Tidak puas hati dibuang keluar dari WhatsApp group (kumpulan) Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya (kejiranan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri), bekas ahli kumpulan tersebut bertegas akan memfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Sumber: PropWall

Pengerusi Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil mendakwa, dia telah dibuang dari WhatsApp group tersebut sedangkan dia merupakan tuan kepada salah satu hartanah di kawasan itu dan kini tidak dapat lagi mengikuti perkembangan kejirannya.

Katanya, WhatsApp itu bukan dari kumpulan WhatsApp biasa, ia adalah kumpulan persatuan penduduk yang berdaftar.

Jelas Isham, ekoran dari tindakan tersebut, dia tidak dapat mengikuti perkembangan kejiranan di Presint 10 Putrajaya lagi.

 

Sebarkan Artikel Politik Punca Dibuang

Isham mengaku dia dibuang daripada kumpulan tersebut kerana kerap berkongsi bahan-bahan dan artikel yang mengkritik Kerajaan Pakatan Harapan.

Sumber: Tribunnews Bogor

Menurut Isham, tidak semua dalam kumpulan tersebut bersetuju dengan dia kerana ramai yang meraikan perbezaan pendapat dan semak-imbang pembangkang ke atas kerajaan.

Dia yakin ini adalah kerana desakan daripada penyokong Kerajaan Pakatan Harapan atau admin sendiri yang tidak tahan dan ‘panas’ apabila membaca artikel-artikel dan hujah-hujah berfakta yang ditulisnya dan tidak memihak kepada mereka sebagai penyokong kerajaan hari ini.

Nama pun kumpulan kejiranan kenapa perlu cerita hal-hal politik. Apa yang perlu dititikberatkan sepatutnya hal kejiranan, keselamatan kejiranan, infrastruktur kawasan perumahan dan sebagainya.

Isham mungkin boleh buat kumpulan lain untuk cerita hal politik.

 

Diskriminasi Sebab Politik Bertentangan

Memetik laporan Sinar Harian, Isham merasakan ini adalah satu bentuk diskriminasi dan ‘double standard’.

Sumber: Suara TV

Isham mendakwa, sebelum PRU14, terdapat banyak posting anti Barisan Nasional dan maki hamun serta cercaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dimuat naik ke dalam kumpulan itu, tetapi ahli kumpulan terbabit tidak dikenakan tindakan seperti yang dialaminya.

Isham percaya, dia telah dibuang oleh pihak admin yang merupakan penyokong Pakatan Harapan kerana tidak bersetuju dengan pendirian politiknya itu.

Admin WhatsApp Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang Jika Menggugat Keamanan Negara

Kalau sebelum ini, ada cadangan tindakan undang-undang dikenakan terhadap admin WhatsApp sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

Sumber: Utusan Online

Tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap admin terbabit.

Di bawah akta itu, pelbagai kesalahan boleh dikenakan tindakan seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Ini bermakna admin WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab mengawal ahlinya supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dan seharusnya menjadi ‘gate keeper’ menapis berita tidak sahih sebelum berkongsi dalam kumpulan aplikasi berkenaan atau disebarkan di medium media sosial lain.

Dalam isu ini, Isham cuma tidak berpuas hati kerana dibuang keluar dan berkongsi maklumat yang mungkin tidak benar tentang kerajaan dan sebagainya.

Dan berkemungkinan besar kumpulan itu telah disalahgunakan oleh Isham untuk menyebarkan artikel yang tidak sepatutnya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah ditendang dari kumpulan WhatsApp kerana menyebarkan hal-hal politik sedangkan ia group kejiranan?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN