berwaspada agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sebarang filem di media sosial.

 

Laman Web Haram, Cetak Rompak Digital Dipantau

Sumber: IG Afdhun

Pelawak, pelakon, penyanyi, Afdhlin Shauki turut memuat naik status di instagram miliknya di afdlinshaukiofficial yang mahu kes ini dijadikan sebagai pengajaran untuk semua orang.

Jangan mengambil isu ini sebagai remeh kerana anda boleh didenda dengan jumlah yang sangat besar kerana ia satu kerugian buat sebuah produksi yang telah menghasilkan sebuah karya.

Selain itu, pemain industri media dan pembekal kandungan di negara ini, telah melancarkan senarai pemantauan laman web haram yang melanggar hak cipta (Infringing Watch List – IWL) bagi mengekang cetak rompak digital yang semakin parah.

Sumber: MetalMiner

IWL yang diguna pakai di negara maju seperti United Kingdom (UK) akan menjadi senarai rujukan pengiklan sebelum mengiklankan sebarang produk secara digital.

Mekanisme ini bertujuan mengurangkan pendapatan pengiklanan bagi laman web haram yang melanggar hak cipta.

Inisiatif bersifat ‘voluntary’ itu disokong semua pihak berkepentingan dalam industri media dan pembekal kandungan antaranya, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Motion Picture Association (MPA), Pusat Promosi Kandungan (CCP), Media Specialists Association (MSA), Astro dan Media Prima.

Ia turut mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sumber: The Skop

Aktiviti cetak rompak digital semakin parah di Malaysia dengan statistik menunjukkan ‘page views’ di laman web cetak rompak mencatatkan 3.25 kali ganda lebih tinggi daripada laman web sah seperti tonton, Astro atau netflix.com.

Statistik menunjukkan jumlah tontonan di lima laman web sah tertinggi di Malaysia mencatatkan 21.9 juta tontonan, berbanding 71.4 juta tontonan di lima laman web haram yang melanggar hak cipta.

Kalau diterjemahkan pendapatan RM100 juta, maknanya RM300 juta lagi hilang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah hukuman berat diberikan kepada lanun digital yang merompak hak cipta orang lain?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN