Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki berlagak seperti samseng apabila mencekik pemandu kereta berhampiran masjid di Damansara, Petaling Jaya.
Kisahnya adalah mangsa yang menaiki kereta Proton ini minta suspek yang menaiki kereta Honda berkenaan mengalih keretanya yang menghalang kenderaannya untuk keluar dari kawasan berkenaan.
Memang terang-terang suspek itu salah kerana halang kereta orang nak keluar, sedangkan mangsa dalam petak parking yang betul.
Â
Berang Ditegur, Lelaki Cekik Mangsa Pula
Akibat berang diminta untuk mengalihkan kenderaannya beberapa kali,suspek tiba-tiba dikatakan datang menyerang mangsa.
Mula-mula lelaki itu bertindak menengking mangsa dan lebih samseng apabila lelaki itu turut bertindak agresif membuka pintu kereta mangsa lalu mencekik dan meletakkan lutut di dada mangsa.
Difahamkan mangsa keluar dari keretanya, namun ditumbuk lelaki terbabit pada bahagian muka.
Tidak faham dengan sikap rakyat Malaysia yang berlagak samseng ini, apa anda dapat? Ingin tunjuk hero depan perempuan? Nak nampak samseng kononnya tak boleh ditegur.
Negara kita ada undang-undang dan tindakan akan diambil terhadap samseng jalanan.
Â
Sudah Jadi Kes Polis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Â
Kurang Ajar Dan Memalukan
Rata-rata warganet mengecam tindakan samseng lelaki terbabit yang bertindak kurang ajar dan memalukan itu.
Â
Mereka menyalahkan lelaki berkenaan yang sudah salah tetapi cuba mencari salah orang lain.
Sedangkan perkara ini tidak perlu sampai menggunakan kekerasan atau keganasan di tempat awam.
Itu mencerminkan sikap lelaki berkenaan yang tiada adab dengan orang lain.
Salah diri sendiri tidak nampak, inilah sikap yang sangat tidak boleh diterima di negara kita.Â
KATA ORANG
H lagi.... minggu nie byk gak jumpa geng H buat hal... berenti ikut suka hati dia kat tgh jalan semata2 nak turunkan anak raja dia. nak masuk simpang xbagi signal. blok kereta org sebab nk turun org, padahal dh ada ruang menunggu.... https://t.co/tk0OkTETNn
— Alpharif Firdaus (@alpharif) March 14, 2019
Kepada pemilik Honda Civic FT, kereta anda masih milik bank. Yang pakai duit bini beli Civic, harap sedar diri yg anda tu papa kedana. https://t.co/ajUajcMzAn
— Fuzz Lei (@fuzzlei) March 14, 2019
Melayu dgn perangai berlagak samseng mmg tak boleh pisah. Dah la naik motor bawak baby dgn bini. Bawak motor mcm haram jadah. Elok aku hon je td. Tau aku langgar je tadi 1 family. Babi
— YB JOD (@Azizlzmi) March 13, 2019
Betul kurang ajar punya puak2 tu..dahlah sendiri cari masalah pastu nk berlagak samseng/biadapp..akai x de kaa?
— Fuhrer50 (@langkasuka33) March 7, 2019